Pagi tu kami bersarapan nasi
goreng kimchi yang dibuat daripada nasi dan kimchi yang dibeli dari CS dan
lebihan ikan bakar Dongdaemun semalam yang kami tapau. Best. Tambah plak dengan
kicap ABC. Haha.. sangat memikat hati. Ok. So hari ni destinasinya ialah Gyeokbokgung Palace ,
Hanok Village dan Insa-dong
Jam 10.30 pagi kami dah gerak ke Gyeokbokgung Palace . Kami ambil train Line 3 dan Exit 5 untuk sampai
di Gyeokbokgung. Sampai di sana kami beratur untuk beli tiket masuk ke palace. Kalau nak masuk
1 istana so bayaran tiket hanyalah 3000won (Kanak-kanak FOC). Tapi kalau nak
melawat ketiga-tiga istana, boleh terus beli tiket berharga 10000won dan
melawat ketiga-tiga palace dan 1 shrine di Seoul ini. Kebetulan ketika kami
datang tu, gong baru dibunyikan menandakan ada pertunjukkan pahlawan diraja
ketika itu.
Hampir separuh hari suntuk kami
berada di Gyeokbokgung ni kerana ketika itu, palace ini ada event. So kami pun cuba
join event ni sekali. Jam 3.30 petang
kami keluar dari palace dan menuju ke insa-dong. Kami ambil Seoul subway ke Anguk-Station exit 5.
Di Insa-dong kami cari jalan 10
gil Insa-dong untuk try sujebi dan panjeok halal. Hehe..
**landmark: Selepas
Anguk St. exit 5 jalan terus
ke Insadong dan melepasi Ssamodegil. Akan nampak Sudoyalkguk pharmacy dan jalan
menerusi Insadong 10-gil. Straight sampai nampak Insadong Sujebi di sebelah
kanan
Selepas itu kami menyusuri kedai
cenderahati di Insa-dong untuk cari cenderamata buat kawan-kawan di Malaysia .
Agak mahal juga barang di
insa-dong. Takpe, kami survey dulu, esokkan nak ke Namdaemun market.
Petang tu kami cuba nasib di Insadong Tourist Center untuk try hanbok. Alhamdullillah dapat juga walaupun hanbok di situ agak limited. Free je sesi try hanbok di sini.
Petang tu kami cuba nasib di Insadong Tourist Center untuk try hanbok. Alhamdullillah dapat juga walaupun hanbok di situ agak limited. Free je sesi try hanbok di sini.
Belanja hari ini: (2orang)
Tiket Gyeokbokgung = 3000won x 2
Join event di Gyeokbokgung =
3000won x 2
Makan di Insa-dong = 32000won
Tshirt di Insa-dong = 5000won x 3
Banana milk = 1300won x 2
Total = 61600won
******************************************************************************
4 Mei 2015
Plan hari ni nak ke Namsan Tower .
Dalam jam 8.30 pagi kami bertolak dari guesthouse ke Seoul Station untuk ambil
train ke Myeongdong Line 4. Tiba di Myeongdong kami ke Exit 3 iaitu ke Namsan Tower .
Jalan sikit dari exit akan jumpa 7Eleven dan Pacific Hotel. Jalan je straight
jalan di hadapan Pacific Hotel tu , belok kiri dan straight lagi sampailah ke kabel car.
**landmark kabel car: Jalan ke Toegye-20 sampai jumpe ministop, belok kanan dan straight sampai jumpa tangga kabel car. (10minit perjalanan drp subway)
**landmark kabel car: Jalan ke Toegye-20 sampai jumpe ministop, belok kanan dan straight sampai jumpa tangga kabel car. (10minit perjalanan drp subway)
Nak naik kabel car agak mencabar
jugak. Kena panjat tangga tinggi dulu baru sampai kat tempat beratur beli
tiket. Panjang betul line dia. Nak dekat sejam beratur baru dapat beli tiket.
Tiket harga 8000won untuk kabel car sahaja pergi dan balik.
Panjat tangga lagi baru
betul-betul sampai ke Namsan
Tower . Puas jugak
bergambar dari sekitar Namsan
Tower . Juga boleh view
permandangan Seoul
dari atas.
Habis melawat Namsan, kami ke
Namdaemun Market untuk beli sedikit souvenir. Cari sudu garfu korea . Ada yang murah sepasang
1000won je. Kena pandai cari. Sempatlah kami gapai baju tshirt I love korea
banyak-banyak, key chain, fridge magnet dan beg syiling untuk souvenirs bagi
rakan-rakan dan family. Memang sini lagi murah dari Insa-dong.
Selesai beli-belah, kami ke
M-Plaza untuk try hanbok tapi malangnya jam 4.30pm dah ditutup dan perlu buat
reservation terlebih dahulu. Tanya pada tourist guide dekat situ, katanya boleh
try hanbok di Myeongdong
Tourist Information
Center yang tak jauh dari
situ. So kami solat dulu di M-plaza kemudian pergi kat situ dan buat reservation dahulu. Pakai hanbok free
je dan gambar boleh disend ke emel kita dengan percuma. MTIC ni last session
dia jam 6.00pm ye. Nasib kami baik sempat lagi. Tunggu setengah jam terus boleh
pakai hanbok. Hehe, dhiya masa tu dah letih nak tidur. Muka pon tak bermaya.
Malam tu pon, kami terus dinner
di sekitar Myeongdong tu je (lupa nama kedai). Try makan ikan bakar lagi. Owner
kedai tu pon peramah. Habis je makan, kami sambung jalan-jalan di Myeongdong.
Beli jagung bakar, minum kopi dan hirup udara malam. Nak jam 10 malam, kami pon
pulang. Bersihkan diri, solat kemudian tidur. Penat seharian berjalan-jalan.
Belanja hari ini: (2 orang)
Tiket Namsan/ kabel car = 8000won
x 2
Souvenirs = 42000won
Makan di Myeongdong = 6000won x 2
Jagung bakar =3000won x 2
Kopi = 5900won
Total = 81900won

















0 comments:
Post a Comment