sambungan entri lepas......
Dhiya at Berjaya Time Square Theme Park
Entrance ticket beli di Matta Fair.. RM28 masa tu. Children free below 3years
Kalau real fee rasanya RM56 adult. Hihihi
gambar tak berapa banyak, sebab banyak gambar hilang dari fon lama. huhuhu
Dhiya at Colmar Tropicle
Colmar Tropicle ni letak di Bukit Tinggi, Berjaya Hills
nak masuk sini kena bayar tol RM12/ car . Lupa dah per car or per person
Tapi dekat sini ada France Village, Japanese Garden dan Bunny House.
Gambar pon tak banyak yang save hari tu, tinggal yang ni je. Tapi best datang sini, sejuk-sejuk je.Hahaha
Dhiya at Trick Art Museum Cameron Highland
Masa datang ni, tiket masuk ke sini free sbb baru buat kan? hehe... sekarang mesti dah ada entrance fee nya..
syok datang ke sini walaupun nampak semua trick art tu sama je..hihi
Dhiya At Sg. Klah Hot Spring, Sungkai
Tiket masuk ke hot spring ni untuk dewasa ialah RM10, kanak-kanak bawah 4 tahun masa tu free.
Nak masuk dalam ni ada shuttle buggy. Boleh naik kalo malas nak jalan. Makanan dari luar tak boleh bawa masuk ye.. Tapi masa kami masuk hari tu, tak strict sangat pon check bag nya..hihi
Best di sini sebab ada kolam air panas berbeza kepanasan, boleh boil telur dan juga ada kolam taman tema biasa. Nak selesa, bawalah tikar atau pon khemah. Bolehlah berehat-rehat dalam tu lepas main air.hihihi
Website
About
Monday, October 1, 2018
Friday, March 23, 2018
Ke mana kita neyyy:::Dhiya Tour and Travel : Dalam Negara Part 1
Disebabkan banyak sangat entry mama tak publish lagi, berhabuk dalam draft. So mama decide satukan jelah entry-entry ni. Senang, nanti nak rujuk nak bawa adik Aidan sekali jalan-jalan waktu cuti. Hehehehe
Dhiya di Aquaria, KLCC
Sekarang tiket adult RM49, Child RM39 (3 tahun ke atas)
Boleh view ikan-ikan unik dan hidupan laut yang lain. Juga ada show shark feeding di akuarium besar (ada waktunya). Boleh masuk websitenya dulu before pergi untuk info.
Dhiya di KL Bird Park
Admission fee untuk adult ialah RM27, child RM13 (3 years and above)- beli di Matta Fair murah sikit.
Kat sini, memang boleh view macam-macam spesis burung, boleh bagi burung makan (waktu bird feeding), ada bird show dan galeri info.. Kanak-kanak juga bebas berjalan dengan burung-burung yang jinak.
Dhiya di Farm in the City
Admission fee untuk 2018 untuk adult RM32 dan child RM27 (90cm and above) - harga tiket ni untuk pemegang Mykad . Tiada Mykad, mahal lagi..hehe..
Kat sini macam KL Mini Zoo, tapi dia besar lagi. Ada animal show dan animal pon jinak. Boleh berikan burung dan itik makan.
Dhiya di Mini KL Zoo Tower
Tiket adult (mykad) RM27, child RM22 (90 cm and above )
Sama macam Farm in The City , cuma kecil sikit.
Dhiya at Petrosains
Harga tiket adult RM15, child RM5 (tapi harga dah berubah rasanya). Masa kami masuk, harga murah lagi dan tiket kanak-kanak free sebab Uminya (along) kerja petronas..hehehe
naik spaceship masuk ke petrosains
taman lego..tak nak keluar dhiya masuk sini
jengkaut.. nak lombong bijih.. benda ni memang betul-betul gerak.
Dua kali dhiya visit petrosains ni. Tak puas katanya. Kali kedua ajak abahnya dan dua pupu dia. Kali pertama datang dengan mama je sebab mama cuti sekolah. Hehehe.. Kalau datang weekend, orang dewasa boleh cuba naik F1 stimulation.(bayaran sekali naik RM2 je) Kanak-kanak pon ada bengkel hands-on tapi untuk weekend sahaja. Masa dalam bengkel ni , dhiya cipta kereta magnet. Memang berbaloi masuk ke sini untuk budak-budak. Orang tua pon sama naik, main kat sini. Pfff (gelak tutup mulut). Abahnya berkali-kali naik slide tinggi.. hahahaha
nak rasa ribut?
kali pertama takut dinasour ni..dengan abahnya ok lah plak..
tunggu bengkel sains
abah at pelantar minyak.. sini pon best..rasa gelungsur kawat die
f1 stimulator
Dhiya at Pusat Sains Negara
Masa pergi: free hingga hujung tahun 2017. Sekarang harga tiket dewasa: RM6, child RM3 (7-12 tahun)
Ada akuaria kecil, mini zoo, taman botani, kolam mandi pon ada dan galeri sains. Taman dinasour pon ada.
p/s: mama sarat masa ni tunggu baby keluar. Hahaha..
Tiket-tiket kebanyakkan dapat di Matta Fair. Murah sikit.. Hampir separuh harga murahnya.. Aidan dah ada ni.. Nanti rajin-rajinkan diri lagi lah ke Matta Fair ye kita..hehe..
Sambung entry part two nanti ye.
Subscribe to:
Posts (Atom)































































































