Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Maternity tickers

Monday, October 5, 2015

Melbourne Aku Datang!! Part 7

Posted by MamaCT at 5:21 PM 0 comments
21 November 2014

Pada paginya, lepas sarapan biskut dan mee goreng segera yang kami bawa, kami terus ke Victoria Market!! Yeay. Destinasi hari ni ialah shopping!! Harini kami keluar lewat sedikit sebab Adleena tercurah air panas atas badan masa ibu dia nak buat susu.. Kesian Adleena. Baik budak ni, tak meragam.

Untuk ke Victoria Market kena naik Metro tram no.59 dari Elizabeth street (cross jalan dari flinders street-bukan sisi yang ada Tourism Centre tu, tapi sisi lain yang nak ke QV mall tu).. dekat Elizabeth St. ni ada 3 tram je. Yang No. 57 dia terus pergi airport kalau tak silap..tram satu lagi no. 19. Tapi kalo nak naik City Circle Tram yang free pon boleh, tunggu je depan flinders st..tapi tak tahu berapa minit/jam sekali lalu..

Nak dijadikan cerita, kami silap naik tram no.57 sebab kalut sangat. Nasib baik lepas 2 stesen CT perasan ni tram nak ke airport. Tak lalu Victoria Market. Terus kami turun di stop yang seterusnya. Haha..kalau tak, naya kami terus ke airport.

Dah sampai sana,terus cari pintu gerbang VM. Apalagi shopping time. Kat sini sempat rembat beberapa souvenirs..Tshirts, key chain, fridge magnet, patung kanggaroo, boomerang, beg koala....
kasi edit sikit gambar...wakaka


Kat VM ni banyak shed. So kena pastikan nak tuju shed mana ye. Ada bahagian daging, keju, souvenirs dan sayur/buah.

Kat sini kami beli tshirts I Love Melbourne dengan harga 5AUD sehelai. Kami beli 5helai dan dapat free 1 lepas adegan tawar menawar. Baju kemeja untuk orang dewasa 8AUD ye sehelai. Fridge magnet kat sini boleh dapat dengan harga 10AUD untuk 4 fridge magnet yang berkualiti. Kalau satu 3 AUD ye. Tapi lepas CT duk tawar-tawar dapat lah 4 FM dengan harga 8AUD.. hikhik..

Buah strawberi kat sini murah. 1bekas (strawberi besar gedabak dalam tu) hanya 1.50AUD. Kalau amek 3 bekas dapat 4AUD. Manis isinya..Sedapppppp. Sayur kat sini pon murah-murah. Kalaulah MH tu dibenarkan masak, lama dah beli sayur-sayur segar ni..ehehe.. Geram betulll!!

Selesai shopping , kami ke Restoran Bali Bagus. Rancangnya En. Hubby dan Amat nak solat Jumaat dulu. Tapi disebabkan kat sini tak jumpa masjid, so mereka solat Zohor je nanti. Musafir kan... Kat Restoran Bali Bagus ni makanan dia sama macam Restoran Nelayan tapi makanan mereka dihidang, bukan secara buffet.  

Cara nak ke restoran ni ialah keluar je dari VM, jalan di lorong berdekatan Pizza Hut. Di seberang jalan sana, anda akan jumpa restoran ni. 






selesai makan, kami pun pulang ke MH untuk solat. Di MH kami merancang untuk ke DFO nak beli Correlle. Dapat banyak pesanan kan, so haruslah cari. Correlle ni takde di DFO biasa. Hanya ada di DFO yang dekat airport sahaja. So kami sekali lagi naik Metro Tram no. 57 untuk ke Airport. Tapi Tram ni tak berhenti depan DFO (atau pun sebab kami tak tahu nak stop ke mana..haha). So kami pun jalanlah melalui taman perumahan yang super-duper cantik dan bersih. Jumpa je bustop kami berhenti rehat. Dan baru kami tahu, nak ke sana takleh jalan kaki, sebab ada fly over besar dengan highway yang keretanya semua laju. So, kami tahan bas (lupa dah no. bas..sori T_T) untuk ke sana.

DFO ni sangat-sangatlah besar. Sepatutnya sebelum kami hantar kereta sewa tu, kami ke sini dulu. Sebabnya?? Sangatlah susah nak angkut segala barang yang telah diborong naik tram dan train. Tambah lagi kalo borong Correlle. Huish!! Berkilo-kilo!! So ingat ye, sesiapa yang terasa dan memang ingin shopping, datanglah dengan kereta sewa. Kalau tak nanti menangis T_T..huhu


Punyalah susah nak sampai sini, tapi bila nak pulang ke MH baru kami tahu naik Train No.2 (Kalau tak silap) sahaja dah boleh sampai sini. Naik bas dari DFO dan turun di Train Stop. Ambillah Train No. 2 untuk balik ke Flinders St. Senang kan?

Ok. Malam tu kami sangatlah penat berjalan. So, kami hanya duk bilik dan kemas barang untuk fly pagi esok. Makanan yang kami bawa, kami habiskan malam tu juga. Taknak berat-beratkan beg dah. Stok yang tinggal, kami bahagikan dengan student yang ada di situ. Lenalah kami tidur pada malam terakhir kami di Melbourne.

22 November 2014

Pagi itu, kami dapatkan semula duit deposit dan tunggu Jerry (pemandu van sewa) untuk bawa kami ke Airport Tullamarine. Kami dapat nombor Jerry ni daripada Pn. Norliza. Bayaran yang dikenakan untuk ke Airport ialah 100AUD. Mahal!! Kami sewa kereta 2hari pon baru 120AUD..isk..isk




Sampai di Airport kami terus drop luggage dan check in. Sepatutnya kami naik flight jam 9.30pagi, tapi delay sampai 11.15pagi. Tepat waktu, kami pon berlepas. Dalam flight, kru-kru kabin Air Asia sangat pemurah dengan Dhiya. 2 kali mereka belanja Dhiya jus epal DIME dengan kek coklat. Alhamdullillah..





So berakhirlah trip kami ke Melbourne. Harap ada rezeki untuk ke sini lagi. AMINNN

Melbourne Aku Datang!! Part 6

Posted by MamaCT at 5:17 PM 0 comments
20 November 2014

Esok paginya, En. Hubby dan Amat pergi ke Apex untuk hantar kereta. Lepas sarapan biskut dan mee goreng segera yang kami bawa, kami terus ke Victoria State Library. Nak ke sini ambil Tram ke Flinder Station dan melintas ke seberang jalan di sebelah Federation Square. Dah sampai Victoria State Library. Unfortunately (ecewah,, speaking!!), state library ni tengah dalam renovation. So kami just lepak-lepak dan wefie-wefie di depan library ni . 



lalang depan State Library ni tak potong lagi..haha..redah je gambar

depan library ni (tengah reno) ada permainan giant chess..

jom join diorang lepak

Ok habis je lepak di sini, kami pergi lunch di Restoran Nelayan. Selesai makan, kami pergi pula ke Federation Square. Cantik bentuk bangunan di sini.  So kami habiskan masa bergambar di sini. 

Selepas itu kami terus cari Hosier Lane untuk cari Grafiti Art yang memang famous tu. Nak ke Hosier Lane ni, kami turun tangga dari sebelah bangunan Federation Square. Bergerak ke kanan sedikit. Di seberang jalan dah jumpa Hosier Lane. Jangan bimbang, takkan sesat sebab kat sini ramai pelancong yang keluar masuk lane tu. Kalau tak jumpa juga, tanyalah citizen yang pakai baju merah okeh.





Jam dah pukul 3.30 petang, so kami decide nak balik MH untuk rehat-rehat sebentar sebelum nak ke St. Kilda Beach untuk tengok Penguin dan ke boxes Brighton Beach. Sebelum pulang, CT mintak izin En. Hubby untuk ke Restoran Nelayan nak tapaukan nasi untuk dinner nanti. Dah selesai amek order, CT gerak sorang-sorang ke sana dan tapaukan nasi+2lauk+sayur+add on nasi ; total semuanya = 12AUD (kalau convert dah berapa ye?) haha .. Rasa selamat je jalan sorang-sorang di Melbourne ni. Alhamdullillah.

Sampai di stesen High St. 27, En. Hubby dah siap menunggu. Takut isteri dia hilanglah tu..hehe..

Dalam pukul 5.30petang , kami ke St. Kilda beach. Yelah sebab nak tengok penguin, kenalah pergi pada waktu matahari nak terbenam. Kami naik Tram ke St. Kilda dan berhenti di hadapan Luna Park. Luna Park tutup waktu tu dalam progress renovation. So kami pergi ke arah pantai dan berjalan di persisiran pantai. Masa tu matahari baru nak tenggelam. Cantik suasananya.


Pukul 6.30petang, kami dah sampai di tempat Penguin. Masa tu hari dah gelap, so penguin akan pulang ke sarang. Kecil molek je penguin tu, comel je. Tapi nak amek gambar kat sini tak boleh buka flash ye. Yelah mata si binatang kecil molek ni sensitif dengan cahaya. Dikhuatiri akan buta pula.




Selesai je bergambar di sini, kami pulang ke MH dan dinner nasi yang kami tapau petang tadi. Lepas tu, kami rehat dan bersiap untuk shopping keesokkan hari.. Yezzaaa..

K bai..


Perbelanjaan hari ni ialah;
i)  Nasi + lauk = 6AUD x 2 = 12AUD
ii) Air Lipton Peach Lemon Tea = 3AUD
iii)Tapau Nasi = 12AUD

so total semua = 27AUD ( hampir RM89.00)

Melbourne Aku Datang!! Part 5

Posted by MamaCT at 5:16 PM 0 comments
19 November 2014

Ok. Hari tu dah cerita pasal trip ke GOR. Hari ni kita ke Phillips Island lak ye..

Hari ni kami gerak lewat sikit. Biasalah orang ada anak..hahaha.. payah benar anak-anak kami ni nak bangun tido. Tambah-tambah lagi kalo dah tido dalam cuaca sejuk... Bestnya tarik selimut.....
Si Dhiya yang masih lena

Sementara nak tunggu anak-anak bangun, kami sediakan sarapan. Tortilla sardin dengan nasi goreng kampung Brahim's. Ok breakfast dulu.

Nak dekat kul 10lebih kami gerak ke Phillips Island.. Dalam perjalanan ke Phillips Island kami singgah ke Phillips Chocolate Factory untuk lunch. Sama juga kat sini kami try fish n chips. Tapi tak sama macam kat Iluka .. Iluka lagi best FnC die.. Tapi Chocolate Shake dia sangatlah sedap. Kat sini restauran dia ada sijil Halal. Malah kalau nak makan nasi pon boleh. 




Seterusnya kami gerak ke Maru Koala Wildlife. Kat sini macam mini zoo tapi kita boleh pegang dan main dengan haiwan. Ada Koala, Kanggaroo, Ostrich, Llama, Alpaca dan haiwan-haiwan yang tiada di Malaysia. Sukanya si Dhiya bila tengok semua haiwan ni..hehe








Akhirnya setelah banyak singgah ke tempat-tempat lain, kami sampai ke Phillips Island.
Kat sini sama macam GOR, tapi tiada batu-batu megah di tengah lautan. Yang ada ialah pantai dan lagun yang sangat-sangat ohsemmm... semuanya about nature..Subhanallah..cantik sangat ciptaan Allah.



 

Perjalanan pergi dan pulang dari Phillips Island tak jauh seperti GOR. Dan jalan dia elok je tak bersimpang siur.

Kami tiba di Malaysian Hall dekat-dekat pukul 5petang lebih. So kami terus solat di Malaysian Hall dan rehat. Ingatnya malam tu nak gi Shrine of Rememberance tapi En. Hubby bagitau malam-malam entah buka atau tak. Nak ambil gambar pon tak cantik kalau takde lampu. So malam tu kami lepak di bilik sahaja. Cuma En. Hubby dan Amat pergi ke stall Lord of The Fries kat Flinders Street untuk tapau burger dan chips.



Perbelanjaan hari ni ialah;
i)  Nasi + lauk Phillips Island  = 9AUD
ii) Coklat Shake = 4AUUD
iii) Fish n Chips = 13AUD
iv)Air Lipton Peach Lemon Tea = 3AUD
v)Tiket Maru Wildlife = 2 x 12AUD = 24AUD
vi)Beg Koala = 10.50 AUD
vii) Fudge coklat biskut + jus oren = 6.50AUD
viii)isi minyak = 70AUD/2 = 35AUD
xi)burger = 13AUD

total= 118AUD (bersamaan RM360++)

Tuesday, September 22, 2015

Melbourne Aku Datang!! Part 4

Posted by MamaCT at 3:55 AM 0 comments
Kembali menjengah perjalanan kami ke Melbourne bahagian 4.

18 November 2014

Pagi tu, kul 6pagi kami dah bangun. Cepat-cepat kami bersiap-siap untuk solat subuh. Dah lewat sangat sebab dah nampak cahaya ufuk matahari macam nak terbit. Usai solat subuh, kami mengetuk pintu bilik Elin dan Amat untuk tanya nak gerak kul berapa.

Disebabkan anak-anak kami masih lagi terbungkang tido dan malas nak bangun, kami bergerak lewat sedikit. Kami bersiap-siap, hampir kul 9 pagi kami terus gerak. Tujuan kami hari ni ialah nak ke Great Ocean Road (GOR), Apollo Bay (nak makan kat Iluka), The twelve Apostle dan Loch Ard Gorge.  Nasib kereta ni ada set GPS. So kami sentiasa mengikut highway M1 (ada signboard di sepanjang perjalanan). Perjalanan ke GOR agak mencabar dengan jalan yang simpang-siur.. ***Pening ***

Belanja gambar sikit........


pantai yang cantik sepanjang perjalanan


Kami dah sampai ke pintu gerbang GOR


Perjalanan diteruskan hingga ke Apollo Bay. Di sini kami stop untuk membuang apa yang patut dan makan Fish n Chips yang super sedap di Iluka. Sedapnya fish n chips dia. Terbayang-terbayang hingga sekarang..tapi kalo nak sos, boleh bawa sos paket dari Malaysia ye macam sos kfc. Sebab di sini sos dia ada harga.. sebekas kecil sos 1AUD..Kalau convert RM3 lebih tuuuu.... nak makan, jangan convert ...haha..



sedapnya makan di Iluka..terbayang-bayang

Dhiya jadi gembala burung



Selesai makan, perjalanan diteruskan hingga kami tiba di Twelve Apostles. Permandangan di sini memang sangat cantik. Subhanallah.. Cantik sangat ciptaan Allah ni.






kasi edit sikit gambar..terserlah rambut perang Dhiya



Subhanallah.. Cantik view dia macam dalam lukisan

Jam dah hampir kul 6.15 petang, kami pon solat di parking lot jauh sikit dari pengunjung lain. Waktu senja pon dah nak muncul, so kami batalkan untuk ke Loch Ard Gorge sebab takut gelap pula nanti nak pulang ke Malaysian Hall. So kami pon pulang ke Malaysian Hall. Malam tu kami makan stok makanan yang dibawa.
ok sambung next entry ya...

Perbelanjaan hari ni ialah;
i)  Fish n Chips Iluka x 2 = 13AUD x 2 = 26AUD
ii) Air Lipton Peach Lemon Tea = 3AUD

total = 29AUD (bersamaan RM90++)
 

Diari Comel Mama Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea