Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Maternity tickers

Tuesday, December 19, 2017

Alhamdullillah.. Bersalin juga mama ye

Posted by MamaCT at 7:35 AM 0 comments
Bunyi entry macam ape je ye.. Hehe

Tapi,  alhamdullillah..  Bersalin juga mama.
Tepat jam 9.17malam 16.12.17 , lahirlah hero mama ke dunia yang fana dan penuh pancaroba ni.  Syukut diucapkan ke hadrat Allah..  Penantian mama berakhir juga..

Mama kadang malas nak pikir apa orang kata,  tapi kadang terasa jugak lah kan..  Yelah,  kita yang menahan sakit nak beranak.  Orang lain sedap-sedap mulut je main cakap,  bagi tips tu tips ni pastu duk gerunkan kita ngan sakit beranak.. Haishhh... Geram mama..

Macamlah pengalaman bersalin tu sama je semua orang.  Ada senang ada susah.. Semua tu kehendak Allah,  siapa mama nak tentukan.

Dah. Sudah mengepek.  Nanti meroyan plak mama..  Hehe..  Tapi kali ni memang betul-betul ujian.  Dari 4.12.17 lagi mama dah terbuka 2cm tebal serviks 2cm juga dan kepala baby dah engage, 5.12.17 alhamdullillah ada progress 3cm dengan tebal serviks 1.5cm tapi kepala baby naik balik.. Whatt??
Ok,  memandangkan ada progress bukaan,  mama ingat mama akan bersalin bila-bila masa je dlm masa terdekat tu.  Tapi guess what,  mama menahan sakit contraction (kadang sakit,  kadang tak)  hampir 2 minggu baru baby keluar..  Dari 4hb  sampai 16hb baru adik keluar ye.. 😂

Tu pun mama risau sangat,  yelah bukaan dah buka lama kan.. Doc pon mintak tunggu tanda.. Mama dlm hati byk duk risau.. Aduhh..  Tp alhamdullillah 16hb mama bersalinkan adik normal dengan berat adik 3.7kg.. Wow..  Tu pun dengan hampir 12jam tahan sakit sangat. Memang nak give up je mama,  macam nak putus nyawa..

Adik alhamdullillah selamat,  tapi bahu adik terkehel sikit masa nak keluar dari perut mama.. Adik kena buat fisio untuk bagi tangan kiri adik aktif semula..  Mama harap Allah bantu adik,  dan adik tak apa-apa ye..  Risau mama dik.. Ni nampak adik dah start kuning dah.. Huhu..  Susu mama pula drop.. 😢😢..

InsyaAllah,  nanti mama kongsikan pengalaman bersalinkan adik.. Mama nak kena fokus pada adik dulu memandangkan komplikasi yang berlaku lepas adik keluar tu..  Mama syg sangat adik..  Takmo adik sakit2 ye.. Ya Allah,  permudahkanlah segala urusan anakku ini di dunia dan di akhirat.. Aminn..  Semoga adik sembuh seperti sedia kala... InsyaAllah.. Aminn

Thursday, December 14, 2017

39Minggu 5Hari

Posted by MamaCT at 10:19 PM 0 comments
Salam, Mama hari ni kumpul kudrat sikit nak update blog..
sambil duk tunggu-tunggu bila adik nak keluar ni..

Penat sangat dalam dua minggu ni mama duk melayan emosi. Penat mental dan fizikal. Mama start kontraksi sejak 4hb 12 aritu lagi..Pergi cek dekat Klinik Seri Indah dan buat VE..alhamdullillah bukaan dah 2cm dgn ketebalan serviks 2cm.. Dr. Fadillah kata kepala adik dah kebawah sangat, maknanya dah engage..doc siap boleh rasa rambut adik.. so doc expect mama maybe bersalin malam ni atau esok kalo laluan cepat.

Mama pon excited, adik baby nak kuar dah..masa tu 38minggu 2hari..Tak sabar nak jumpa adik masa tu. Tunggu sampai hari selasa, malam tu mama start sakit kuat sikit. decide dengan abah kita tawaf mall dulu pastu terus gi cek kat Tunku Azizah Specialist/ Rampai Puteri Medical centre (RPMC).. Sampai sana, mama terus daftar and buat VE. Alhamdullilllah rahim dah terbuka 3cm dengan ketebalan serviks 1.5cm.. Nurse tanya nak admit ward terus ke? Mama kata saya keluar dulu sebab Tok Ma dan Tok Bah baru sampai dari kampung. So bawak , diorang pergi makan dan bawak balik tidur kat rumah. Mama pon berasa taknak warded lagi malam tu. Nak tunggu sakit kuat dan turun tanda dulu baru nak berkampung di wad.

Esoknya, sakit kontraksi makin kurang. Aik, mama dah pelik.. Petang tu mama ajak abah ke KSI untuk cek VE. Dr. Arafah bertugas petang tu dan dia kata bukaan masih 3cm tapi thigh dengan ketebalan serviks 1.5cm. Kepala bayi pula masih tinggi, tak dapat nak sentuh rambut. Aikk, mama dah pelik..cuak pon ade..

Esoknya khamis berlalu dengan mama dah tak sakit langsung. Sakit yang slow-slow je terasa dan adik banyak mengeras. Aik, aritu buat CTG, memang nampak contraction yang kuat. adakah False Contraction?? Jumaat juga tiada tanda adik nak keluar, sakit pon berkurangan dan adik macam slow motion je pergerakannya. Mama start cuak, terus refer dengan dr. Fadillah kat KSI. Doctor cek bukaan dan tebal serviks masih sama, tetapi kepala adik dah tinggi tak engage. Doctor pon perasan contraction makin slow. Doctor bimbang kot terbelit tali pusat, terus doctor buat surat refer RPMC. Mama and abah petang tu terus pecut ke RPMC. Call dr. Zana, doc kata nanti staf nurse akan buat ctg dan dr. Hamidah akan buat VE.. So buat ctg dan VE, hasilnya masih sama.. Terus Dr. Zana call tanya nak admit atau nak balik dulu? sebab kalau admit, mama akan diinduce dan jika kepala bayi masih tak engage dan bukaan tak full, mama mungkin akan diceaser. So, dia akan end up with sakit kat bawah dan atas juga. Mama bincang dengan abah dan kata, kami balik dulu doctor.. seriau plak dengar nak ceaser..huhu...

So start dari jumaat hingga ke hari ni, khamis mama masih belum ada tanda-tanda adik nak keluar. Sakit celah kelangkang pon kian terasa dari hari Selasa lagi. Kat bawah pon dah start rasa berat menekan. Sakit Kontraksi pon kejap datang, kejap hilang. Kejap kuat, kejap slow. Esok, jumaat 15hb mama ada check up dengan Dr. Zana. Harap adalah perkembangan dan adik bolehlah keluar minggu ni..insyaAllah.. Mama macam dah penat dik..dengan pembawakan dan orang yang tak jaga emosi dan hati mama. bila penat ni, mama jadi sensitif lebih sikit..dengan kakak dhiya lagi yang ligat dan perlukan perhatian akhir-akhir ni. Mama macam tak terkejar nak buat seorang.. so harap sangat ada orang faham.. Adik, adik keluar ye esok..insyaAllah ye dik.. mama dah rindu sangat adik ni..amin, aminn ya rabbal alaminn..

Friday, November 24, 2017

37 minggu kehamilan

Posted by MamaCT at 3:25 AM 0 comments
Mama tak boleh tidur sebenarnya time-time ni.. jam dah 3.20 pagi.. mata mama cerah lagi.
Tu lah sebab buat kerja overtime, sampai mata tak ngantuk.
Nasib baik esok dah start cuti dari kerja.. Tu pun mama geram tadi sebab setelkan kerja orang. Kalo ikutkan hati tak nak buat, tapi sebabkan mama tak nak ke sekolah dah esok, mama gigih jugak buatkan pelaporan sampai naik cramp perut mama duduk atas kerusi lama sangat.

So apa lagi, mama updatelah blog yang dah lama sangat mama tak update nih..hihihi
Minggu ni baby dah 37minggu dah. Perut mama pun kadang-kadang mengeras dengan jayanya. Mama cuma harap baby keluarlah awal sikit dari due.. mama dah start mengah. Perut pon membulat sangat ke depan.. Tak stabil mama nak bangun, nak jalan..hukhukhuk..

Satu je mama doa, adik nanti silalah keluar dengan sihat, selamat dan sempurna. Moga adik sentiasa dibawah lindungan Allah sepanjang masa. Mama , abah, kakak dhiya tak sabar nak tunggu kehadiran adik di dunia ni. Nak genggam tangan, peluk, cium..hihihi.. Moga mama dipermudahkan untuk bersalinkan adik nanti dan dipermudahkan segalanya..aminnnn

Tetiba start rasa ngantuk dah..hehe.. nite..tido dulu lah...

Wednesday, November 1, 2017

Persediaan terima baby baru....

Posted by MamaCT at 4:59 PM 0 comments
Macam-macam mama nak buat minggu-minggu akhir ni.
Kerja kat sekolah ada separuh lagi nak kena siapkan sebelum cuti..
Baju adik semua abah dah basuh.
Mama dah lipat semua.. Dah kemas baju adik nak bawa ke hospital.
Cuma barang mama je tak setel lagi nak letak dalam beg.
Tempat pantang,  ubat-ubatan pantang,  barang-barang senang nak gapai waktu pantang pon tak setel lagi.

Barang kak long dhiya pon kena setelkan.  Supaya mama senang nak urus kakak ngan adik pantang nnt.

Mama hajat cuti nnt mama nak buatkan serunding halia dan garlic crunch untuk mama makan dalam pantang nanti.  Menu pamtang pon mama nak download siap-siap biar abah blh masak sedap-sedap untuk mama nanti.. Hehe..
Jaga mama elok-elok ye nanti abah..

😍😍😍😍


Best je bau sabun baby time ni.. Hihi

34 minggu kehamilan G3P1A1

Posted by MamaCT at 4:51 PM 0 comments
Alhamdullillah..
Dah nak masuk 34 minggu kehamilan
Lagi 6 minggu..
Tapi pregnant kali ni perut membesar dengan jayanya after 6 bulan mengandung.. 😂 😂
11 november ni,  mama ada check up dengan doc zana zalinda di sri rampai specialist.
Adik nanti doc zana akan sambut ye.. Hehe..
Harap dipermudahkan segalanya.. Aminn
Mama harap proses bersalin kali ni mudah dan lancar.  Adik keluar normal,  sihat dan kuat ye sayang..

Minggu-minggu akhir ni of course mama makin penat,  mengah.
Kadang rasa perut turun ke bawah,  kadang rasa lagi menekan kat atas.. Huhu
Entah bila lah mama nak cuti sekolah ni.
Tak tahan plak nak kerja.  Kaki pon dah bengkak.. 😭😭😭

Semoga 6 minggu ni berlalu dgn pantas.. InsyaAllah..

Monday, July 3, 2017

16 minggu kehamilan

Posted by MamaCT at 1:46 PM 0 comments
Alhamdullillah,  saat entry ni ditulis baby dah 16minggu (kalau ikut edd baru jadi 15w5d).
Edd haritu doc cakap 17/12/17 tapi last scan die dah jadi 20/12/17.. Xpelah,  janji baby mama sihat ye.

Last scan pon adik banyak duduk dalam keadaan sujud.  Progress perkembangan adik alhamdullillah normal.
Pregnancy kali ni,  mama dah turun berat hampir 6kg. Bayangkan dari berat mama 66.8kg , mama turun sampai 61.2kg.. Tu pon sebab muntah teruk masa 12minggu sampai 14minggu lebih kehamilan.  Sekarang ni ok sikit,  tapi selera still nan hado lagi..  Boleh makan tapi angin banyak.
Naik sikit lepas raya ni,  lega jugak hati mama.. Takut kena marah dengan doktor nanti.  Huhu.  Last timbang mama naik 62.5kg. Alhamdullillah.  Janji anak mama sentiasa sihat ok.

 Mama tahu adik sangat kuat dan sihat.  Mama doakan adik sentiasa cergas dan sihat ye sayang.  Nanti dah keluar boleh main ngan kakak dhiya. 😍😍
InsyaAllah

Wednesday, June 7, 2017

Itenerary Jeju/ Seoul

Posted by MamaCT at 4:33 PM 0 comments
Saje je nak tepek kat sini. Takut hilang. Ni itenerary 2 tahun lepas masa gi seoul/ jeju..
Mana tahu kot lepas ni nak repeat lagi..







**ada juga source dari blog-blog lain. Tapi ada yang tak ikut pun sebab kekangan masa..hehe

Kehamilan ketiga- G3P1A1

Posted by MamaCT at 1:45 PM 0 comments
Alhamdullillah, semasa CT menulis entry kali ini, baby dah 12 minggu dalam perut. Dah hampir akhir trimester pertama. Semalam pergi scan dengan Dr. Marsitah, baby dah gerak-gerak. Comel sangat, Mama harap baby sentiasa sihat dan kuat ye.

Ini merupakan kehamilan ketiga selepas 3 bulan keguguran pada Januari lepas. CT keguguran pada 23 Januari 2017. Masa tu baby baru 6 minggu.Tapi dah nak buat macam mana, tiada rezeki. CT pun redha.

Lepas keguguran tu, En. Hubby suruh rehat dahulu, bagi pulih diri dulu. Lepas keguguran, cik P datang lewat. 11 Mac baru datang, tu pun lewat 19 hari. Tapi CT tak kisah sebab Cik P memang tak teratur. So, CT sekali lagi pergi mengurut dengan Mak Yam. Nak bagi ringan sikit tubuh. Masuk bulan April, Cik P pun lewat lagi. Dalam 14 hari lewat. Dan masa tu En. Hubby demam menggigil.

Bawa dia ke klinik ambil ubat. Sambil-sambil tu cakap kat doc nak scan perut kenapa period ting-tong. Takut plak masa tu fibroid atau cyst mengganggu. Selepas scan, Doc cakap macam ada kantung. Disuruh buat UPT dan hasilnya. Jeng, jeng, jeng. Alhamdullillah. CT disahkan hamil lagi. Kandungan masa tu kecil lagi. Baru nak masuk 5 minggu. En. Hubby senyum je. Alhamdullillah berkat bulan Rejab. CT hamil lagi. Hadiah harijadi suami walaupun lewat 2 minggu.

Sekarang ni, CT banyak-banyakkan rehat dan tak buat kerja baking sangat. Semoga kandungan kali ni membesar dengan sihat dan kuat. Semoga baby sentiasa selamat dan sihat . Aminnn

Meh tengok gambar baby comel~~ moga anak mama nanti juga comel macam kakak dhiya
teringin nak anak laki pula, biar sepasang
**gambar google

**Kakak dhiya pun asyik tunggu-tunggu adik dia. Yang pertama, disayangi. Yang kedua, dirindui. Yang ketiga, dinanti-nanti. Mama rindu dan sayang semua anak-anak mama~

Jelajah Seoul / jeju - part 6

Posted by MamaCT at 1:09 PM 0 comments
5 Mei 2015

Hari ni last kami jalan-jalan ke Korea sebab esok pagi kami dah nak catch up flight jam 11 pagi. So subuh-subuh kami dah kena keluar dari guesthouse. Pagi tu, kami decide nak ke Itaewon tapi kami singgah Namdaemun Market dahulu. Sebabnya, semalam terlupa nak beli periuk ramen yang biasa tengok dalam drama korea tu. Tak mahal pon, saiz sedang harganya 8000won. Along masih di guesthouse sebab penat semalaman. Katanya nak terus ke Itaewon nanti.

Habis shopping di Namdaemun lagi, kami terus naik train ke Itaewon. Exit di hadapan balai polis, jalan je straight akan nampak simpang ke Masjid Itaewon. Tak tahu boleh tanya orang ye, kami pon dah lupa sebab entry dah berhabuk.. hehe.. busy sangat mengalahkan artis. Jalan ke masjid Itaewon tu agak berbukit. Penat jugak mendaki. Usai sampai di sana, kami terus solat zohor. Terjumpa dengan Along kebetulan baru sampai di situ. Hehehe.. kami sampai dulu. Turun dari masjid, kami terus ke Muree Restauran untuk makan. Ambil set nasi bibimbap harga 11000won dan tambah nasi je semangkuk 2000won. Bajet dah ciput, malas nak tukar duit. Takpe, side dish dia boleh tambah. Hehehe..jimat di situ.










Jalan sekitar Itaewon, tengok persembahan aiskrim depan kedai kebab. Tak beli pon aiskrim tu, hehe.. saje tengok dia prank orang macammana aiskrim tu akan jatuh tapi tak jatuh. Bau kebab dari kedai kebab tu semerbak. So kami pon beli satu set kebab 9000won walaupun dalam hati kata nak jimat. Hahaha.. dah sampai sini kan, baik rasa je..

Habis jalan-jalan di Itaewon, kami ke Insa-dong semula untuk ke Ssamodegill Mall. Kat rooftop mall tu banyak benda menarik tu yang buatkan kami bersiar-siar di sekitar tu.








Petang tu dalam jam 6.30 petang kami ke Dongdaemun lagi. Dah janji dengan Along nak jumpa di sana, pekena ikan bakar dan sotong bakar buat kali terakhir. Fuhh.. kenyang.. Malam tu kami just melepak-lepak di Cheongycheong Stream sahaja.  Tu la penamat kami di bumi Seoul ni. Malam tu semua sibuk packing barang dan kemas guesthouse. Tidur awal kami semua sebab selepas subuh dah nak catch up train ke Incheon.







Belanja:
Periuk Ramen= 8000won
Muree Restauran = 13000won
Kebab= 9000won
Banana milk = 1300won x 6  (bawak balik Malaysia)
Makan di Dongdaemun = (6000won x 2 ) + 8000won sotong bakar
Total = 57800won

6 Mei 2015 – jam 11pagi berlepaslah kami dari lapangan terbang Incheon ke KLIA2. Welcome back to Malaysia~~




Jelajah Seoul/ Jeju Part 5

Posted by MamaCT at 1:00 PM 0 comments
3 Mei 2015 (lama dah entry ni, maaf ye.. Dah berhabuk dalam laptop)

Pagi tu kami bersarapan nasi goreng kimchi yang dibuat daripada nasi dan kimchi yang dibeli dari CS dan lebihan ikan bakar Dongdaemun semalam yang kami tapau. Best. Tambah plak dengan kicap ABC. Haha.. sangat memikat hati. Ok. So hari ni destinasinya ialah Gyeokbokgung Palace, Hanok Village dan Insa-dong

Jam 10.30 pagi kami dah gerak ke Gyeokbokgung Palace. Kami ambil train Line 3 dan Exit 5 untuk sampai di Gyeokbokgung. Sampai di sana kami beratur untuk beli tiket masuk ke palace. Kalau nak masuk 1 istana so bayaran tiket hanyalah 3000won (Kanak-kanak FOC). Tapi kalau nak melawat ketiga-tiga istana, boleh terus beli tiket berharga 10000won dan melawat ketiga-tiga palace dan 1 shrine di Seoul ini. Kebetulan ketika kami datang tu, gong baru dibunyikan menandakan ada pertunjukkan pahlawan diraja ketika itu.










Hampir separuh hari suntuk kami berada di Gyeokbokgung ni kerana ketika itu, palace ini ada event. So kami pun cuba join event ni sekali.  Jam 3.30 petang kami keluar dari palace dan menuju ke insa-dong. Kami ambil Seoul subway ke Anguk-Station exit 5.

Di Insa-dong kami cari jalan 10 gil Insa-dong untuk try sujebi dan panjeok halal. Hehe..
**landmark: Selepas Anguk St. exit 5 jalan terus ke Insadong dan melepasi Ssamodegil. Akan nampak Sudoyalkguk pharmacy dan jalan menerusi Insadong 10-gil. Straight sampai nampak Insadong Sujebi di sebelah kanan
Tengok gambar.






Selepas itu kami menyusuri kedai cenderahati di Insa-dong untuk cari cenderamata buat kawan-kawan di Malaysia.
Agak mahal juga barang di insa-dong. Takpe, kami survey dulu, esokkan nak ke Namdaemun market.

Petang tu kami cuba nasib di Insadong Tourist Center untuk try hanbok. Alhamdullillah dapat juga walaupun hanbok di situ agak limited. Free je sesi try hanbok di sini.




Belanja hari ini: (2orang)
Tiket Gyeokbokgung = 3000won x 2
Join event di Gyeokbokgung = 3000won x 2
Makan di Insa-dong = 32000won
Tshirt di Insa-dong = 5000won x 3
Banana milk = 1300won x 2

Total = 61600won

******************************************************************************
4 Mei 2015

Plan hari ni nak ke Namsan Tower. Dalam jam 8.30 pagi kami bertolak dari guesthouse ke Seoul Station untuk ambil train ke Myeongdong Line 4. Tiba di Myeongdong kami ke Exit 3 iaitu ke Namsan Tower. Jalan sikit dari exit akan jumpa 7Eleven dan Pacific Hotel. Jalan je straight jalan di hadapan Pacific Hotel tu , belok kiri dan straight lagi sampailah ke kabel car.
**landmark kabel car:  Jalan ke Toegye-20 sampai jumpe ministop, belok kanan dan straight sampai jumpa tangga kabel car. (10minit perjalanan drp subway)

Nak naik kabel car agak mencabar jugak. Kena panjat tangga tinggi dulu baru sampai kat tempat beratur beli tiket. Panjang betul line dia. Nak dekat sejam beratur baru dapat beli tiket. Tiket harga 8000won untuk kabel car sahaja pergi dan balik.

Panjat tangga lagi baru betul-betul sampai ke Namsan Tower. Puas jugak bergambar dari sekitar Namsan Tower. Juga boleh view permandangan Seoul dari atas.




Habis melawat Namsan, kami ke Namdaemun Market untuk beli sedikit souvenir. Cari sudu garfu korea. Ada yang murah sepasang 1000won je. Kena pandai cari. Sempatlah kami gapai baju tshirt I love korea banyak-banyak, key chain, fridge magnet dan beg syiling untuk souvenirs bagi rakan-rakan dan family. Memang sini lagi murah dari Insa-dong.

Selesai beli-belah, kami ke M-Plaza untuk try hanbok tapi malangnya jam 4.30pm dah ditutup dan perlu buat reservation terlebih dahulu. Tanya pada tourist guide dekat situ, katanya boleh try hanbok di Myeongdong Tourist Information Center yang tak jauh dari situ. So kami solat dulu di M-plaza kemudian pergi kat situ dan buat reservation dahulu. Pakai hanbok free je dan gambar boleh disend ke emel kita dengan percuma. MTIC ni last session dia jam 6.00pm ye. Nasib kami baik sempat lagi. Tunggu setengah jam terus boleh pakai hanbok. Hehe, dhiya masa tu dah letih nak tidur. Muka pon tak bermaya.



Malam tu pon, kami terus dinner di sekitar Myeongdong tu je (lupa nama kedai). Try makan ikan bakar lagi. Owner kedai tu pon peramah. Habis je makan, kami sambung jalan-jalan di Myeongdong. Beli jagung bakar, minum kopi dan hirup udara malam. Nak jam 10 malam, kami pon pulang. Bersihkan diri, solat kemudian tidur. Penat seharian berjalan-jalan.







Belanja hari ini: (2 orang)
Tiket Namsan/ kabel car = 8000won x 2
Souvenirs = 42000won
Makan di Myeongdong = 6000won x 2
Jagung bakar =3000won x 2
Kopi = 5900won
Total = 81900won
 

Diari Comel Mama Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea