Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Maternity tickers

Sunday, November 30, 2014

Melbourne aku datang!! Part 1

Posted by MamaCT at 7:48 PM 0 comments
Baru 1minggu lebih pulang dari melbourne.. rindu nak jejak kaki kembali ke sana.. sangat- sangat best pergi sana.. rasa cam nak berhijrah duk sana je..ececece...

Sebenarnya trip nak ke melbourne ni dah dirancang setahun yang lalu.. tiket masa tu kami beli di Air Asia...promosi harga tiket untuk 3beranak (2 adult dan 1 infant) hanyalah RM1666 pergi balik tak termasuk luggage, seat dan insurans..Haa..murah kan?

Kami pergi ke Melbourne ketika penghujung autumn.. so masa tu mmg season untuk cherry picking..memang ohsom...haha.. 16 November 2014 tu kami dah bertolak ke sana hinggalah 22 November 2014..

So dekat sini CT nak kongsi pengalaman dan tips-tips untuk sesiapa yang nak travel ke melbourne nanti... Harap- harap dapat membantu

Persediaan sebelum ke melbourne

1. Passport
Pastikan passport masih aktif  sekurang kurangnya 6 bulan selepas tarikh travel. Kalau dah hampir tarikh luput tu bolehlah pergi renew.. Nak nak lagi pada sesiapa yang nak renew passport akhir tahun ..omakk aii..beratur panjang sampai boleh berkelah kat situ..haha.. Bagi sesiapa yang belum ada, boleh lah buat.. lagi pon masa nak beli tiket, no.passport also needed.

2. Visa
Yang ni boleh mohon online.. hanya RM20 untuk satu kepala.. sekejap sahaja boleh mohon visa ni..Alhamdullillah

3. Duit tukar
Yang ni berpandukan kepada bajet masing- masing.. Kami sekeluarga hari tu bawa lebih kurang RM5000 yang dah ditukar ke sana.. tu pon masih ada baki AUD320.. haha..kami jimat wokeh...lagi pun pergi sendiri senang nak bajet belanja..  Rate paling rendah nak ditukar biasanya kat midvalley atau masjid india. Kami tukar di mid valley.. 1AUD=RM2.92 ..Fuhhh..Jimat!!

4. List declaration makanan dan ubat
Yang ni penting. Kalau makanan dan ubat tak declare, tak lepas kastam di sana. Silap silap haribulan kena bayar denda atau meringkuk dalam penjara sekurang-kurangnya 3 tahun..Takut wehhh..  Declare je..lepas tak lepas belakang kira..tulis je ingredient apa yg ada..kalo tak lepas, dia buang je..
Kastam kat sanalah yang paling strict.. yelah..Mereka kan pengeluar produk makanan terbesar dunia.. Takut ada penyakit berjangkit khususnya penyakit kuku dan mulut yang dibawa oleh makanan (yang ni yang CT studi sebelum ke sana..harap betul lah..haha)

Ni list makanan yang kami bawa ke sana(disebabkan kami bawa baby..so banyaklah makanan ringan)
1.Maggi curry dan Maggi Ayam
2.Mee Sedaap mee goreng
3.Campbell mushroom and chicken soup
4.Brahim's nasi goreng paket
5.Brahim's ayam merah paket
6.Mission roti tortilla
7. Sardin Ayam brand
8.Adabi Sambal udang tin
9. STARS black pepper beef (tin)
10.honey stars
11.biskut chipsmores
12.biskut bayi baby bites

Harap boleh membantu, sebab semuanya lepas melalui kastam..INGAT..Yang penting..DECLARE..
kami pergi 6 orang sebab tu banyak stok makanan bawak..sudahnya tak habis makan..haha..nasib baik ade students Malaysian Hall kat sana..

Beg makanan pon asingkan dengan beg baju..letak satu beg untuk makanan sahaja supaya nanti dekat kastam takde terburai segala macam baju.. haha..

5.Pakaian
Bawa hanya yang perlu sahaja.. Tengok musim..Kalo musim sejuk bawa lah baju tebal tebal..Tapi tak yah banyak..sebab sejuk jadi tak berpeluh sangat.. lagi pon nanti nak beli belah di victoria market lagi.. nanti tak muat beg nak bawa balik semua tu.. Pastikan extra satu beg ye.. Kami hari tu bawa 1beg besar ( untuk corelle dan souvenirs) 1beg sederhana dan 1 beg kecil untuk pakaian kami anak beranak..hehe..

6. List Iternary perjalanan
Yang ni kena rancang betul betul. Bagi sesiapa yang ikut tour guide tak pe..tak perlu risau sebab semua orang bawa.. Tapi bagi kami yang gamble pergi sendiri ( konon-konon nak adventure) memang perlukan iternary perjalanan.. Nanti CT ceritakan lebih lanjut dalam part seterusnya..

7.Booking hotel, Malaysian hall atau etc..
 Yang ni perlu dibuat awal supaya nanti tak kalut.. Kami menyewa di Malaysian Hall selama 6hari 5 malam..Proses nak booking sekurang kurangnya 3bulan sebelum travel..Lagi awal lagi bagus, sebab bilik limited..Kalau nak booking bolehlah berurusan dengan Pn.Norliza, ketua warden di sana..Harga bilik (family room) di Malaysian Hall adalah sebanyak AUD270 untuk 6hari. Tambah dengan deposit AUD200 so total jadi AUD470. (Deposit AUD200 dapat semula bila nak check out nanti)
Samalah jika nak booking hotel..Pastikan booking awal ye supaya tak de masalah timbul di kemudian hari.

8. Tour guide atau Car Rental?
Bagi kami yang inginkan adventurous ni, car rental jadi pilihan. Kami sewa kereta dengan APEX selama 3 hari untuk AUD360 (iaitu AUD120/day) .. Minyak memang dah penuh, so pastikan masa pulang nanti isi minyak penuh juga. Bookinglah kereta sewa ni awal dan mintalah car seat  jika bawa baby.. Undang- undang kat sini ketat bila berkenaan peraturan jalan raya.

9. Apps berkenaan Melbourne
Yang ni download lah mana mana apps berkenaan melbourne ye.  Contohnya Tram Catcher, Melbourne Maps  dan waktu solat di Melbourne (lupa dah nama apps, semuanya hubby yang download)

Dan seterusnya kiralah hari untuk terbang ke sana ye... hahaha

Bersambung dalam entry seterusnya pula...

kembali menjengah...

Posted by MamaCT at 5:59 PM 0 comments
Agak lama juga CT menyepi ye..nasib x bersawang blog ni.. Al maklumlah..bizi menguruskan anak ..hehe(alasan!)..

Sekarang ni buah cinta mama dan abah dah menjengah umur 1 tahun 6 bulan..sekejap je masa berlalu.. tup tup anak dah besar... dhiya ..dhiya..sayang sangat ni kat dhiya..

Sudah pandai bercerita ini budak..walaupun bahasa koreanya susuah untuk difahami..hahaha...

Hahaha..gambar budak buchuk tak mandi lg masa g melben

Alahai si anak..bijak sangat otak dhiya sekarang ni..
mama pon sekarang macam tak berapa sihat. Sakit pinggang, sakit belakang, kaki tangan kebas, kepala pening, perut cramp.. Macam ade sign untuk hamil kali kedua je..hehe..jeng..jeng..jeng

Tapi bila cek upt..negatif je..hahaha..tak sobar betul mama dhiya ni..
Tapi kalau ade rezeki seterusnya, apa salahnya..Kami laki bini terima seadanya..hihi.. macam dah bersedia nak timang yang kedua..

Walau macam mana pon dhiya tetap buah cinta kami berdua dunia akhirat...

Dhiya cinta hati mama abah,
Dhiyalah pengubat duka kami,
Dhiyalah cahaya cinta kami,
Dhiyalah buah ketawa kami,
Dhiyalah harta kami dunia akhirat,
Jadilah anak solehah ye sayang..

Mama abah sayang sangat dhiya..sayang sangat-sangat...


Muka budak majuk...hahaha..sayang..sayang


Monday, July 8, 2013

~~PENGALAMAN BERSALIN ANAK PERTAMA~~

Posted by MamaCT at 6:57 PM 0 comments
          Pengalaman bersalin setiap orang agak berbeza..apa yang kita baca kadang-kadang tak sama 100% dengan orang lain..Namun begitu pengalaman itu boleh menjadi sama ada pengalaman yang terindah dan juga mengerikan.. Seperti CT, semasa nak melahirkan puteri comel kami ini, baby Dhiya ada kepayahan dan ada kesukarannya...So, CT nak kongsikan juga pengalaman ni agar nanti jadi tatapan buat puteri kami bahawa nak melahirkan seorang manusia bukannya senang dan tidak sakit..semoga anak kami lebih menghargai kedua orang tuanya dan sentiasa mentaati kami dan mendoakan kami dunia akhirat...amin..jadi anak yang solehah k baby Dhiya~

9hb Jun 2013
Masa tu CT ke kedai makan ibu CT (tok ma) kerana keboringan berada di rumah..yela..dah nama cuti sekolah, pastu balik untuk bersalin awal pulak..memangla boring kalo tak de buat ape-ape kat rumah tu..jawabnye makan tido je lah kejenye..so hari tu CT nekad nak ke kedai ibu..Masa adik dah tarik grill nak tutup kedai, tiba-tiba ade rase mild contraction kat ari-ari dan pinggang..pikir ni ke sakit nak beranak?takde air dan darah pon turun...hmm..petang tu suami mesej, kalo ade rase sakit walaupun sikit..pegilah jumpe doc takut-takut dah ade bukaan..kan nanti baby lemas (info tu die dapat dari blog yang die baca).. Cuak dengan pesanan suami..CT pon ajak ibu dan adik ke klinik Perubatan Intan di Paloh... Sakit tu makin kurang pulak masa duduk dalam kereta..hmm..takut pulak nak cakap ape kat doc nanti..

Sampai je sana, daftar n nurse suruh masuk labour room  untuk cek jalan..hehe..orang kate sakit masa cek jalan..masa tu tawakal je dalam hati...doa-doa mintak-mintak tak sakit sangat..Pastu ade sorang doc masuk (kat Pusat Perubatan Intan semua doc perempuan, sebab tu suami suruh bersalin di sini..sayang suami saya!!hehe)..proses seluk menyeluk pon berlakulah..alhamdullillah takde sakit sangat...nasib baik..tapi terkejut juga bile doc kate bukaan dah 3cm dan memandangkan CT ni gdm so hari tu jugak CT kena tahan di wad.. Doc da bising-bising sebab tak lapor diri masa 38 minggu memandangkan CT ade gdm...maaf doc, CT tak tahu..doc kat gombak tak pesan ape-ape, cume diorang bagitahu pesakit kencing manis tak leh lebih due date..tu je..

So bermulala sesi bermukim di wad..herannya semalaman berada di wad, langsung takde rase sakit atau kontraksi ape-ape..punyala keluarga, keluarga mentua dan makcik pakcik sedara datang melawat ingatnya akan bersalin dah nanti..hehe...sian mereka semua..nampaknya CT ni memang disayangilah..hehe...ayat sedapkan diri...

10hb Jun 2013
Malam tu sedap je tido sampai ke pagi, nurse panggil cakap doc nak cek jalan lagi..cek-cek masih lagi 3cm..huuuu patutla tak sakit semalam...doc kate nak cek pukul 11tghari lak nanti..tepat kul 11 tengahari tu doc cek jalan sekali lagi, masih lagi 3cm..so doc wat keputusan untuk CT keluar wad dulu...masa tu suami dah ada dengan CT (malam CT kena warded, die terus drive dari kl ke terengganu..tengah malam tu jugak sampai n temankan CT di wad)..masa doc suh keluar tu, tiba-tiba CT rasa nak menangis sbb tetiba rasa baby tak nak keluar lagi k?abah dah amik cuti ni sayang, kesian kat abah...Doc pesan pegi daftar kat klinik desa dulu untuk diorang datang masa berpantang nanti n buat surat refer ke hospital nanti...CT mase tu rasa frust sangat..sangat~

Balik umah ibu CT dengan perasaan sugul..masa tu ibu dah buatkan telur masak separuh yang dah dibaca ayat oleh tok bidan kampung memandangkan pagi tu CT kol die kate jalan tetap tak terbuka..balik je rumah terus makan telur dan minum air selusuh... Pastu ibu dan suami terus suh CT ke klinik desa, kami pon terus pegi sana dan cek kandungan..Ibu bagitau nurse kat situ yang jalan 3cm dan dah diwardedkan tapi terpaksa pulang ke rumah semula...So nurse kat situ terkejut sebab jalan dah terbuka tapi dihalau pulang..So mereka pon amik keputusan nak cek jalan,.alahai..cek lagi...hmm..sebelum cek tu pegi test kencing dulu..tengok-tengok kat pad ade darah sikit...pelik darah ape tu, darah masa seluk tengahari tadi k?bagi tau ibu, ibu kata tu tanda-tanda nak dekat dah tu..So terusla masuk bilik ikut nurse untuk cek bukaan..cek-cek dah buka 4cm..n nurse tu bagi tau dah ade 'shaw' iaitu tanda darah..hmm..ibu terkejut dan suh bergegas ke klinik Intan semula...Nurse tanya nak ke klinik tu semula atau nak refer ke hospital?masa tu CT dah tak tahu nak buat keputusan ape, rasa macam di lambung-lambung je..last-last suami buatkan keputusan untuk ke klinik Intan kerana sana ade doc perempuan n suami boleh temankan isteri bersalin nanti..so CT ikut je..balik rumah dulu untuk suami dan ibu serta ibu mentua makan (masa tu ibu mentua ade sekali)..masa diorang dah ajak nak gerak, CT mcam takut nak pegi..CT cakap kat ibu, kite tak yah  pegi lagilah...tunggu bile CT sakit sangat baru kite pergi..tapi suami dan ibu berkeras suh CT pegi terus...takut nanti dah nak terkeluar baru nak pergi, nanti jadi hal lain...so CT pon ikut kan j...

Sampai sana, masuk LR sekali lagi n cek jalan..doc kat situ tetap kate 3cm..so CT cakapla nurse cakap dah 4cm n dah ade 'shaw'..Doc kat situ macam tak amik pusing, die kate jari orang lain-lain..(hmm..satu kelemahan kat sini, sesetengah doc die n nurse kebanyakan tak mesra pelanggan..padahal klinik berbayar..hmm)..Masa tu CT dah cuak..mesti kena balik umah pulak ni...kena lambung lagi...pastu tiba-tiba doc tu cakap, memandangkan CT ni ade gdm, so diorang decide nak induce gune air...so doc tu suh nurse kat situ masukkan drip air induce 2unit ke tangan CT..CT pasrah je tangan kena tebuk..huhu..So bermula lah sakit sikit-sikit kontraksi masa tu sampailah sakit 10minit sekali..sakit jugak sampai tak tertahan..tengah malam tu nurse hentikan drip air untuk bagi sakit tu berjalan dengan sendirinya..pukul 3 pagi lebih tu tiba-tiba sakit tu berenti n CT pon tido la sampai ke subuh...lena tanpa sakit ape pon..

Subuh tu pegi cek jalan, masih lagi 3cm..CT dah jadi mati kutu,..so CT pikir ke baby taknak keluar lagi..kalo tak nak keluar lagi, nak je CT cakap nak balik..tapi suami suh tunggu dulu..ibu pon cakap macam tu..mana tahu kot nanti baby nak sambut birthday sekali ngan umi die (10.6 ni birthday kak long CT)..so CT pon tunggu..doc pon da tukar drip air ke 4 unit..uihhh..sakitnya makin kuat, tapi CT tahu tu sakit sebab ubat..nurse panggil buat ctg..alhamdullillah, walaupon masa tu dipaksa sakit kontraksi..tapi jantung baby masih berdegup normal..harap-harap baby sentiasa sihat je masa tu...CT terpaksa sakit yang berterusan sampai ke malam..kul 10 malam tu doc nak cek jalan, dah terbuka 4 cm...alhamdullillah..so CT pikir, nanti die buke lagi lah tu..tp hampa, malam tu ade dekat 3 kali cek jalan, tapi stil 4cm...huhu

11hb Jun 2013
Pagi tu pegi mandi awal-awal..nasib baik dapat wad yang ade bathroom private..suami tolong mandikan sebab CT dah tak larat sangat dah..sakit sangat sebab ubat makin kuat..lepas subuh tu doc cek jalan tapi bukaan stil 4cm..CT dah agak hampa di situ..Doc pon suh nurse lajukan aliran drip agar kesan ubat jadi makin kuat..sakitnya menahan sakit kontraksi yang dipaksa oleh ubat hanya Allah sahaja yang tahu...bayangkan lebih sehari dah CT duk menahan sakit kontraksi ni..CT hanya mampu berdoa je agar dipermudahkan proses nak bersalin ni...kesan ubat makin kuat, Ct dah rasa sakit 3minit sekali..CT bagitahu suami..suami pon panggilkan nurse dan nurse suh terus masuk LR..

Doc pon terus cek jalan masa tu dan doc cakap jalan dah terbuka 7cm..so doc terpaksa pecahkan air ketuban tapi drip ubat terpaksa diberikan lagi..tak boleh hentikan takut bukaan stil lambat...so lepas air ketuban pecah, sakit kontraksi tu lagi berganda-ganda..sakit sangat sampaikan tangan suami jadi mangsa cubitan CT..setengah jam lebih CT menahan sakit, CT rasa dah tak tahan sangat sakit tu..suami bgtau nurse CT dah sakit sangat dah dan minta ubat tahan sakit, tapi jawapan nurse kat sana tiada ubat tahan sakit mahupon gas etonoks yang boleh melegakan sakit tu sementara...huhu..Ct berdoa je agar sakit tu berkurangan..nurse tu pon bagitau CT dah boleh masuk LR untuk cek jalan lagi..masa tu dah 9cm..waa agak cepat..kul 12tghari baru air ketuban pecah (masa tu 7cm), nak dekat jam 12.30tgahri dah 9cm..doc kata dah boleh siap sedia dah, jalan ade sikit lagi nak terbuka...

Menahanlah sakit yang amat sangat...tarik nafas hembus nafas nak suh bagi kurang sakit...rasa sakit yang amat sangat tapi doc tak bagi teran lagi..die kate kalo teran awal-awal nanti tempat nak kuar baby tu bengkak...sian, tangan suami CT memang jadi mangsa..sampai sekarang masih ade lagi lebam cubitan CT..sian abang..maaf ye abang..sayang sayang abang sgt2 tau sbb temankan sayang..kul 2.30ptg, doc kate kalo nak teran sikit-sikit teranla..tapi jalan masih tak terbuka sepenuhnya lagi..cuba teran takut-takut jalan senang terbuka..so setiap kali datang sakit CT cuba teran..CT tak pandai teran..banyak kali CT teran tapi kepala baby tetap tak keluar lagi...dalam LR tu suami dan ibu (ibu masuk sekali) terus-terusan bagi semangat kat CT..ade nurse muda tu, Fatin setia je menunggu di sebelah sambil mengurut-urut CT...walaupon tak hilang sakit tu..tapi jasa die agak dihargai kerana nurse lain tak bagi layanan sebaik die..

Dalam kecoh-kecoh tu, doc suh jangan teran lagi..tahan dan tunggu jalan terbuka habis baru teran...sakit doc, mana boleh tahan lagi..tapi doc terus suh tahan sbb takut kat dalam tu bengkak nanti lagi susah baby nak keluar..jam dah nak dekat kul 4..doc suh tambah drip jadi 6 unit..tak berapa lama tu doc suh try teran..CT teran lagi tapi tetap kepala baby tak keluar lagi..suami dan ibu minta izin nak g solat kejap..CT cuba tahan daripada teran lagi, bl doc suh teran..CT try teran tapi teknik CT salah..berapa kali kena marah ngan doc kat situ kata pandang perut, teran ke bawah bukan teran mulut..pastu bile nak curi nafas jangan curi kuat-kuat..nanti baby masuk ke dalam balik...agaknya dalam kul 4.30 tu kepala baby dah muncul sedikit..tapi CT memang teran tak pandai..nafas pon pendek-pendek sebab selsema..kepala baby still tak keluar-keluar walaupun dah nampak...

Doc suh CT rasa kepala baby nak bagi CT semangat supaya teran..die kate kesian baby dah lama ade kat situ..takut lemas..CT pon jadi takut...CT pon tetap cuba nak teran walaupon tenaga sebenarnya dah takde..tapi CT kumpulkan juga kekuatan agar baby CT boleh keluar..ape2 nak jadi pada CT lepas tu CT pasrah je, janji biar si kecil ni melihat dunia dan dapat dikeluarkan dengan selamat..Dengar-dengar Doc cakap-cakap ngan nurse kate kalo tak keluar juga pas kul 6 nak hantarkan CT ke hosp sbb kat Klinik Intan takleh ceaser..CT jadi takut, kepala baby dah kat bawah..takkan nak gerak gi hospital lagi dalam keadaan tu.. masa tu dah kul 5 lebih...setiap kali datang rasa sakit, CT teran...CT bagitau je nak teran, dah tak tunggu jawapan dah boleh teran ke tak...berkali-kali CT teran bl datang rasa sakit..CT kumpul semangat, walaupon mata dah berpinar masa tu..Rasa macam dah tak larat sangat-sangat..dalam hati CT terus-terusan baca doa nabi Yunus..doa agar diampunkan segala dosa sekiranya nanti CT 'pergi'..sbb masa tu CT rasa dah lemah sangat-sangat..tambah-tambah CT tak makan ape2 tengahari tu dan pagi just jamah sekeping roti saja..CT nekad nak keluarkan baby ke masa tu...nak selamatkan nyawa baby j..bagi CT masa tu baby lah segala-galanya..

Dah pukul 5.30, doc kata, teran kuat lagi..baby dah nak keluar dah..sikit je lagi..teran lagi..dalam LR tu dah kecoh macam pasukan sorak suh CT teruskan teran agar baby boleh keluar...bayangkan nak dekat 5jam berhempas pulas meneran..akhirnya tepat jam 5.45petang baby pon keluar...sikit lagi dari jangka masa yang ditetapkan doc untuk hantar CT ke hospital..alhamdullillah...baby keluar-keluar je terus diberi oksigen sebab takut lemas..bl dengar suara tangisan baby, suami dan ibu tak henti-henti ucap alhamdullillah..CT pon ucap alhamdullillah dalam hati...

Sementara nurse-nurse duk bagi baby oksigen, Doc pon selesaikan sesi jahit menjahit kat situ..anehnya, tak rasa sakit, tapi doc bius ke tak?sebab tak nampak doc bius pon...Ct da memang tak leh gerak mase tu, rase lemah sangat-sangat..suami pon dah keluar amik wuduk nak solat asar n nak azankan baby..tapi masa jahit menjahit tu, CT duk tunggu bl baby akan dibawa ke dalam dakapan CT..sbb bl baca pengalaman orang lain, baby akan dibawa ke dada mereka..selesai sesi menjahit CT tetap tak jumpe dengan baby Dhiya...sampailah CT masuk wad semula pon tetap tak jumpe...kul 10 malam tu barulah nurse datang bawa baby tu pon lepas CT minta nak jumpe..huhu....alhamdullillah, kedua-dua CT dan baby selamat...

Maka Dhiya pon melihatlah dunia pada 11hb Jun 2013 tepat jam 5.45petang...waktu tu Dhiya seberat 3.25kg..agak berat jugak..takpela puteri abah dan mama, janji sayang kena sentiasa sihat dan tetap menjadi anak yang solehah dan diberkati di dunia dan akhirat..
                                              Wan Nurdhiya Azzahra bin Wan Ahmad Fadli

                            Dhiya pilih untuk buka mata selepas beberapa jam setelah lahir..

Tuesday, April 9, 2013

Posted by MamaCT at 11:09 AM 0 comments
HAPPY BIRTHDAY MY HUBBY!!!

Semalam (8.4.13) genap En. Hubby berumur 26tahun...hihi...abang da tua da tau...tapi xpe...sempena umur 26tahun ni, abang bakal jadi ayah dah dalam tempoh masa 2 bulan lagi tau...mesti abang da tak sabar kan? :-)


Happy birthday k abang...maaf sayang tak pandai nak suprise kan abang..huhu...harap abang suka dengan hadiah yang sayang dan baby bagi tu tau...Baby abang ni bagus tau...dalam perut mama dia lagi dia dah ingat dan sayang sangat-sangat kat abah dia...masa sayang ajak dia g beli hadiah kat abang, aktif sangat dia menendang..hehe...seronok nak suprisekan abah dia...

Abang, sempena hari jadi abang ni...sayang dan baby nak ucapkan "semoga abang dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki yang melimpah ruah...semoga abang diberkati Allah s.w.t di dunia dan di akhirat, semoga abang ditetapkan iman dan taqwa sentiasa dan diberikan ganjaran syurga Allah di akhirat nanti...terima kasih sebab jadi suami yang soleh dan imam yang baik untuk keluarga kita...sayang sayang abang sangat-sangat...semoga abang sentiasa bimbing sayang untuk ke Jannah Allah k abang dan semoga cinta dan kasih sayang kita kekal dengan barakah Allah hingga ke Jannah sana...semoga abang sentiasa bahagia di samping keluarga tercinta (sayang, baby dan bakal baby-baby kita nanti..hehe)"

Baby dah tendang abang, suka die bila mama die ni bercerita pasal abah die...sayang nya dia kat abah die...dia pesan, dia kata "abah..abah..nanti baby keluar, kita main sama-sama k sebab baby sayang abah sangat..hihi..." 

ok la...sampai di sini nukilan hari ni, mama nak g goreng nasi jap nak bawak bekal g kerja nnt...ade masa nanti mama jenguk lagi blog ni..da..da..

Tuesday, January 22, 2013

Genap Setahun Suka Duka Sebagai Suami Isteri..I LOVE YOU, HUBBY!

Posted by MamaCT at 10:30 AM 1 comments

        Kite berkahwin masa masing-masing berumur 25 tahun (walaupun tak genap 25tahun)...hihi..dan tahun ni kita bakal bertiga tau abang...(baby dalam perut gerak-gerak tanda setuju)...hehe..macam abang cakap masa awal-awal kite kawi dulu...abang kata tahun ni insyaAllah kite raya berdua, tahun depan insyaAllah bertiga....Alhamdullillah, Allah makbulkan doa abang..InsyaAllah Raya 2013 ni kita bakal bertiga..cuma tak tahu je baby ni boy ke girl... asik nyorok je die...huhu..

Kita imbau kembali perjalanan kite ye abang....

20 Januari 2012 - malam tu kite telah dinikahkan setelah berkenalan hampir 5 bulan dan bertunang tak sampai 4 bulan...sekejap je kan rasanya masa berlalu..genap setahun dah perkahwinan kite..

                          
                          
                         
                                      


 21 & 22 Januari 2012 - majlis bersanding dan sambut menantu...

                         
                            
                        
                        
                        
hihi...imbas kembali suka duka setahun ni buat kite rasa bahagia kan abang...moga kebahagiaan kita ni terus kekal selamanya...insyaAllah..


 

Diari Comel Mama Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea