Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Maternity tickers

Monday, October 5, 2015

Jelajah Seoul/ Jeju-do part 2

Posted by MamaCT at 5:51 PM
Ok kita sambung entri jelajah seoul/ jeju-do yang lepas

Seperti entri yang lepas, hari pertama kami ke pulau jeju dulu. Tiba je di pulau jeju dah malam. Sampai je kat guesthouse, kami makan malam dan terus masuk tido.. zzzz

30 April 2015(khamis)

Pagi tu kami bangun awal..yelah..nak ikut schedule supaya tak terlepas tempat menarik untuk dilawati.

CT orang pertama bangun. Best tido di Jeju. Walaupun angin sejuk tapi lantai umah tetap panas suam. Lena je tido..hihi

Dhiya pon ikut bangun bila tengok mamanya bangun. CT bersiap-siap dengan dhiya. Best pepagi mandi air panas bagai. Usai solat subuh, terus CT kejutkan yang lain. Subuh di sini habis pukul 5.50pagi tak silap. Kul 6.10 pagi tu dah masuk dhuha.

Sementara tunggu yang lain siap, CT sediakan makanan. Dhiya dah tido semula pas minum susu. Hehee..sejuk jadi senanglah tido si anak ni.



Kuar je dari pintu nampak sunrise.. waaa lawa.. Bestnya kalo hari hari cenggini.. angin nyaman je pepagi.. CT terus ke rumah owner untuk panaskan nasi dan lauk dalam tin (lupa nak bagitau, nasi kami beli kat 7e singgah masa nak ke guesthouse ni).. Owner ada masa tu tengah main dengan anjing dia Happy.. ooo berdebar perut tengok si anjing ni.. owner, en.Kim dengan rela hati bagi guna mikrowave. Pastu dengan baik hatinya dia bagi CT 4 paket seaweed.. Dia tunjuk pada nasi pastu cakap "mogo..mmogo.." haha..nasib baik CT faham..En.Kim suh makan seaweed tu ngan nasi.. sedappp katanya..hahaha

Bila semua dah siap-siap , kami pon breakfastlah makan nasi dengan seaweed dan lauk kari ayam dalam tin.. sedappp betul makan kat negara orang ni.

Ok. First aktiviti kami ialah pergi forest. Haha.. CT ni jenis memang suka nature. Dalam pukul 8.30 pagi kami bertolak ke Gotjawal Forest. Niat mula-mula nak ke Saryeoni Forest, tapi cari dalam peta tak jumpa. Last-last decide ke Gotjawal (niat nak tengok cherry blossoms) mana tahu kot-kot ade lagi.. haha.. Bayaran masuk dia 5000won (ikut hari dan masa). Dia buka pukul 9.00pagi ke atas.

Gotjawal Forest is a naturally formed forest located on the middle slopes of Halla MountainJeju Island in South Korea. It covers the rocky area of Halla on Jeju Island off the southwestern coast of South Korea. Due to the geographical feature, the region remains largely undisturbed by people. The Gotjawal Forest is an enclave of the Southern Korea evergreen forests ecoregion, and is a favorite place of the Jeju locals.  (sumber: Google)

Cantik hutan ni. Tak puas mata memandang. Forest ni tak pernah ada salji. Disebabkan batuan dia yang mempunyai suhu yang tinggi yang asal daripada batuan gunung berapi. Dan di sini kami boleh mengalami musim lain walau berada dalam musim lain (info ini dari guide yang bawa kami ke dalam forest ni). Masa kami pergi tu baru Musim Bunga tapi dalam forest tu kami boleh tengok musim luruh. Cantik tapi tanah dia basah.. hehe..



dhiya muka ngantuk



cantik bunga conola ni..


us..



2 jam berada di Gotjawal, kami decide nak ke Glass Castle. Tak jauh pun dari sini. Tiba di parking lot Glass Castle, kami nampak bas Kembara Muslim. Hehe.. Tiket masuk ke Glass Castle ialah 11000won (dalam blog lain semua kata 9000won- sebenarnya harga 9000won untuk harga group. Kalau anda datang grouping lebih 30orang dapatlah harga tu. Harga biasa 11000won okeh). Kanak-kanak bawah 3 tahun free okeh..hihi

Jom belanja gambar di Glass Castle. Cantik dan menarik di sini.








berebut minah korea ni nak bergambar ngan dhiya..haha..yeuipo katanya..


Ok. Dalam pukul 2.30 kami keluar dari Glass Castle. Punyalah lama duk merendek di sini. Haha.. kat sini tak de café halal dalam ni. Ade machine air gedegang. So kami pun belilah Minute Maids Oren dari machine ni. Sebab Dhiya dah haus. Hehe. Nasib bawak biskut dan air mineral dalam beg. Fuhh.

Keluar je dari sana ingat nak gi cari kedai makan, tapi Along kata kita makan kat Seopjikoji so kami ikut je. Kami pon gerak menuju ke Seongsan-Seopjikoji. Destinasi seterusnya ialah Seunggup Folk Village, Seopjikoji Beach dan Seongsan Ilchubong. Dari Glass Castle nak ke Seunggup Folk Village amek masa sejam setengah. Wahhh.. lama..nak tertido dalam kereta tambah dengan sesat lagi..haha (kat sini guna GPS. Nak guna GPS kena masukkan nombor telefon tempat tu, bukan guna alamat). Dah sampai di Folk Village ni kami terus turun. Anginnya Ya Allah sejuk sangat. Si Dhiya yang tido lena-lena tiba-tiba bangun sebab angin yang sejuk. Kami singgah di 7e dulu untuk isi perut baru masuk dalam folk village ni. 7e di hadapan folk village ni je dan masuknya free.
kami makan nasi dan lauk dalam tin kat 7e.. nasib ada microwave..hihi


Sunggup Folk Village pernah dijadikan tempat penggambaran dalam filem (lupa dah nama filem apa ni- haha..padahal tak tahu pon)






Kat sini kami beli souvenir Jeju. Fridge Magnet Orang batu (terkenal di Jeju) dan pemberat kertas. Harga Fridge magnet 2000won (ada 2pieces), harga pemberat 3000won (saiz besar- juga ada 2 pcs). Along beli buah hallabong kat sini (buah oren panggil hallabong). Sudahnya makan sikit je.. Buah dia besar-besar. 1kg 8000won.


Seterusnya kami ingat nak ke cheonghyanni waterfall tapi macam tak sempat je. Nak gi ilchubong tak sampai lagi. Jam dah nak dekat kul 2.30petang. Dari Folk Village kami terus ke Seopjikoji, tempat pengambaran all-in.  Tiba je di sana, kami terus bergambar. Laut di sana cantiknyaaa.. tapi suasana agak berkabus.. sejuk je.

Along ajak gi beli sotong bakar. Seekor sotong bakar yang besar tu harga dia 5000won seekor kalo tak silap. Along beli 3 ekor. Sotongnya sedap dan cair dalam mulut. Yang ni dijamin halal sebabnya sotong yang hidup-hidup dalam besen diangkat dan dilapah lalu dibakar terus atas batu arang khas. Memang takde perasa apa-apa yang diletak. Dalam blog orang yang gi jeju pon ada rekemenkan sotong ni..terangkat bila makan..sedapppp


antara makanan laut yang ada..segar sebab diorang menyelam dan tangkap sendiri..


Hari dah pukul 4.00 petang. Kami naik ke atas puncak Seopjikoji sampai ke light house (pembikinan filem All-in). View dia,, Subhanallah memang kagum. Sama macam ketika pergi GOR, Melbourne dulu. Dari menara api tu sepatutnya kami boleh nampak kawah tapi suasana agak berkabus. Kawah pon tak nampak.





Jam dah menunjukkan pukul 5.15petang. Maghrib masuk jam 6.36petang kat sini.. so kami pon turun. Kami rancang nak solat kat mana-mana je nanti. So kami terus simpan air dalam botol untuk wuduk. Kami gerak dengan kereta lari dari tempat parking untuk cari tempat yang sesuai untuk solat. Tak jauh dari situ ada satu parking lot awam yang tak digunakan. Dan bersebelahan parking lot ada tandas awam. So kami berkiblatkan matahari yang hampir terbenam dan solat. Usai je solat kami lihat matahari terbenam dari celah lautan.. tak sempat nak ke ilchubong. .T_T…



Kami terus gerak gi cari makan malam.. rupa-rupanya kami dah pusing Pulau Jeju tu. Kami sampai semula ke Bandar Jeju (berdekatan dengan airport). Jam dah pukul 8 malam, kami ke Restauran yang disyorkan dalam tourism (lupa nama kedai tapi seafood halal). Tapi owner dia bagitahu mereka dah nak tutup kedai (ecece..macam faham je bahasa diorang)

So, Abang Long terus drive menyelusuri Bandar tu. Adalah nampak Starbucks, Lotteria dan Toms Coffe. Ingat kalau tak jumpa juga makanan, nak beli burger je kat Lotteria. Pusing-pusing, kami pon jumpe Restauran Arab. So kami pon pesan roti nan cheese dengan ayam tandoori. Harga satu set makanan ialah 28000won (untuk 4 orang makan). Selesai makan di sana, kami keluar restaurant dan berjumpa dengan gerai jual krep coklat. Penjual tu namanya Nabil,orang Muslim Perancis.  Krep yang dijual tu halal- itu katanya kerana coklat dibuat sendiri (coklat halal). So kami oder 2 krep, satu + strawberi dan satu lagi + banana. Nyummehh..


Kenyang.. So kami decide kembali ke guesthouse untuk rehat dan bangun awal untuk keluar esok sebelum ambil flight ke seoul.

Sambung nanti ye...



0 comments:

Post a Comment

 

Diari Comel Mama Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea