Alhamdullillah
Sekali lagi mama diberi peluang untuk melalui pengalaman mengandung dan bersalin.
Alhamdullillah dah sepasang ye anak mama. Syukur yang tak terhingga kepada Allah atas anugerah ini.
3 Disember 2017
Mama hanya pergi check up di Klinik Seri Indah. Memandangkan adik dah 38 minggu, jadi Dr. Fadilah decided untuk buat VE.. Terkejut mama, bila doc cakap bukaan dah hampir 3cm dan kepala bayi dah turun ke bawah sebab jarinya dah sentuh rambut. Doc suggest mama terus ke hospital sebab dia jangka malam tu may be mama akan bersalin. Mama agak cuak sebab tanda-tandanya takde..cuma kadang-kadang pinggang cramp dan ada mild contract. Nak kata sakit sangat, tak jugak. Mama pon call Mr. Hubby.
Malam tu, mama tak masak. Ajak Mr. Hubby makan luar sebab ingat nak ke hospital terus malam tu. Mama call Tokma bagi tahu yang doc cakap. Terus Tokma kata nak datang KL hari tu jugak. Mama pon okla, sebab nanti kalau masuk hospital ada yang tolong tengokkan Dhiya.
Malam tu , kami makan di Jusco Wangsa Maju, jalan-jalan kat sana nak bagi cepat sikit bukaan memandangkan doc dah jangka adik akan keluar malam ni. Tepat jam 9 malam, kami terus ke Rampai Puteri Medical Centre. Before ke sana, mama mesej dulu Dr. Zana Zalinda. Doc kata nanti sampai sana, staf nurse akan uruskan VE dan semua prosedur before dia datang. Tiba je di RPMC, mama terus ke emergency. Buat CTG dan CTG mama kuat cuma tak kerap. Staf nurse datang buat VE lagi. But nurse cakap bukaan mama tak sampai 3cm dan kepala baby masih tinggi di atas dan serviks mama still tebal. Oh no. Mama thought malam ni mama akan bersalin. Tokma pon kebetulan masa tu dah sampai ke hospital. Haha. Tapi CTG mama kuat, seolah-olah mama dah ada contraction nak bersalin. Nurse tanya mama sakit tak, mama jawab sakit sikit je. Mild mild gitu. Nurse tanya if mama nak stay ward malam tu atau nak balik dulu dan datang semula esok? Mama decided untuk balik umah. Mama mesej Doc. Zana untuk option. Doc suggest untuk mama stay at home dan monitor tanda-tanda nak bersalin. So balik lah kami ke rumah, menunggu adik keluar. Before balik, mama pekena char kueh tiaw dulu kat Mali's..hahaha..makan je mama ni ye..
Esoknya mama ke KSI lagi dan kali ni doc hazirah buat VE. She said bukaan dah 3cm but serviks still tebal lagi dan baby's head still high lagi. So, mama pulang ke rumah lagi menunggu. Contraction tak leh nak measure sebab kadang datang, kadang tak. So mama fikir tu false alarm je. Mr. Hubby pon cuti dua hari sebab duk tunggu baby keluar. Bayangkan dari 4 Disember hinggalah 10 Disember mama ulang alik hospital dan klinik. Yelah dengan bukaan 3cm for second baby, i never thought akan ambil masa panjang macam ni.
Banyak juga emosi mama kecundang masa ni. Mujur ada Mr. Hubby dan Tokma.
16 Disember 2017
Hari ni mama ada check up dengan Dr. Zana memandangkan esok due adik. Mama serah diri di emergency RPMC. Sekali lagi , mama buat VE dan suprisingly bukaan mama dah 4cm dan tebal serviks hampir 1cm (mengikut nurse tebal sikit). Mama tak tahu lah 4cm tu dah lama mana. Orang kalau 4 cm dah sorong ke labour room. haha..
Dr. Zana decided untuk admitkan mama di ward hari tu dan leakingkan air ketuban mama untuk segerakan proses bersalin. Yelah dah lama bukaan kan, tapi tanda adik nak keluar tak ada. Jam 12.20 nurse datang leakingkan ketuban mama after mama dah makan lunch. Kemain, sempat lagi lunch nasi ayam walaupun takde selera sangat. Habis separuh pinggan..haha.. Jam kul 1.40 baru datang sakit contraction bukan main...(ni pon sebab bangun turun katil).. Yelah, air ketuban dah leaking kan walaupun tak keluar habis. Doc decide leakingkan supaya serviks ambil masa untuk menipis dan baby tak lemas sekiranya air ketuban kurang. tapi menahan sakit yang lama tu buat mama terfikir nak undur masa sebelum serah diri pagi tadi. Nak tidur kat rumah , tak nak sakit-sakit lagi.. hahaha..mengada mama nih.. mama tahan sakit dari jam 1.40 tengahari sampai 3.30petang bukaan dah hampir 7 cm. Masa tu mama ditolak masuk ke Labour room. Ingatkan nak bersalin dah, rupanya menunggu lagi lama bukaan payah pulak nak masuk 10cm..huhuhu
Menunggu hingga jam 9.17malam baru adik menjengah dunia..huhu..9.05 malam baru bukaan full dan mama ada gesaan nak meneran. Disebabkan mama tahan sakit meneran lama, bukaan ada bengkak sikit. 7 kali teran, adik pon lahir ke dunia. Biru kejap adik terpaksa diberi oksigen..huhuhu.. Kalau ingat balik, bermacam posisi mama buat untuk tahan sakit. Mengiring, menonggeng, sujud..hahaha.. Mr. Hubby pon dah standby untuk mama cubit tangan die macam waktu Dhiya lahir hari tu. Tapi kali ni, mama tak terasa nak cubit, terasa nak gigit... Berapa kali Mr. Hubby larikan lengan takut digigit.. hahahaha...sori Mr. Hubby.
Lahirlah putera kami, Wan Aidan Fateh pada 16 Disember, 9.17malam. Dengan berat 3.7kg..Wow!! Patutlah adik takmo keluar. Huhuhu.. Tu pon adik lahir dengan 'shoulder dystocia' sebab bahu adik sangkut agaknya. Mama dapat tahu esoknya apabila pakar kanak-kanak, dr. Fadzlina datang kata lengan kiri adik tak respon bila doc angkat. So, doc suggest untuk jumpa pakar fisio untuk pulihkan muscle adik sbb doc x-ray tak de apa-apa. So maybe hanya muscle terseliuh. Alhamdullillah , lepas 2 kali jumpa pakar fisio dn diurut selalu, adik pulih sepenuhnya. Alhamdullillah.
p/s: Mama doakan adik menjadi anak yang soleh yang membawa rahmat dalam keluarga kita. Yang sentiasa menjaga keluarganya dan sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah sentiasa. Moga adik sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki selalu. Begitu jugak dengan kakak Dhiya. Aminnn.. Aminn ya rabbal alaminn..

0 comments:
Post a Comment