Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Maternity tickers

Friday, March 23, 2018

Ke mana kita neyyy:::Dhiya Tour and Travel : Dalam Negara Part 1

Posted by MamaCT at 4:50 PM 0 comments
Disebabkan banyak sangat entry mama tak publish lagi, berhabuk dalam draft. So mama decide satukan jelah entry-entry ni. Senang, nanti nak rujuk nak bawa adik Aidan sekali jalan-jalan waktu cuti. Hehehehe

Dhiya di Aquaria, KLCC

Sekarang tiket adult RM49, Child RM39 (3 tahun ke atas)
Boleh view ikan-ikan unik dan hidupan laut yang lain. Juga ada show shark feeding di akuarium besar (ada waktunya). Boleh masuk websitenya dulu before pergi untuk info.




Dhiya di KL Bird Park

Admission fee untuk adult ialah RM27, child RM13 (3 years and above)- beli di Matta Fair murah sikit.
Kat sini, memang boleh view macam-macam spesis burung, boleh bagi burung makan (waktu bird feeding), ada bird show dan galeri info.. Kanak-kanak juga bebas berjalan dengan burung-burung yang jinak.













Dhiya di Farm in the City

Admission fee untuk 2018 untuk adult RM32 dan child RM27 (90cm and above) - harga tiket ni untuk pemegang Mykad . Tiada Mykad, mahal lagi..hehe..
Kat sini macam KL Mini Zoo, tapi dia besar lagi. Ada animal show dan animal pon jinak. Boleh berikan burung dan itik makan. 










Dhiya di Mini KL Zoo Tower

Tiket adult (mykad) RM27, child RM22 (90 cm and above )
Sama macam Farm in The City , cuma kecil sikit.














Dhiya at Petrosains

Harga tiket adult RM15, child RM5 (tapi harga dah berubah rasanya). Masa kami masuk, harga murah lagi dan tiket kanak-kanak free sebab Uminya (along) kerja petronas..hehehe


naik spaceship masuk ke petrosains





taman lego..tak nak keluar dhiya masuk sini


jengkaut.. nak lombong bijih.. benda ni memang betul-betul gerak.





Dua kali dhiya visit petrosains ni. Tak puas katanya. Kali kedua ajak abahnya dan dua pupu dia. Kali pertama datang dengan mama je sebab mama cuti sekolah. Hehehe.. Kalau datang weekend, orang dewasa boleh cuba naik F1 stimulation.(bayaran sekali naik RM2 je) Kanak-kanak pon ada bengkel hands-on tapi untuk weekend sahaja. Masa dalam bengkel ni , dhiya cipta kereta magnet. Memang berbaloi masuk ke sini untuk budak-budak. Orang tua pon sama naik, main kat sini. Pfff (gelak tutup mulut). Abahnya berkali-kali naik slide tinggi.. hahahaha



nak rasa ribut?

kali pertama takut dinasour ni..dengan abahnya ok lah plak..


tunggu bengkel sains

abah at pelantar minyak.. sini pon best..rasa gelungsur kawat die

f1 stimulator


Dhiya at Pusat Sains Negara

Masa pergi: free hingga hujung tahun 2017. Sekarang harga tiket dewasa: RM6, child RM3 (7-12 tahun)
Ada akuaria kecil, mini zoo, taman botani, kolam mandi pon ada dan galeri sains. Taman dinasour pon ada.
p/s: mama sarat masa ni tunggu baby keluar. Hahaha..





















Tiket-tiket kebanyakkan dapat di Matta Fair. Murah sikit.. Hampir separuh harga murahnya.. Aidan dah ada ni.. Nanti rajin-rajinkan diri lagi lah ke Matta Fair ye kita..hehe..

Sambung entry part two nanti ye.
 

Diari Comel Mama Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea