Pagi tu, kami bersiap untuk bertolak ke Putrajaya Sentral. Macam biasa CT suka park di Putrajaya Sentral sebab parking dia lebih murah dan selamat. Tapi dijadikan cerita, Putrajaya Sentral penuh sangat time tu. CT doa je dalam hati agar Allah tunjukkan parking yang elok untuk kami. Alhamdullillah ada satu parking tapi betul-betul di selekoh menurun ke basement. Nak tak nak, kami park je kereta di sana dan tawakal je. Kalau nak kena clamp tak pe lah, kami redha je sebab takut lewat nak catch up flight nanti.
Naik je train ke klia2, terus kami ke kaunter check in baggage. Dalam hati tak putus-putus doa mengenai kereta dan kelancaran flight. Maklumlah , time kami pergi tu lepas Typoon Jebi baru reda. KIX masa tu masih lagi tutup sebab banjir. Alhamdullillah kami berjaya reroute ke Haneda tapi terpaksa delayed kan dua hari. Dua hari hangus. Takpelah, berserah je. Tu doa kami.
kak iya dengan beg-beg besar
muka excited nak travel
10/9/18- kami depart dari KLIA2 jam 1425 petang dan tiba di Haneda jam 2230 waktu Tokyo. Nak dijadikan cerita, mama tak book mana-mana hotel pon untuk malam tu sebab ingatkan Haneda sama macam Kansai Airport, ada Aeroplaza Lounge. Malangnya, tak banyak kerusi yang boleh kami tumpang tidur, tambah lagi kami bawa baby dan budak kecil. Kami ke tingkat 3, Alhamdullillah kami jumpa kerusi untuk digunakan sebagai alas tidur. Anak-anak sangat menyenangkan. Nasib kami bawa dua stroller, boleh lah anak-anak tidur lena dalam stroller sementara menunggu pagi. Kami hanya rehatkan badan di kerusi yang disediakan. Selesai imigresen jam 11.20 malam dan kami berehat-rehat hingga ke 4 pagi. Di sana, subuhnya awal, paginya pon awal. Jam 5 pagi nya seperti jam 7 pagi kita. Dah cerah. Kami tukar baju dan bersihkan diri. Makanan yang ada dalam bagpack juga kami panaskan dan kami buat air milo panas untuk breakfast kami. Jangan bimbang, air panas senang di dapati di baby room . Susu bayi juga senang disediakan kerana ada kemudahan baby room. Prayer room juga disediakan di departure hall di floor 3.
disneyland, disneyland je dalam ingatan
abah muka penat
first time travel jauh ye fateh
welcome to tokyo
kami tidur di airport je malam tu..sob..sob
Jam 7 pagi kami terus ke JR office untuk tukarkan JR Pass kami. Tapi first day kami di sana, kami tak guna JR Pass lagi sebab kami nak drag hingga ke saat akhir. Kami bimbang KIX masih tidak buka sedangkan kami masa hari last tu masih di Osaka. So kami nak save JR Pass ke hari terakhir kami. First day tu kami hanyalah menggunakan SUICA.
Kami ke Nippori terus untuk ke hotel dan tinggalkan luggage. Alhamdullillah kami dah contact awal-awal pihak hotel untuk tinggalkan luggage di sana. Boleh jimat duit locker dan luggage mereka akan hantar terus ke dalam bilik hotel nanti. Senang. Selesai tinggalkan luggage, kami ke Akihabara.
di Nippori. On the way gi hotel
Yodobashi Akiba, kami datang. Berpinar-pinar mata kat sini tengok gundam, kereta control, mainan, barang elektriknya. Alahai.. sempat kami grab di sini mainan anak-anak. Sukalah si Dhiya bila dapat tambah koleksi Sullivan bunny dia tu. Duk pusing je Yodobashi Akiba ni dengan Electric Town. Puas duk sini, kami ke Curry House CocoIchibanya di belakang bangunan Yodobashi ni je. Best juga pekena curry jepun tengah-tengah sejuk ni. hehe...
Yodobashi Akiba..Yosh!!
penuh dengan gundam , toys dan barangan elektrik murah.
di Curry House CocoIchibanya
penuh selera ye..hihi
Usai makan, kami ke Bic Camera, sempat grab beberapa biskut coklat kapal yang famous sangat tu. Tapi waktu tu hujan dah turun renyai-renyai, so kami decide untuk pulang semula ke hotel nippori. Kalau ikutkan nak ke Don Q di sana. Tak jauh pon dari Bic Camera tu. Tapi sebab dah hujan kan.
coklat biskut kapal
Ok. Pulang ke Nippori, jam pun dah menunjukkan jam 3.30pm. Bolehlah kami rehat dan mandi sementara buat keputusan nak keluar lagi atau tidak malam tu. Penat juga turun je flight dengan kurang tidur dan tak mandi sangat..hihi..muchukkk.. ala, duk jepun tak busuk pun. Sebab cuaca dia redup je. Best jalan. Alhamdullillah.
Kami boleh bantai tidur lepas mandi dan solat petang tu. Jam tunjuk jam 7.30pm. Kat luar pon dah gelap, kami nak cari makan tapi rasa malas pula nak keluar. So kami dinner di hotel je. Lepas dinner baru kami keluar sekitar nippori untuk hirup udara malam.
jalan-jalan di Nippori waktu malam..
depan hotel

































0 comments:
Post a Comment