Alhamdullillah.
Lama dah CT tak update blog ni. Sejak berkecimpung dalam bidang katering dan bakery ni, order masuk tak henti-henti. Tambah lagi dengan kerja di rumah dan di sekolah. Tak terkejar. hehe
Sekarang baru ada waktu free memandangkan student semua dah habis exam.
Berbalik kepada tajuk TTC anak kedua ni. Sebenarnya dah bermacam-macam cara dah CT lakukan untuk dapatkan adik Dhiya ni, tapi masih tak membuahkan hasil.
Dhiya pon dah masuk 3tahun 5 bulan. Bila tengok dia main sorang-sorang, tersentuh sangat hati ibu ni. Yelah, mak mana tak sayangkan anak. Kalau boleh nak dia berteman.
Sebenarnya dah bermacam cara CT lakukan, tapi Allah masih simpan yang terbaik buat kami sekeluarga.
Ni antara kronologi perjalanan TTC CT:
Ogos 2015 : Clomid cycle 1 -gagal
September- November : OPK dan BBT (tak jumpa cari ovulasi)
November 2015 : detect PCOS
November 2015 : Mild pain before and after mens (detect rahim bengkak and cyst)
Jan 2016 : Clomid cycle 2 - gagal
Mac 2016 : sakit before and after mens tak hilang.. Check up macam ada something bawah rahim (doc syak fibroid)
April 2016 : check up dengan doc Marsitah Mansor (KPJ Ampang Puteri). Memang fibroid tapi saiz 1.5cm (doc cakap boleh surut sendiri and kene selalu monitor).
Mei 2016 : TVS Scan, HSG and Papsmear. Sel serviks diambil.
Jun 2016: Follow up check up dengan doc Marsitah.
Julai 2016 : Clomid cycle 3 + huCog jab - gagal
(telur satu cantik belah kiri : 21mm)
Ogos 2016 : clomid cycle 4 (tapi consume masa day11) + huCog - fail jugak
(ada 3 telur cantik belah kiri 20mm, 18mm, 17mm dan 1 belah kanan 15mm)
September - try naturally. (suppose doc minta semen husband bulan ni tapi CT decide nak rehat dulu)- penat asik kene cucuk
- start concume metformin dan proscal (tapi jarang-jarang)
- start ambil probee tapi macam takde kesan(kurus pun tak..hish)
Oktober: try naturally
-try minum susu kambing tapi jarang-jarang
-try diet tapi kelaut juga
-try makan ubat metformin dan proscal serta folic asid, tapi jarang-jarang jugak.
InsyaAllah, nanti cuti sekolah cuba untuk struggle lebih. Harap-harap adalah rezeki dalam masa terdekat ni.. Harap sangat. Harap sangat-sangat.
Update**
November - disember
Start diet tapi ke laut.
Makan nasi juga tapi dah mula amalkan makan buah. Epal dan pear.
Last mens 11.12.16 , masa tu cuti sekolah.
Mama memang dah tak fikir pasal baby sebab sibuk uruskan dan jaga tok ma kat wad. Bp tinggi. Mama tu pasrah je dengan Allah kalau ada rezeki, adalah. Sebabnya abah pun kerja di kl. Mama di terengganu jaga tok ma.
Nak buka sekolah, mama balik kl. Cuba spend masa dengan kakak dhiya. Nanti dah nak kerja. Happykan anak dara sorang ni. Bawak gi icity, petrosains dan jalan-jalan.
Time bersama lak, mama ikut tips lepas bersama tu mama terus mengiring belah kanan. Dua bulan berturut-turut mama buat sebelum disahkan hamil. Alhamdullillah. Ni petua je sebab nak menolong sperma suami berenang cepat. Dan kilang ovari kita sentiasa bergilir-gilir produce telur setiap bulan. Means, kalau bulan ni kanan, bulan depan kiri pulak. Tapi kita tak tahu. So try bulan ni mengiring sebelah kanan, kalo tak lekat jugak bulan depan mengiring belah kanan lagi. (tak kisah nak mula dengan kanan atau kiri, pilihan masing-masing)
New year 2017, mama try diet atkins. Sempat 9 hari diet (7/1-15/1) , turunlah 3kg..hehe
Tapi 16/1 mama terdetik nak wat upt sebab dah 4 hari lewat (tapi tak kira sangat sebab period memang tak regular)
Then dapat weak positif.
Lagi pun mama macam ada simptoms macam hamilkan kakak dulu:
-sakit gigi denyut-denyut
-pinggang krem
-badan panas
-breast rasa sakit tiap kali kakak nyusu.
-demam tak hilang
- suka marah mr. Hubby. Paling last mama marahkan mr. Hubby sebab tak masak untuk mama walau dah tahu mama demam. Masa tu mama tak tahu lagi mama pregnant. Punya nak makan makanan mr. Hubby masak sampai marah-marah.. Ampun ya hubby.
16/1-upt weak positif
19/1-upt positif. Terang lagi.
Guna clearblue digital - pregnant 2-3: means dah 4-5weeks
20/1- jumpa doc and confirmkan pregnant.
20/1- keluar stain setitik. Maybe banyak gerak
23/1- spotting coklat sebesar duit 50sen. Mild pain.
23/1- scan ada kantung but no heartbeat di emergency.
Scan tvs di gynae no sac, diagnos as ectopic. ðŸ˜ðŸ˜
23/1-1720pm mama miscarriage.
23/1-29/1- mama mc dan sambung cuti 2/2
2/2 last scan belah kiri kanan denyut-denyut sakit. Telur dalam ovari banyak tu yang asik denyut. Mama kan PCOS.
3/2- mama masih pantang makan sikit-sikit tapi tak ikut sangat . Asid folic dan vitamin mama selalu makan. Kurma dan jus delima juga dalam menu. InsyaAllah nak try diet semula.
Doa sama-sama agar ada rezeki lain dalam masa terdekat ini.. Aminn👶👶
Website
About
Monday, October 24, 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment