Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Maternity tickers

Tuesday, September 3, 2019

Travelog Dhiya Aidan :: Japan Here We Come Part 2

Posted by MamaCT at 9:21 PM
Hari ketiga di Japan (12 September 2018)

Hari ni kami ke Disneyland!! yeayy!!
Pagi-pagi lagi kami dah bersiap. CT siapkan segala bekal dan jajan untuk anak-anak.
Yelah takut anak meragam nanti kalau perut kosong. Tortilla, cococrunch, kerepek dan air kotak, semuanya sumbat dalam beg galas. Raincoat, baju dan pampers standby, ubat-ubatan, payung, zipperbag (takut anak muntah) dan tuala kecil. Kami datang ke negara yang unpredictable kan, jadi kami prepare dari awal.

Satu hari, kami duk cover Disneyland. Sampai keletihan si kakak dan adik. Hehehe. Seronoknya di sini. Di sini semua permainan boleh main walaupun untuk bayi berumur tak sampai setahun. Yang pasti kena ada di bawah jagaan orang dewasa.

Sempat kami main Dumbo, Pooh Hut, Small World, Snow White train, dan macam-macam lagi mainan lain. Tapi malangnya kami tak sempat nak cover semua area sebab anak-anak keletihan. Hampir jam 4.30 petang tu anak-anak masing-masing dah collapse, jadi tinggal mak ayah jelah melayan parade.

Nak solat pon senang juga di area Disneyland ni. Pergi sahaja ke information service di hadapan pintu masuk Disneyland (Rupa macam kaunter check in hotel) dan tanyakan mengenai prayer room. InsyaAllah, officer dia sangat peramah dan membantu. Dia akan tunjukkan di mana prayer room itu jika room itu available.

Hampir jam 8 malam, kami beredar dari Disneyland untuk ke Nippori Halal Sakura. Yelah semalam ke sana, kedai tu tutup. Jadi, kami ke sana malam ini. Kami dinner dengan set Wagyu beef (rib) berharga 1300yen dan set (tendon) 1060 yen. Usai je makan, kami terus balik hotel (jalan kaki) untuk rehat. Sementara tu, kami singgah di Lawson dulu, beli kopi. Bestnya kopi di Lawson ni. =-)

tiket disneyland- beli di HIS Bukit Bintang
We are here at Disneyland Tokyo










adik paling syok naik boat ride di Little World ni.



Spooky Parade:::: anak-anak semua dah abis bateri, tido..


Mama Abah dating kejap sambil melayan anak tidoww

Tanda kenangan di Tokyo Disneyland



Balik Disneyland , kami melantak yakiniku di Halal Sakura Nippori.. ehehe



Hari Keempat (13 September 2018)
Hari ni kami santai-santai Tokyo.
Kami ke Tsukiji Market. Saje jalan-jalan cari makanan di sini. Makan Snow Crab legs,  telur landak laut, sotong bakar, Melon Hokaido. Ingat nak tengok orang potong Tuna kat Inner Market, tapi terpaksa batalkan.. Jadi kami tengok penjual potong Tuna di Outer Market je.. hehe..

Selepas tu, kami ke Harajuku untuk shopping. Hajat nak try Marion Crepes, tapi bila kami tanya penjual tu Halal atau tak? Penjual tu kata no sebab ada alkohol. Jadi kami batalkan niat nak try Marion Crepes tu. Kami habiskan masa ke Kiddy Land di Shinjuku, ke Tokyu City dan makan Luke Lobster di Shinjuku. Selepas tu kami naik JR menuju ke Shibuya untuk ke Shibuya Crossing, Tugu Hachiko dan lihat Tokyo Tower sebelum bergerak ke Asakusa untuk ke Asakusa Sushi- Ken Restaurant. Hajat asal nak ke Naritaya Halal di Nakamise Street tetapi terpaksa ke Sushi-Ken kerana Naritaya Halal dah close waktu itu.

Naik train menuju ke Tsukiji Market


Leg Snow Crab



Telur Landak laut


Hokaido Musk Melon


Kaki ketam bakar.. ok lah, makan dengan sos sedap kot. Kena bawa sos siap-siap kalau repeat lagi.

baby sotong bakar.. kenyal

kami di Harajuku Street

Marion Crepe..hajat nak try, tapi katanya tak halal..


Shoppingggg

At Kiddy Land.. penuh dengan Hello Kitty dan Melody kat sini.

Baju Son Goku.. ingat nak beli kat Fateh, saiz paling kecil pon besar lagi untuk Fateh.


Tokyu City







Abis je jalan-jalan, kami balik ke Hotel untuk packing beg sebab esok kami akan check-out dan ke Osaka.




0 comments:

Post a Comment

 

Diari Comel Mama Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea