Hari tu mama dah cerita pasal pregnancy mama kan. So harini mama nak cerita bagaimana mama keguguran.
Actually, pagi tu mama ke padang ulang alik sebab monitor murid training bola tampar kan. So dhiya mama biarkan tidur di rumah. Nasib padang dan rumah dekat (kuarters dalam sekolah).
Mama syak mama banyak bergerak kot, so mama dapat spotting sebesar duit 50 sen warna coklat di panty liner.
Before this pun ada stain darah jugak tapi setitik je. 2 3 hari sebelum keluar spotting. Masa tu mama duk naik turun bangunan kelas. Duk marah murid bising. Tu lah tugas guru. 😅
Mama dah cuak mama terus mesej mr. Hubby. Masa tu jugak mama da tengah siap-siap nak ke sekolah. Tapi mama rasa pinggang mama da start rasa senggugut dan mild pain. Muka mama agak pucat.
Mama mesej mr. Hubby tanya nak ke klinik atau hospital terus.
Hubby balas lambat. Masa mama hantar dhiya kat pengasuh, pengasuh kata muka mama pucat sangat. Tak tahu pucat sebab sakit atau takut. Pengasuh dhiya offer untuk hantar kat hospital lepas mama cerita apa yang jadi. Mama masa tu tak fikir banyak. Ok je. Then mr. Hubby mesej tanya kenapa tak ke klinik dulu. Ok masa tu tak lepas lagi klinik terus mama suh pengasuh bawak ke klinik. Di klinik staff nurse kata kes macam ni kene terus ke hospital kak. Mama pening. Dan cakap kat pengasuh jom ke hospital. Sebab mama tak tahu nak buat apa, mama terlalu bimbangkan baby.
Sampai di emergency hospital selayang, mama terus masuk di bahagian pemerhatian. Tunggu dalam setengah jam, dr. Suhana datang dan scan.. Doc kata kantung ada tapi tak jumpa heartbeat. Ok mama tenang. Nasib ada kantung. Baru lagi kot mama pikir, sama macam kakak dulu 8 minggu baru nampak. Doc seluk tengok rahim ada terbuka atau tak. Doc kata ok. Mama ingat mama da boleh balik. Last-last doc suh mama tunggu untuk bawa naik ke atas nak refer gynae. Hah? Dalam hati mama pikir kenapa. Doc kata kat gynae ada tvs so boleh scan kot bawah nak cari heartbeat. Ok. Mama mesej mr. Hubby suh amek leave. Mama dah takut.
Dua jam menunggu, mr. Hubby pon datang. Dan mama pon kebetulan dah disorong naik ke ward gynae. Masa doc gynae buat tvs scan, dia kata tak nampak kantung mama. Sepatutnya 6w da boleh nampak kantung. Mama kata doc kat bawah tadi kata ada kantung. Macam mana doc boleh tak nampak. Boleh doc tanya mana gambar? Haha.. Mana saya tahu doc, gambar doc kat bawah tak bagi.. Saya pon tak tahu. Dalam hati mama da bimbang sangat-sangat. Janganlah jadi apa-apa pada baby. Ok, so doctor pon panggil doc sorang lagi and scan skali lagi. Tetap tak ada kantung, tapi ada fluid dalam rahim. Doc syak bleeding. Disebabkan doc kata takde kantung, so doctor syak ectopic. Mama masa tu ya Allah, berdengung telinga nak jatuh. Mama tanya doc lagi, betul ke takde kantung doc. Doc kata dia akan refer specialist nanti. Nak dapat second opinion. So mama kena puasa dulu masa tu takut kalau sah ectopic, mama akan dioperate malam tu. Gugur jantung mama bila doc cakap cam tu. So mama terus di sorong naik katil ward dan dipasang segala tiub. Huhu. Mr. Hubby melopong tengok mama. Bila doc terangkan pada mr. Hubby, mama boleh tengok wajah dia yang sedih dan takut. Kuat mr. Hubby genggam tangan mama.
Jam 4 petang tu, specialist datang dan tvs scan lagi. Pendapat yang sama juga. Takde kantung, ada fluid, upt ada weak positive. Buat tvs dan seluk pon banyak blood show. Doc kata sepatutnya takkan berdarah banyak macam ni. Mama duk pikir yelah dah berapa kerap doc duk seluk dan scan kot bawah, mestilah berdarah-darah. Doc bagi opinion sebab takut ectopic. Last diagnos ialah melalui bhcg. Ujian darah. Doc kata kalau 6w sepatutnya bhcg akan dapat 1500miu/l ke atas. Kalo rendah bermaknanya threaten abortion. So mama pon ambillah darah untuk diuji. Dalam hati mama harap sangat-sangat bukan ectopic.
Kalau boleh biarlah baby sihat-sihat aje. Dalam mama duk rehat baring atas katil melayan sendu hiba dengan mr. Hubby, tetiba mama rasa senak perut macam nak buang air besar. Mama cakap kat mr. Hubby nak ke toilet buang air besar. Hubby pon tolong mama bangun. Nasib toilet sebelah katil je. Baru je nak duduk kat toilet, satu benda besar dengan darah pekat jatuh ke bawah. Mama pon tercengang. Baby ke? Mama terus bagitau mr. Hubby dan wajah mr. Hubby serta merta berubah. Kain yang mama pakai abis kena darah. Darah tak henti-henti mengalir. Seketul objek sebesar penumbuk mama kutip. Macam darah beku. Terus mama menangis. Mr. Hubby masa tu kalut pergi panggil doctor. Doctor datang dan sahkan tu ialah poc (janin/placenta yang gugur) dalam bahasa doctor. Doc minta untuk masukkan poc tu dalam tabung untuk dibuat ujikaji kenapa boleh gugur. Mama minta ngan doctor, mama nak tanam 'baby' mama tu. Tapi doc kata tak boleh. Kena masuk makmal dulu dan diuji atas faktor apa boleh gugur. Mama sedih tapi apa mama boleh buat. Mama serahkan 'baby' mama dan abah tolong mama bersihkan sisa darah yang ada. Dan mama diganti dengan pakaian baru. Hati mama masa tu kosong. Mr. Hubby tak henti-henti pujuk dan kuatkan mama.
Mama discan semula dan rahim mama tetap kosong. Keputusan darah keluar malam tu, bhcg mama dah drop ke 392miu/l. So doctor kata mama confirm miscarriage bukan ectopic. Mama pon boleh buka puasa. Dalam hati mama, dah tak fikir nak makan dah. Mr. Hubby pon masa tu dah balik sebab waktu melawat sampai 7malam. Tu pon dah extend sejam sebab guard kesian tengok mama.
Malam tu mama sorang-sorang melayan kesedihan. Mama cuba rehat dan tidur tapi tetap tak dapat. Mama slow-slow cuba positif kan minda. Alhamdullillah Allah masih sayangkan mama dan mama bersyukur kerana mama tak disahkan ectopic. Alhamdullillah. Dan innallillah buat baby mama yang dah pergi bermain-main di syurga. Alhamdullillah. Besar nikmat Allah kurniakan untuk mama. Tu je mampu mama fikir masa tu. Alhamdullillah, mama semakin beransur-ansur positif. Sekarang ni pun mama masih teringat-ingatkan baby. Tapi mama redha sayang. Mama gembira kerana mama insan terpilih oleh Allah untuk merasa nikmat ini.
Esoknya mama discan untuk tengok ada sisa tertinggal atau tak. Alhamdullillah semuanya ok. So mama pun discharge dari ward. Tengahari tu mr. Hubby dan kakak dhiya datang lawat dan jemput mama. Mama pun dapat cuti seminggu sebab mama dah complete abort. Berehatlah mama hingga ke hari ini. Hari ni mama pun dah start kerja semula. Lepas ni, mama akan cuba kurangkan kerja kuat dan cuba untuk banyakkan berehat sekiranya ada rezeki lagi. Mama doakan buat ibu-ibu luar sana juga dikurniakan rezeki yang dah lama dinanti-nanti. Aminnn.. InsyaAllah, satu Allah ambil, mungkin dua yang dia bagi nanti.. InsyaAllah.. Aminn.. Mama redha dan berserah padaMu ya Allah.. Aminn
Website
About
Friday, February 3, 2017
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment