Tepat pukul 1 pagi kami sekeluarga terus bergerak ke Putrajaya Sentral untuk ambil KLIA Train ke KLIA2.
Pukul 2 lebih kami sampai di sana dan train first adalah pukul 4.52pagi.. So CT suh hubby tido dulu sementara menunggu waktu train tiba. Hubby dan Dhiya nyenyak je tido dalam keta. Hehe.
Parking di Putrajaya Sentral ni selamat. Kadar parking pon RM4 sahaja sehari. Tepat pukul 4.30pagi, CT kejutkan hubby dan tolak stroller Dhiya ke kaunter tiket. Hubby angkut beg. Berat. Kami bawa 2 beg. 1 beg baju, 1 lagi beg makanan.
Tiket KLIA Transit dibeli dengan harga RM6.20 seorang. Dhiya FOC. Murahkan? Murahla kalo dibandingkan parking di KLIA2 untuk 8hari.
Ok. Kami sampai di KLIA2 tepat jam 5.30pagi. Di sana Along dah tunggu di kaunter Check In Y. Kami check in tiket dan drop luggage. Nasib baik luggage lepas sebab beg kami besar (kami ambil luggage 25kg).
Selesai semua urusan kami ke kopitiam untuk sarapan dulu. Jam baru pukul 5.55pagi. Azan tak lagi so sempat kami jamah breakfast. Dhiya pon dah bangun. So bagi dia susu dan makan kenyang-kenyang dulu. Kalau tak nanti merengek pulak. (Sebenarnya demam Dhiya tak kebah lagi waktu ni tapi kami dah standby ubat punggung in case suhu badan dia tetiba naik) . Mak dia dah cuak dah. Sehari sebelum nak melancong. Anak tiba- tiba demam. Panas jugak suhu badan, 39darjah. Huhu.
Jam 6.40 kami gerak ke surau untuk solat subuh. Masukkan ubat punggung Dhiya siap- siap sebab suhu dia tak turun-turun. Selesai solat kami terus ke Gate Q (international departure). Sampai di sana kami menunggu seketika sebelum dipanggil masuk. Flight kami berlepas tepat jam 8.00pagi.
Alhamdullillah proses berlepas berjalan dengan lancar. Dhiya pon tak banyak ragam tak macam ke Melbourne hari tu. Tak sampai 1jam main Dhiya dah tertido semula. Alhamdullillah.
Dalam pesawat kami diberi borang untuk diisi bagi memastikan kami tak ke negara-negara yang terlibat dengan wabak sebelum ini.
Masa 2 jam setengah lagi sebelum sampai ke Seoul, Dhiya dah bangun. Umi dia a.k.a Along datang ajak gi ke Bussiness Class main dan tido kat sana. Ada seat kosong sebelah die katanya.. wahhhh.. Syoknyaaa.
untungnye Dhiya boleh tido kat bisnes class T_T(jeles okeh!) haha
Tepat jam 1520 (waktu sana), pesawat kami pon landing di Incheon Airport, Seoul. Waa.. Korea Kami Datang!! Sejuknya kat sana. Walaupon matahari bersinar tapi anginnya tetap sejuk. Sama macam kat Melbourne. Tapi jangan tertipu. Walau berangin sejuk, muka kita tetap kena sunburn nanti. Oh, kulit ku dah gelap!! T_T
Sekarang ni musim kat sini ialah Musim Bunga. Tapi tak sempat kami dengan cherry blossoms agaknya sebab ni dah akhir April. Turun dari pesawat kami terus ke tempat mengambil beg dan seterusnya ke Imegresen. Alhamdullillah urusan berjalan lancar. Sekejap sahaja kami dah di pintu keluar. So kami cari 7E untuk beli T Money sebelum bergerak ke Gimpo Airport untuk penerbangan ke Jeju. Beli juga susu pisang dan susu strawberi. Wallaa.. best lagi susu strawberi dari susu pisang. Hehe. Tak lupa juga beli traveller charger di sini. Lupa bawa. Harganya 8000won sahaja.
Seterusnya kami gerak ke exit7 untuk ambil eskalator turun ke B1. Di sana kami akan ambil AREX (Airport railroad - Lambang biru) untuk ke Gimpo. Perjalanan dari Incheon ke Gimpo mengambil masa lebih kurang 40minit melepasi 5 station (Tak perlu tukar- tukar train, straight aje). Tiba di Gimpo jam dah menunjukkan pukul 5.00pm. Kami bergegas check in flight ke Jeju yang akan berlepas jam 1910 nanti. Selesai check in dan drop luggage kami cari port untuk solat. Kat Gimpo tiada surau tetapi kat Incheon ada surau. Menyesal tak solat kat sana. So kami pun cari baby room (baby care) kat sini dan solat dalam baby room. Alhamdullillah baby room kat sini tak macam di Malaysia. Biliknya sangat bersih dan luas macam bilik tidur bayi. Kami menentukan kiblat berpandukan kompas yang dibawa.
Seusai solat kami bergegas ke floor 3 untuk masuk ke departure hall. Di sana ada Lotteria so kami bercadang untuk beli Shrimp Burger dulu buat bekal malam hari nanti di Jeju. So belilah 2set burger dan 2burger sahaja. Satu set harga 5400won manakala satu burger sahaja harganya 3400won. Set burger itu disertai dengan fries dan juga air Coke. (maaf lupa ambil gambar burger T_T)
Masuk ke departure hall dah pukul 1900 tetapi flight delay 10minit. So kami pon melantak dulu separuh shrimp burger. Sedap wehhhh makan burger ni masa panas- panas lagi. Sedar tak sedar habis 2 set burger. Haha.. kata nak wat bekal. Isk isk isk. 1920 kami pon berada dalam perut pesawat nak ke Jeju (naik Korean Air) . Harga ke Jeju seorang pergi balik RM315. Kalau Tway murah lagi kot. Penerbangan ke Jeju mengambil masa 55minit. Tepat jam 2015 kami sampai di Jeju International Airport.
Dhiya muka ngantuk. haha
Keluar dari Jeju Airport, kami terus dapatkan shuttle bus untuk ke KT car rental. Di KT car rental kami menyewa kereta untuk kegunaan 2 hari di Jeju. Jangan lupa ye dapatkan lesen memandu antarabangsa sebab side memandu dia berlainan. Kami dapat kereta Hyundai Rio (macam kereta Juara pon ada, Kenari pon ada..hehe)
Selesai dengan urusan kereta sewa, kami terus ke rumah sewa kami (kami sewa rumah sebab ada 2 family). Rumah sewa ni berdekatan dengan Hallim. Kecewa dengan tuan rumah sebab masa book rumah ni katanya ada dua bilik. Tetapi bila ke sana rupanya ada satu bilik sahaja dan satu lagi hanya hamparkan toto di ruang tamu. Bilik tu bagi kakak guna so kami tiga beranak tido di ruang tamu. Tapi harga sewa tetap sama bahagi ngan kakak..(T_T) haha.. Tapi oklahnya semua kelengkapan ada. Dapur, peti ais, washing machine, wifi semua adalah. Harganya cuma RM663 (200000won) untuk 2malam. So satu family hanya RM331.50 untuk 2malam.
ok kita bersambung pula di next entry. K bai. Got to go.







0 comments:
Post a Comment