Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Maternity tickers

Wednesday, April 20, 2016

Jelajah Seoul/ Jeju-do part 3

Posted by MamaCT at 6:39 PM
1 MEI 2015

Ok. Bersambung pula story di Jeju hari ketiga.

Pagi tu seperti biasa, kami bangun awal sedikit supaya ada lebih masa untuk melawat ke tempat-tempat yang tak sempat dilawati semalam.

Tiba masa untuk check out sekali kerana kami terus ke airport untuk ke Seoul jam 1425 nanti.

Pagi tu selepas breakfast, kami uruskan urusan check out dan penyerahan kunci kepada En. Kim.
guesthouse kami



sarapan pagi kami yang terakhir di Jeju
sotong bakar semalam panaskan semula

Selesai urusan check out, kami terus bergerak menuju ke Hallim Park. Biasanya di Hallim Park ada Tulips Festival dan Cherry Blossoms festival. Tapi kami sampai lewat, so tak sempat dengan festival-festival itu semua.

Sebelum kami tiba di Hallim Park, kami sempat singgah ke Hyeopjae Beach. Cantik pantainya. Jernih dan bersih. Selesai bergambar, kami terus ke Hallim Park. Di sini, tiket masuknya ialah 11000won seorang. Kanak-kanak bawah 3 tahun FOC.

Pokok palm di sini tinggi-tinggi semua. Dengan orang-orang batu yang sentiasa menjadi lambang kemegahan Jeju. 

Jom CT belanja gambar sikit...



Hyeopjae Beach..bersih dan cantik














Usai di Hallim Park, kami bergerak ke Mysterious Road (Dokkaebi). Di Mysterious Road ini, kereta akan bergerak sendiri walaupun enjin dimatikan dan peliknya jalan yang dilalui jalan berbukit. Air pun bergerak ke atas dan bukan ke bawah. Tapi misteri itu berlaku dalam lingkungan kecil sahaja (kira-kira 100m mungkin).




Ingatnya kami nak ke Yeomduan Rock sebab dekat je dengan Mysterious ni. Oleh kerana jam dah menunjukkan 1220, so kami terus ke KT car rental untuk memulangkan kereta dan dapatkan shuttle bus untuk bawa kami ke airport.

Di airport, seperti biasa selesaikan urusan check in dan drop luggage. Tepat jam 1425, flight pun berlepas. Kami tiba di Gimpo tepat jam 1520. Proses menunggu beg agak mengambil masa.

Selesai urusan dapatkan beg, kami bergegas ke AREX untuk ke Seoul Station. Perjalanan mengambil masa dalam 1jam 20minit.

Berpandukan guide yang dah diberi oleh Jenny (owner guesthouse yang kitaorang nak stay kat Seoul), kami pon bergerak ke destinasi. Tak susah pun sebenarnya. Tapi disebabkan baru first time datang, so teragak-agak sikit baca map. Hahaha.

Nak ke Guesthouse ni, cari exit 5 Seoul Station (level 3 kalau tak silap). Keluar dari pintu main exit tu, cross jalan raya dan bergerak menyelusuri children's hospital (kalau tak silap lagi..haha)..Akan jumpa satu lorong, lalu je lorong dan jumpa taman permainan. Selepas taman tulah Guesthouse (rumah bertingkat) yang akan kami stay.

Senang kalau datang Seoul dan stay di Seoul Station. Dari Seoul station kita boleh direct terus ke airport atau mana-mana subway lain.

Sampai di Guesthouse, kami terus dapatkan kunci. Owner dah tinggal kunci siap-siap dalam security box, so just masukkan password dan ambil. Kami tak follow iteranary hari ni di sebabkan terlalu penat, so kami decide untuk rehat dahulu sebelum keluar cari makan malam nanti.

Malam itu jam 8.00 malam kami keluar ke Dongdaemun untuk pekenakan ikan bakar Dongdaemun. Dari Seoul Station ambil subway Line 1. Tiba di Dongdaemun kami keluar melalui exit 6 (agak jauh, kalau nak senang keluar di exit 8). Dari exit 6 kami melintas jalan ke arah JW Marriott Dongdaemun Hotel, sebelah hotel tu ada Dongdaemun Shopping complex (berhadapan dengan Pyeonghwa market). Jalan je straight sampailah jumpa bridge dan lorong (Jong-ro 40-gil). Masuk lorong tu dan pastikan jumpa lorong kecil di sebelah kiri. Masuk lorong tu dan anda akan jumpa deretan kedai ikan bakar.
Tapi malangnya waktu tu gerai dah tutup. Baru pukul 9.15malam tapi dah tutup.. Huwaaa
(p/s: ingat ye gerai ikan bakar Dongdaemun ni tutup jam 9.00malam tau. Kalau nak datang, datang awal sikit)

So malam tu kami dinnerlah semula dengan Shrimp Burger Lotteria. Dari Dongdaemun nak ke Seoul Station semula boleh ambil subway Line 1 atau 4 ok. Cuma nanti pastikan exit betul je. Kalo silap exit takut nanti makin jauh pula nak menapak. 

Balik tu kami baring dan simpan tenaga untuk agenda esoknya pula. Tak sabarnya~~~

0 comments:

Post a Comment

 

Diari Comel Mama Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea