5 Mei 2015
Hari ni last kami jalan-jalan ke
Korea sebab esok pagi kami dah nak catch up flight jam 11 pagi. So subuh-subuh
kami dah kena keluar dari guesthouse. Pagi tu, kami decide nak ke Itaewon tapi
kami singgah Namdaemun Market dahulu. Sebabnya, semalam terlupa nak beli periuk
ramen yang biasa tengok dalam drama korea tu. Tak mahal pon, saiz
sedang harganya 8000won. Along masih di guesthouse sebab penat semalaman.
Katanya nak terus ke Itaewon nanti.
Habis shopping di Namdaemun lagi,
kami terus naik train ke Itaewon. Exit di hadapan balai polis, jalan je
straight akan nampak simpang ke Masjid Itaewon. Tak tahu boleh tanya orang ye,
kami pon dah lupa sebab entry dah berhabuk.. hehe.. busy sangat mengalahkan
artis. Jalan ke masjid Itaewon tu agak berbukit. Penat jugak mendaki. Usai
sampai di sana ,
kami terus solat zohor. Terjumpa dengan Along kebetulan baru sampai di situ.
Hehehe.. kami sampai dulu. Turun dari masjid, kami terus ke Muree Restauran
untuk makan. Ambil set nasi bibimbap harga 11000won dan tambah nasi je
semangkuk 2000won. Bajet dah ciput, malas nak tukar duit. Takpe, side dish dia
boleh tambah. Hehehe..jimat di situ.
Jalan sekitar Itaewon, tengok
persembahan aiskrim depan kedai kebab. Tak beli pon aiskrim tu, hehe.. saje
tengok dia prank orang macammana aiskrim tu akan jatuh tapi tak jatuh. Bau
kebab dari kedai kebab tu semerbak. So kami pon beli satu set kebab 9000won walaupun
dalam hati kata nak jimat. Hahaha.. dah sampai sini kan , baik rasa je..
Habis jalan-jalan di Itaewon,
kami ke Insa-dong semula untuk ke Ssamodegill Mall. Kat rooftop mall tu banyak
benda menarik tu yang buatkan kami bersiar-siar di sekitar tu.
Petang tu dalam jam 6.30 petang
kami ke Dongdaemun lagi. Dah janji dengan Along nak jumpa di sana , pekena ikan bakar dan sotong bakar buat
kali terakhir. Fuhh.. kenyang.. Malam tu kami just melepak-lepak di Cheongycheong Stream sahaja. Tu la penamat kami di bumi Seoul ni. Malam tu semua sibuk packing barang
dan kemas guesthouse. Tidur awal kami semua sebab selepas subuh dah nak catch
up train ke Incheon.
Belanja:
Periuk Ramen= 8000won
Muree Restauran = 13000won
Kebab= 9000won
Banana milk = 1300won x 6 (bawak balik Malaysia )
Makan di Dongdaemun = (6000won x
2 ) + 8000won sotong bakar
Total = 57800won
6 Mei 2015 – jam 11pagi
berlepaslah kami dari lapangan terbang Incheon ke KLIA2. Welcome back to Malaysia ~~





















0 comments:
Post a Comment