Mama sibuk sangat lupa nak update dan publish
7 Februari 2016, mama dan famili bertolak ke Kuala Perlis tengahari tu dan decide untuk stay di sana sehari before ke Langkawi. Sampai di homestay Kuala Perlis, kami keluar jalan-jalan di dataran dan misi food hunting bermula sementara tunggu tokma, tokbah dan yang lain datang.
Malam tu, mama bawa semua makan seafood di dataran Kuala Perlis. Semua kekenyangan. Balik homestay tidur je. Esok pagi, mama dan Mr. Hubby ke Wang Kelian. Saje jalan-jalan di sempadan. Nak masuk Thailand tak bawa passport.. hehe.. Lagipon kami nak naik trip feri jam 10pagi. Tak jauh pun Wang Kelian dengan homestay kami. Dalam setengah jam saje.
Trip kali ni, semua famili mama involve. Yelah dah mama plan semua ni berbulan-bulan. hehe.. Siap gi Matta Fair lagi nak cari pakej murah. So, mama ambil Pakej Jasmine Villa (lengkap semua villa+ transport urvan + voucher minyak 80ringgit + bot umtuk mangrove/island hoping (boleh pilih)).. semuanya habis dalam RM1599 untuk 3 hari 2 malam.. Cukup untuk 9 adult dan 1 child.
Bilik di Jasmine Villa ada 3 bilik dan kesemua bilik ada private bathroom dan aircond. Bilik Master boleh muatkan 3 orang dengan 1 katil queen dan 1 single. Yang lain semua queen bedded.
![]() |
| Gambar google |
Hari Pertama
Tiba di jetty Pulau Langkawi, kami menunggu man in charge yang bawa transport kami selama 3 hari di sini. Agak lewat man in charge ni. hampir sejam kami menunggu. Tapi takpe. Kata datang bercuti, so kami enjoy je. Dan sampai Urvan kami, kami terus ke Jasmine villa yang terletak di pekan Kuah. Dekat dengan kedai gamat. Cantik dan memuaskan untuk kami satu famili besar. Selesai letak beg dan view keadaan rumah, kami putuskan untuk keluar lunch sekitar pantai Chenang. Selepas tu kami ke Muzium Mahsuri.
Suka Tokma dan Tokbah menyingkap sejarah mahsuri di sini. Kemudian kami jalan-jalan ke kedai gamat dan seterusnya kami ke pantai cenang kembali untuk bermain air pantai. Hehehe...seronok dhiya pak cik dan mak cik melayan die. Singgah 7e dulu untuk beli stok sarapan pagi esok. Malam tu, kami beli belah di Haji Ismail Group mall. Kemudian singgah dinner di Restoran Sampan (lupa dah nama restoran). Alhamdullillah. Malam tu balik villa dengan keletihan.
Hari kedua
Usai sarapan pagi, kami terus ke jeti Mangrove. Kami ambil pakej Mangrove tour dalam 2-3 jam gitu. Dah sewa bot. Satu bot sewanya RM400 (termasuk pakej). Boleh muat 11 dewasa. Tapi memandangkan Along dan Abang Long tak ikut (diorang pergi spa), so kami-kami sahaja yang mengikuti tour tu. Kami tengok eagle feeding, bat cave, fish farm,pergi gua kelawar, lunch di rumah boat, andaman sea tour,pusing-pusing Kilim Geoforest. Berapa kali mama menjerit bila ombak pukul bot. Mama ni gayat sikit..hihihi..Dhiya rileks ajee.. Memang setakat ni, sangat puas hati sebab boleh rilek-rilek dan enjoy dengan famili.
Sampai di jeti dalam tengahari, sementara menunggu along habis sesi spa (abang long drive van ke sana), Pak Lang dan Tokbah keluarkan tali pancing mereka. Hahaha. Walaupun takde joran, tapi still mereka nak memancing pakai tali pancing pon jadilah. Seronok join mereka memancing ikan jejarum di tepi jeti. Hahahaha. Dapat je lepas. Nak simpan takde tempat. Along datang je, kami terus ke Oriental Village. Kat sini banyak hiburan kami buat. Seronok, siap buat foot fish spa lagi sebab letih berjalan. Lunch tengahari makan KFC yang Along beli on the way ambil kami di jeti. hehe... Tokma pon sibuk borong baju di sini..hihi.. Yang puak lelaki dah ke dalam hutan naik ATV agaknya..
Petang tu, balik kami singgah di pantai Cenang lagi dan malam tu tak lupa untuk ke Kompleks HiG lagi. Borong coklat pula. Malam tu kami dinner di restoran di Pekan Kuah dan jalan-jalan pusing Langkawi habiskan minyak.
Hari ketiga
Esok pagi, kami breakfast di vila dan kemaskan apa yang patut sebelum ke jeti. Sempat lagi singgah di kedai gamat untuk beli buah tangan lagi.
Kami habiskan masa jalan-jalan di jeti sebelum berangkat pulang. Setakat ni alhamdullillah. Perjalanan trip yang lancar dan seronok. Mungkin akan rancang trip famili kedua pula jika ada rezeki lebih.
Di Padang Mahsuri
Dalam Feri
My big famili..Hugg
Family members
us
us again at pantai cenang
mandi-manda di pantai cenang
Along n Abg Long.. Ay Chik menempel..
Tokma n Ucu
Dhiya with Ayah Chik
Familia...
Toma, Tokbah, Dhiya
haha..Pak Lang dan Mr. Hubby
Tq. Mr. hubby sebab tolong mama arrange trip.
our big family..
![]() |
| mamat selfie...Hahaha |






















0 comments:
Post a Comment