Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Maternity tickers

Tuesday, January 24, 2017

Penantian kedua

Posted by MamaCT at 1:05 PM 0 comments
Alhamdullillah.
Saat mama coret post ni, mama masih berada di hospital kerana keguguran.
Biarlah semua yang berlaku berlalu.  Pasti ada hikmahnya.

So mama nak coret perihal pregnancy kedua.  Nanti besar-besar dhiya baca lah
 Dhiya tetap kena sayang adik walaupun adik sekejap dengan kita.

Actually,  tahun 2016 mama dah ambil  clomid dan huCog jab dengan dr. Marsitah KPJ ampang puteri. Mama start treatment dlm bulan Mei 2016.

Mama start ke KPJ after dr. Fadillah di seri indah bagitau mama ada something di serviks.  So doc bagi refer letter and mama terus ke KPJ.  Di sanalah bermulanya treatment mama yang first didiagnos ada fibroid 1.57cm.. Nasib kecik,  doc kata insyaAllah akan kecut sendiri..  Kena monitor selalu.  So doc tanya untuk conceive anak kedua atau tak.  Mama dengan penuh semangat jawab,  memang tengah conceive dan harapan agar doc membantu mama.

Minggu selang minggu mama datang treatment.  Buat pap smear.  Sakit.. Tapi boleh tahan.  Alhamdullillah mama takde sakit apa-apa.  Next meeting,  mama buat HSG, nak tengok tiub fallopio tersumbat atau tak.  Prosedur dia mmg lagi sakit dari pap smear. Menggigil-gigil mama baring atas katil macam dalam OT(operation theater). Alhamdullillah.  Normal.  So doctor advise untuk mama on clomid and jab huCog bila ada telur matang.  Opss lupa nak kata,  mama ni PCOS.  So telur susah nak keluar sendiri.

Bermula Julai 2016, mama on clomid and dapat satu telur cantik bahagian kiri.  21mm kiri 13mm. Inject huCog on cd14.. But failed.  Mama datang period on cd28.
Lepas 11hari period, mama jumpe doc ingat nak tanya macammana. Doc buat tvs and tengok telur mama hampir besar-besar. So doc suruh mama on clomid 3hari. Hari ke4 datang scan and jab di klinik doc di taman melati. So bila scan,  mama dapat 4 telur cantik.  3 sebelah kanan (20mm,19mm,17mm) dan 1 sebelah kiri 15mm. Doc inject and mr. Hubby drive balik kampung.. Hehe.. Cuti.. Sampai kampung, mama rehat dan berharap ada rezeki kali ni.

Jab yang mama amek.  

Malangnya,  treatment kali kedua pon gagal. Mama pon decide nak stop treatment.  Dah bulan September.  Dan mama pon dalam proses nak selesaikan hal jual beli rumah.  InsyaAllah, tahun ni boleh duduk rumah baru.

Bulan 11, mama start pergi mengurut dengan mak yam di selayang.  Orang kata mak yam pandai urut.  Ramai pregnant Alhamdullillah.  Rezeki dari Allah bukan asbabnya Mak Yam.  Kita Ikhtiar dan bertawakal. Mama pon dua kali mengurut dengan Mak Yam.  Mak Yam kata rahim mama senget ke kanan.  Tu susah lekat.  Ok mama pon menerima proses mengurut tu.  Best + sakit kadang2. Haha.
Mama pon cuba teknik bila bersama terus mengiring belah kanan. 2 bulan berturut2 mama buat teknik tu.
Mama menunggu dan bulan 12 dengan bangganya period tu datang.  Hehe..  Ok lah mama pon tak fikir sangat sebab masa tu tok ma tengah sakit.  Warded.  Bp tinggi dan hypertension.  So mama sibuk uruskan tok ma dan jauh dari my hubby sebab cuti sekolah.  Mama datang period pon 3 hari tapi tak banyak.  Patut mama dah fikir dah masa tu. Haha
Balik cuti sekolah mama start diet Atkins.  Dalam 9 hari mama diet,  mama turun 3kilo lebih.  Tapi mama ragu,  sebab mama da lewat period 4 hari.  16/1/17 mama bangun subuh mama terdetik nak buat upt.  Mama kata dalam hati kalo mama pregnant,  mama nak stop diet.  Ok.  Buat test dan solat macam biasa.  After solat,  wahh 2 line and satu kabur.  Ok ok.  Sabar.  Bagitau mr. Hubby,  mama should stop diet.  Haritu jugak mama cari nasik.  Padahal tak confirm lagi.. Haha
Malam tu mama buat test lagi,  naik lagi.  Alhamdullillah.  Terus ajak mr. Hubby gi scan.  Tapi test dengan doctor negatif,  and scan pon tak nampak.  Doc nampak blood clot.  Sampai mama down bila doctor kata awak nak period nanti ni.  Ok takpe mama sabar.

Hari-hari mama test takut jalur tu hilang.  But know what.  Line makin terang.  Takkan mama nak period kalo makin terang kan?
Mama is tak sabar so mama bergegas pagi tu pergi guardian and beli digital clearblue.  Mahal ooo.. RM37 ..fuhh..  Balik dup dap dup dap tunggu paparan test tu.  Lastly,  Alhamdullillah it shows pregnant 2-3. Maknanya mama dah pregnant 5 minggu.  Mama is over excited.  Mama terus call tok ma.  And tok ma also over excited sbb nak dapat cucu lagi.  Mr.  Hubby mesti dah senyum sampai telinga bila mama wasap gambar upt digital.

Seminggu mama berada dalam kegembiraan bila malam jumaat mama gi test dengan doctor,  and doctor sahkan mama positif pregnant.  Lagilah mama double enjoy.  Cergas je mama,  buat donut and macam -macam untuk kakak.  Alhamdullillah,  mama takde loya dan morning sickness.  Cuma kadang sakit pinggang belah kanan.

But baby tak tahan lama. Sempat 6w 2d je dengan mama.  Innalillahiwainnailaihi rojiun.  Pergilah anak syurga mama.  Mama bahagia. Tunggu mama,  abah,  kakak di sana ye sayang.. InsyaAllah.  Aminn..  Nanti mama update macam mana mama keguguran.. InsyaAllah.


 

Diari Comel Mama Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea