Ok kita sambung entri jelajah seoul / jeju-do yang lepas
Seperti entri yang lepas, hari pertama
kami ke pulau jeju dulu. Tiba je di pulau jeju dah malam. Sampai je kat
guesthouse, kami makan malam dan terus masuk tido.. zzzz
30 April 2015(khamis)
Pagi tu kami bangun awal..yelah..nak
ikut schedule supaya tak terlepas tempat menarik untuk dilawati.
CT orang pertama bangun. Best tido di
Jeju. Walaupun angin sejuk tapi lantai umah tetap panas suam. Lena
je tido..hihi
Dhiya pon ikut bangun bila tengok
mamanya bangun. CT bersiap-siap dengan dhiya. Best pepagi mandi air panas
bagai. Usai solat subuh, terus CT kejutkan yang lain. Subuh di sini habis pukul
5.50pagi tak silap. Kul 6.10 pagi tu dah masuk dhuha.
Sementara tunggu yang lain siap, CT
sediakan makanan. Dhiya dah tido semula pas minum susu. Hehee..sejuk jadi
senanglah tido si anak ni.
Kuar je dari pintu nampak sunrise..
waaa lawa.. Bestnya kalo hari hari cenggini.. angin nyaman je pepagi.. CT terus
ke rumah owner untuk panaskan nasi dan lauk dalam tin (lupa nak bagitau, nasi
kami beli kat 7e singgah masa nak ke guesthouse ni).. Owner ada masa tu tengah
main dengan anjing dia Happy.. ooo berdebar perut tengok si anjing ni.. owner,
en.Kim dengan rela hati bagi guna mikrowave. Pastu dengan baik hatinya dia bagi
CT 4 paket seaweed.. Dia tunjuk pada nasi pastu cakap "mogo..mmogo.."
haha..nasib baik CT faham..En.Kim suh makan seaweed tu ngan nasi.. sedappp
katanya..hahaha
Bila semua dah siap-siap , kami pon
breakfastlah makan nasi dengan seaweed dan lauk kari ayam dalam tin.. sedappp
betul makan kat negara orang ni.
Gotjawal Forest is a naturally formed forest located on the middle slopes of Halla Mountain, Jeju Island in South Korea. It covers the rocky area of Halla on
Cantik hutan ni. Tak puas mata memandang. Forest ni tak pernah ada salji. Disebabkan batuan dia yang mempunyai suhu yang tinggi yang asal daripada batuan gunung berapi. Dan di sini kami boleh mengalami musim lain walau berada dalam musim lain (info ini dari guide yang bawa kami ke dalam forest ni). Masa kami pergi tu baru Musim Bunga tapi dalam forest tu kami boleh tengok musim luruh. Cantik tapi tanah dia basah.. hehe..
dhiya muka ngantuk
cantik bunga conola ni..
us..
2 jam berada di Gotjawal, kami decide nak ke
Jom belanja gambar di
berebut minah korea ni nak bergambar ngan dhiya..haha..yeuipo katanya..
Ok. Dalam pukul 2.30 kami keluar dari
Keluar je dari
Kat sini kami beli souvenir Jeju. Fridge Magnet Orang batu (terkenal di Jeju) dan pemberat kertas. Harga Fridge magnet 2000won (ada 2pieces), harga pemberat 3000won (saiz besar- juga ada 2 pcs). Along beli buah hallabong kat sini (buah oren panggil hallabong). Sudahnya makan sikit je.. Buah dia besar-besar. 1kg 8000won.
Seterusnya kami ingat nak ke
cheonghyanni waterfall tapi macam tak sempat je. Nak gi ilchubong tak sampai
lagi. Jam dah nak dekat kul 2.30petang. Dari Folk Village kami terus ke Seopjikoji, tempat
pengambaran all-in. Tiba je di sana ,
kami terus bergambar. Laut di sana
cantiknyaaa.. tapi suasana agak berkabus.. sejuk je.
Along ajak gi beli sotong bakar.
Seekor sotong bakar yang besar tu harga dia 5000won seekor kalo tak silap.
Along beli 3 ekor. Sotongnya sedap dan cair dalam mulut. Yang ni dijamin halal
sebabnya sotong yang hidup-hidup dalam besen diangkat dan dilapah lalu dibakar
terus atas batu arang khas. Memang takde perasa apa-apa yang diletak. Dalam
blog orang yang gi jeju pon ada rekemenkan sotong ni..terangkat bila
makan..sedapppp
antara makanan laut yang ada..segar sebab diorang menyelam dan tangkap sendiri..
Hari dah pukul 4.00 petang. Kami naik
ke atas puncak Seopjikoji sampai ke light house (pembikinan filem All-in). View
dia,, Subhanallah memang kagum. Sama macam ketika pergi GOR, Melbourne dulu. Dari menara api tu sepatutnya
kami boleh nampak kawah tapi suasana agak berkabus. Kawah pon tak nampak.
Jam dah menunjukkan pukul 5.15petang.
Maghrib masuk jam 6.36petang kat sini.. so kami pon turun. Kami rancang nak
solat kat mana-mana je nanti. So kami terus simpan air dalam botol untuk wuduk.
Kami gerak dengan kereta lari dari tempat parking untuk cari tempat yang sesuai
untuk solat. Tak jauh dari situ ada satu parking lot awam yang tak digunakan.
Dan bersebelahan parking lot ada tandas awam. So kami berkiblatkan matahari
yang hampir terbenam dan solat. Usai je solat kami lihat matahari terbenam dari
celah lautan.. tak sempat nak ke ilchubong. .T_T…
Kami terus gerak gi cari makan malam..
rupa-rupanya kami dah pusing Pulau Jeju tu. Kami sampai semula ke Bandar Jeju
(berdekatan dengan airport). Jam dah pukul 8 malam, kami ke Restauran yang
disyorkan dalam tourism (lupa nama kedai tapi seafood halal). Tapi owner dia
bagitahu mereka dah nak tutup kedai (ecece..macam faham je bahasa diorang)
So, Abang Long terus drive menyelusuri
Bandar tu. Adalah nampak Starbucks, Lotteria dan Toms Coffe. Ingat kalau tak
jumpa juga makanan, nak beli burger je kat Lotteria. Pusing-pusing, kami pon
jumpe Restauran Arab. So kami pon pesan roti nan cheese dengan ayam tandoori.
Harga satu set makanan ialah 28000won (untuk 4 orang makan). Selesai makan di sana , kami keluar
restaurant dan berjumpa dengan gerai jual krep coklat. Penjual tu namanya
Nabil,orang Muslim Perancis. Krep yang
dijual tu halal- itu katanya kerana coklat dibuat sendiri (coklat halal). So
kami oder 2 krep, satu + strawberi dan satu lagi + banana. Nyummehh..
Kenyang.. So kami decide kembali ke
guesthouse untuk rehat dan bangun awal untuk keluar esok sebelum ambil flight
ke seoul .
Sambung nanti ye...
Sambung nanti ye...






















































