Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Maternity tickers

Friday, December 19, 2014

Ragam Manusia

Posted by MamaCT at 1:33 AM 0 comments
Haha.. masa duk menulis entri kali ini..CT tgh sedih mengenangkan salah faham yang telah berlaku... Nasib CT seorang yang sabar dan matang...ececewahhh...
Salah faham yang berlaku antara rakan sekerja disebabkan medium elektronik..bahaya juga ye medium elektronik ni..kita sampaikan kot lain..dibacanya lain dan difahamnya lain..last last berlaku salah faham..

Jenuh lah nak bersihkan semula salah faham ni..haha..kalau ikutkan hati nak buat tak tahu je..tapi risau orang terasa hati..Mulakanlah langkah beri penjelasan lepas tu minta maaf..walau pun terang terang kita tak salah..tapi tu jalan sebaiknya..haha

Ya Allah..kau tiupkan lah hatinya agar die merasa tenang dan jauhkanlah hasad dengki serta prasangka dalam hidupnya.. jadikanlah dia seorang yang sabar dan redha...jadikan aku juga seperti itu..Aaaminnnn...

Ni je yang mampu CT lakukan..redha dan berdoa. .Alhamdullillah..

Sunday, November 30, 2014

Melbourne aku datang!! Part 1

Posted by MamaCT at 7:48 PM 0 comments
Baru 1minggu lebih pulang dari melbourne.. rindu nak jejak kaki kembali ke sana.. sangat- sangat best pergi sana.. rasa cam nak berhijrah duk sana je..ececece...

Sebenarnya trip nak ke melbourne ni dah dirancang setahun yang lalu.. tiket masa tu kami beli di Air Asia...promosi harga tiket untuk 3beranak (2 adult dan 1 infant) hanyalah RM1666 pergi balik tak termasuk luggage, seat dan insurans..Haa..murah kan?

Kami pergi ke Melbourne ketika penghujung autumn.. so masa tu mmg season untuk cherry picking..memang ohsom...haha.. 16 November 2014 tu kami dah bertolak ke sana hinggalah 22 November 2014..

So dekat sini CT nak kongsi pengalaman dan tips-tips untuk sesiapa yang nak travel ke melbourne nanti... Harap- harap dapat membantu

Persediaan sebelum ke melbourne

1. Passport
Pastikan passport masih aktif  sekurang kurangnya 6 bulan selepas tarikh travel. Kalau dah hampir tarikh luput tu bolehlah pergi renew.. Nak nak lagi pada sesiapa yang nak renew passport akhir tahun ..omakk aii..beratur panjang sampai boleh berkelah kat situ..haha.. Bagi sesiapa yang belum ada, boleh lah buat.. lagi pon masa nak beli tiket, no.passport also needed.

2. Visa
Yang ni boleh mohon online.. hanya RM20 untuk satu kepala.. sekejap sahaja boleh mohon visa ni..Alhamdullillah

3. Duit tukar
Yang ni berpandukan kepada bajet masing- masing.. Kami sekeluarga hari tu bawa lebih kurang RM5000 yang dah ditukar ke sana.. tu pon masih ada baki AUD320.. haha..kami jimat wokeh...lagi pun pergi sendiri senang nak bajet belanja..  Rate paling rendah nak ditukar biasanya kat midvalley atau masjid india. Kami tukar di mid valley.. 1AUD=RM2.92 ..Fuhhh..Jimat!!

4. List declaration makanan dan ubat
Yang ni penting. Kalau makanan dan ubat tak declare, tak lepas kastam di sana. Silap silap haribulan kena bayar denda atau meringkuk dalam penjara sekurang-kurangnya 3 tahun..Takut wehhh..  Declare je..lepas tak lepas belakang kira..tulis je ingredient apa yg ada..kalo tak lepas, dia buang je..
Kastam kat sanalah yang paling strict.. yelah..Mereka kan pengeluar produk makanan terbesar dunia.. Takut ada penyakit berjangkit khususnya penyakit kuku dan mulut yang dibawa oleh makanan (yang ni yang CT studi sebelum ke sana..harap betul lah..haha)

Ni list makanan yang kami bawa ke sana(disebabkan kami bawa baby..so banyaklah makanan ringan)
1.Maggi curry dan Maggi Ayam
2.Mee Sedaap mee goreng
3.Campbell mushroom and chicken soup
4.Brahim's nasi goreng paket
5.Brahim's ayam merah paket
6.Mission roti tortilla
7. Sardin Ayam brand
8.Adabi Sambal udang tin
9. STARS black pepper beef (tin)
10.honey stars
11.biskut chipsmores
12.biskut bayi baby bites

Harap boleh membantu, sebab semuanya lepas melalui kastam..INGAT..Yang penting..DECLARE..
kami pergi 6 orang sebab tu banyak stok makanan bawak..sudahnya tak habis makan..haha..nasib baik ade students Malaysian Hall kat sana..

Beg makanan pon asingkan dengan beg baju..letak satu beg untuk makanan sahaja supaya nanti dekat kastam takde terburai segala macam baju.. haha..

5.Pakaian
Bawa hanya yang perlu sahaja.. Tengok musim..Kalo musim sejuk bawa lah baju tebal tebal..Tapi tak yah banyak..sebab sejuk jadi tak berpeluh sangat.. lagi pon nanti nak beli belah di victoria market lagi.. nanti tak muat beg nak bawa balik semua tu.. Pastikan extra satu beg ye.. Kami hari tu bawa 1beg besar ( untuk corelle dan souvenirs) 1beg sederhana dan 1 beg kecil untuk pakaian kami anak beranak..hehe..

6. List Iternary perjalanan
Yang ni kena rancang betul betul. Bagi sesiapa yang ikut tour guide tak pe..tak perlu risau sebab semua orang bawa.. Tapi bagi kami yang gamble pergi sendiri ( konon-konon nak adventure) memang perlukan iternary perjalanan.. Nanti CT ceritakan lebih lanjut dalam part seterusnya..

7.Booking hotel, Malaysian hall atau etc..
 Yang ni perlu dibuat awal supaya nanti tak kalut.. Kami menyewa di Malaysian Hall selama 6hari 5 malam..Proses nak booking sekurang kurangnya 3bulan sebelum travel..Lagi awal lagi bagus, sebab bilik limited..Kalau nak booking bolehlah berurusan dengan Pn.Norliza, ketua warden di sana..Harga bilik (family room) di Malaysian Hall adalah sebanyak AUD270 untuk 6hari. Tambah dengan deposit AUD200 so total jadi AUD470. (Deposit AUD200 dapat semula bila nak check out nanti)
Samalah jika nak booking hotel..Pastikan booking awal ye supaya tak de masalah timbul di kemudian hari.

8. Tour guide atau Car Rental?
Bagi kami yang inginkan adventurous ni, car rental jadi pilihan. Kami sewa kereta dengan APEX selama 3 hari untuk AUD360 (iaitu AUD120/day) .. Minyak memang dah penuh, so pastikan masa pulang nanti isi minyak penuh juga. Bookinglah kereta sewa ni awal dan mintalah car seat  jika bawa baby.. Undang- undang kat sini ketat bila berkenaan peraturan jalan raya.

9. Apps berkenaan Melbourne
Yang ni download lah mana mana apps berkenaan melbourne ye.  Contohnya Tram Catcher, Melbourne Maps  dan waktu solat di Melbourne (lupa dah nama apps, semuanya hubby yang download)

Dan seterusnya kiralah hari untuk terbang ke sana ye... hahaha

Bersambung dalam entry seterusnya pula...

kembali menjengah...

Posted by MamaCT at 5:59 PM 0 comments
Agak lama juga CT menyepi ye..nasib x bersawang blog ni.. Al maklumlah..bizi menguruskan anak ..hehe(alasan!)..

Sekarang ni buah cinta mama dan abah dah menjengah umur 1 tahun 6 bulan..sekejap je masa berlalu.. tup tup anak dah besar... dhiya ..dhiya..sayang sangat ni kat dhiya..

Sudah pandai bercerita ini budak..walaupun bahasa koreanya susuah untuk difahami..hahaha...

Hahaha..gambar budak buchuk tak mandi lg masa g melben

Alahai si anak..bijak sangat otak dhiya sekarang ni..
mama pon sekarang macam tak berapa sihat. Sakit pinggang, sakit belakang, kaki tangan kebas, kepala pening, perut cramp.. Macam ade sign untuk hamil kali kedua je..hehe..jeng..jeng..jeng

Tapi bila cek upt..negatif je..hahaha..tak sobar betul mama dhiya ni..
Tapi kalau ade rezeki seterusnya, apa salahnya..Kami laki bini terima seadanya..hihi.. macam dah bersedia nak timang yang kedua..

Walau macam mana pon dhiya tetap buah cinta kami berdua dunia akhirat...

Dhiya cinta hati mama abah,
Dhiyalah pengubat duka kami,
Dhiyalah cahaya cinta kami,
Dhiyalah buah ketawa kami,
Dhiyalah harta kami dunia akhirat,
Jadilah anak solehah ye sayang..

Mama abah sayang sangat dhiya..sayang sangat-sangat...


Muka budak majuk...hahaha..sayang..sayang


 

Diari Comel Mama Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea