**(berhabuk duk dalam draft, lupa nak publish)
Agenda kami hari ini ialah ke Nami Island dan Petite France. So, pagi-pagi lagi kami dah bangun untuk ambil KTX dari Yongsan. Sampai je di station Yongsan, kami terus beli tiket (tiket boleh beli di mesin ye). Masa nak beli tiket tu ada segerombolan family yang nak ke Nami Island juga yang tak tahu nak beli tiket kat mana. So, kami pon tolong family tu. Agak gopoh juga sebab nak kejar train ke Nami. Kalau terlepas, alamak lewatlah kami sampai.
Semasa tengah tunggu train tu, ada kejadian yang tak diingini. Family yang tadi kitaorang ajak follow sekali tersilap naik train. Kami perasan je diorang dah ada dalam perut ITX. Tak sempat kami nak selamatkan.
(peringatan ye.. train KTX dan ITX lalu atas landasan yang sama, cuma kena kenal pastikan mana KTX dan mana ITX. Masa kami naik KTX ke Gapyeong, train dia warna hijau dan ada tulis KTX)
muka kami yang sedang menunggu KTX
dalam train
welcome to gapyeong
station gapyeon
Setelah melepasi 6 station, kami pon sampai ke Gapyeong Station. Masa kami tiba tu, ramai tengah beratur untuk naik bas ke Nami Island. Diingatkan bas seterusnya ialah 30-35 minit daripada bas yang baru berlepas. So pastikan anda tepati masa. Harga tiketnya cuma 6000 won pergi balik ( juga cover untuk Petite France). Tapi kalau nak cepat, naik je taxi. Kalo traffic laju masa tu, anda hanya perlu bayar dalam lingkungan 8000won satu taxi. Tapi malang bagi kami, kami ingatkan nak cepat naik taxi sebab tengok bas dah hampir penuh. Tapi bila naik taxi, kami sesak dalam jam pula. (hari sabtu ahad, sangat-sangat sibuk untuk ke Nami Island). Hari tu agak meletihkan sebab taxi kami tak bergerak disebabkan kesesakan lalu lintas. Kami bayar 14000 won untuk satu taxi dan terpaksa menapak pula lebih kurang 4km (dalam menaiki bukit) .. penat gila..wuhuhuhu..
pesanan kami:
- elakkan pergi ke Nami Island pada sabtu mahupun ahad (tambah-tambah lagi dalam cuti sekolah)
- elakkan naik taxi ke nami island sekiranya pergi pada waktu sibuk.
- beratur je naik bas kerana bas adalah lebih murah (dan cover dua perjalanan pergi dan balik)
Setelah 40 minit menapak, kami terus ke terminal feri untuk beli tiket..
Yezza, Nami kami datang. Lupa kami tentang penat dan peluh tadi..hahaha... seusai naik feri, terasa lega sangat. Memang ramai orang masa tu. Semua bersesak-sesak.
Jom kami belanja gambar sikit.
Puas jalan-jalan, kami singgah di Asian Cuisine di deretan bangunan library di Nami Island ni. Di sini kami amek portion food dalam lingkungan 11000won/person. Jangan bimbang. Makanan di sini ada logo halal. Kalau rasa nak makan nasi goncang, boleh ke bahagian sisi Nami Library ni, ada restoran nasi goncang yang famous tu.
Selesai isi perut, kami bergerak ke surau di tingkat 2 bangunan library ni (tangga naik dalam Asian Cuisine). Alhamdullillah, surau dia ada dua bahagian lelaki dan perempuan. Kalau dulu baca review blog-blog lain kata surau lelaki perempuan bercampur. Sekarang dah tak lagi. Surau tu selesa dan luas. Alhamdullillah.
Selesai solat, kami pon meneroka kembali Pulau Nami ini. Jom belanja gambar lagi.
Tepat jam 2.20petang, kami bergerak ke feri untuk ke Petite France. Kami naik teksi lagi sebab kejar masa. Ke Petite France, tambang taxi ialah 11400 won (kongsi 4). Asalnya kami tunggu bas di depan bangunan warna-warni di Nami. Sampai je bas, ada segerombolan gadis korea (dalam 6 orang pintas barisan kami) dan nenek tua 2orang duk marah-marah dalam bahasa dia dalam tak sedar pon pimtas kami. Aduii.. kurang adab juga orang korea ni. Dalam drama je lain..Cess.. Dahlah kami beratur lama dan panjang, sesuka hati diorang je pintas. Pastu sampai turn kami, kami tak dapat naik sebab bas penuh. Haishhhh. Nasib negara angpa, kalau tak memang nak kena marah ni. So daripada tunggu lagi 30minit, kami decide naik taxi jelah.. Sob, sob, sob.. Jauh juga Petite France dari Nami Island. Lebih kurang 20 minit perjalanannya.
Jom belanja gambar lagi.
hadapan bangunan ni, ada tempat tunggu bas nak ke Petite France dari Nami Island.
Selesai jalan-jalan di Petite France, kami naik bus menuju ke Cheongpyeong Station untuk kembali ke Seoul Station. Tambang bas adalah 6000won manakala tambang train pula 3900won ( tiket beli di machine). Sebelum sampai di guesthouse, kami ke Dongdaemun dulu untuk pekena ikan bakar. Sampai di sana dah jam hampir 6 petang. Makan set nasi ikan bakar harga 6000won/ set.
Selepas makan , kami pulang ke guesthouse untuk bersih diri dan solat.Selepas solat maghrib, CT, hubby dan dhiya ke Myeongdong untuk shopping. Along tak ikut sebab kaki dia luka sedikit masa ke Nami Island. So dia nak rehat di guesthouse katanya.
Dari Seoul Station nak ke Myeongdong, ambil Line 4. Sampai je di Myeongdong, orang berpusu-pusu shopping. Haha. Suasana bagaikan night market (memang pun). Kami macam biasalah, window shopping je. Souvenirs agak mahal harganya di sini. So kami decide untuk simpan duit beli souvenir di Namdaemun nanti. Di Myeongdong memang banyak jualan alatan kosmetik. Macam biasa, CT borong sikit mask dan lotion Aloe Vera. Sambil-sambil jalan, kami makan jagung bakar, kuih gyeoran-pan (telur campur badam) dan kuih tare. Tare ni coklat madu tarik yang di salut dengan badam. Sedap tapi bila bawa balik guesthouse, dia dah jadi keras sikit. HUHU
Sebelum balik guesthouse, kami ke Cafe Bene untuk pekenakan 1 cup Caramel Machiato panas. Sedap minum coffee panas-panas waktu sejuk macam ni. Angin malam di Seoul ni punyalah sejuk sampai tak tertahan kami laki bini. Air kopi panas pun cepat je jadi suam.
Sebelum jam 11.00 malam, kami bergerak pulang ke guesthouse. Boleh ambil Line 1 atau Line 4. (Ingat!! train hanya sampai jam 11 malam je. Kalau lewat, sila jalan kaki hokeh). Hari ketiga kami di Korea berjalan lancar. Alhamdullillah.
Perbelanjaan hari ini:
Tiket ke Yongsan (kad) : 130 won
Tiket ke Gapyeong : 4100 won
Taxi ke Nami Island : 14000won/4orang
Tiket feri pergi dan balik : 8000won (Masuk Nami free)
Lunch: 11000 won
Taxi ke Petite France : 11400won/ 4 orang
Bus ke Cheongpyeong : 6000won
Cheongpyeong ke seoul station: 3900won
set ikan bakar dongdaemun:6000won
Train ke Myeongdong : 130won
Jagung bakar : 3000won
Gyeoran-pan : 2000won
Kuih tare : 8000won (2box)
Mask dan lotion: 10000won + 4400won
Coffee : 5900won
train ke Seoul station: 130 won.
TOTAL = 79040 won




