Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Maternity tickers

Tuesday, September 22, 2015

Melbourne Aku Datang!! Part 3

Posted by MamaCT at 2:43 AM 0 comments
Ok.. sambung pula entri ke 3...

Disebabkan terlampau sibuk, entri tertangguh sampai berbulan-bulan lamanya.. Harapkan pengalaman manis tu masih lagi ada dlm kepala ni..hehe

17 November 2014 pukul 9.20 pagi kami dah sampai airport Tullmarine, Victoria dan bergegas ke Apex untuk ambil kereta sewa. Selesai proses sign borang dan pembayaran kereta sewa, kami terus ambil kereta untuk menuju ke Malaysian Hall. Pusing punya pusing dengan bantuan GPS, dalam 1jam setengah kami pun sampailah di Malaysian Hall of Melbourne.


Malaysian Hall ni sebenarnya satu blok bangunan asrama yang didiami oleh para pelajar dari Malaysia yang belajar di sana. Malaysian Hall ni berdekatan dengan Perhentian Tram High Street No. 27. Landmark Malaysian Hall ni ialah Deaf Children Australia Building. Memang dia sangat berdekatan dengan building ini. Dari building ini dah boleh nampak bendera Malaysia berkibar di seberang jalan. Itulah Malaysian Hall.

Bendera Malaysia berkibar megah di depan Malaysian Hall

Kami sampai di Malaysian Hall pada pukul 12.15 tengahari. Tapi malangnya masa tu kami still tak dapat nak check in lagi. Penjaga Malaysian Hall (Pn. Norliza kalau tak silap. Huhu, lupa dah nama puan tu) beritahu kami boleh check in dalam pukul 2 petang. So, kami keluar sekejap round round bandar Melbourne dengan kereta.. hehe..


Mana-mana je mesti ada Kwang-So..haha

antara bangunan yang kami nampak ketika bersiar-siar

Hampir je pukul 2petang kami dah kembali ke Malaysian Hall ni untuk check in. Nak tempah Malaysian Hall ni kena 3 bulan sebelum travel tau. Dikhuatiri penuh dan tiada pilihan bilik jika datang dengan family. Setel bayar deposit dalam lebih kurang 200AUD (untuk 2 family), kami terus amek kunci bilik dan meninjau keadaan bilik. Alhamdullillah, kami dapat bilik yang agak selesa.

sibuk Dhiya nak punggah beg sekali.. hehe

Dah selesai punggah semua beg. Kami rehat sekejap dan bersihkan diri. Perut rasa lapar, so kami makan bekal makanan yang kami bawa. Ingat nak panaskan bubur nasi tapi tak jadi sebab bubur instant tu dah expired. So makanlah maggi  T_T..

cantik pantry dia haaa...

Hampir kul 4.30 petang kami mengambil keputusan untuk jalan-jalan di Flinder Street dan Yarra River.. Kami menaiki tram No. 69 untuk ke Flinder Station. (boleh juga menaiki tram No. 16 atau No.67). Jangan lupa ye untuk tap Myki setiap kali naik dan turun tram (suami dah belikan Myki di 7e masa kitaorang duk rehat-rehat dalam bilik). Tiba di Flinders St., kami jalan-jalan menyusuri kedai-kedai di sana(macam kiosk). Ada satu kedai burger yang halal dimakan Muslim di sana (ikut review orang lain). Tapi kami tak beli. Nanti malam baru beli. So kami duk jalan-jalan cari kedai makan halal.

bangunan berdekatan dengan Flinders Station


Kami bergambar dengan Tram. Dhiya syok tido sebab kena angin sejuk.


Dhiya ready nak gi jejalan


Dhiya dan Adleena


City Of Melbourne

Punyalah pusing-pusing, tak jumpe juga restauran halal yang macam blogger lain bagitau. Kami memang decide nak makan nasi dulu, tak nak makan burger lagi. So kami duk cari Pasha Kebab, Restauran Nelayan..tapi hampa.. haha..So kami try sekali lagi before putus asa, kami selusuri jalan di sebelah Flinders Station melepasi Elizabeth Street. Jalan jauh sedikit melepasi 3 atau 4 bangunan kami pon nampak Sign Board Restauran Nelayan sebelah restauran Vietnam. Punya lah pusing-pusing sampai lintas jalan seberang pastu patah balik ke Flinders Street tapi tak jumpe. Haha. Landmark nak ke Restauran Nelayan ini ialah selusuri je Flinder Station (pastikan Flinder Station di bahu kiri)- jalan lagi straight hingga hampir dengan QV Mall. So Restauran Nelayan memang dah hampir (ada di sebelah kiri).

Restoran ni ialah restoran yang menyajikan nasi berlauk Indonesia. yang paling sukanya ialah lauk Fried Ribs dia..Sedappp dan portion dia pon banyak. 3AUD untuk nasi sahaja, 6AUD untuk nasi + 1 lauk, 9 AUD untuk nasi + sayur + 2 lauk. Memang mengenyangkan. 1 portion nasi tu sebenarnya boleh kongsi 2 orang. Kalau nak bajet, bolehlah beli nasi dengan lauk- pauk 9 AUD pastu tambah nasi 3AUD- dah boleh makan 2orang plus baby. hehe...jimat sikit. Nanti ada duit lebih boleh shopping lebih.

Muka En. Hubby tengah makan nasi + ribs + ice lemon tea..hihi

Selesai makan, kami pon jalan-jalan ke Yarra River. Nyaman je di sini. Di sini ramai yang suka bergambar. Ada cruise di sini kalau ada yang berminat nak menyusuri Yarra River ni. 

photo of us


Dhiya ni memang syok tido kalo kena angin sejuk sentiasa


saja gegedik nak bergambar dalam tram..haha


we in Melbourne!!

Selesai jalan-jalan, kami pulang ke Malaysian Hall untuk save tenaga nak ke GOR esok. Kat Melbourne, pukul 6petang, kedai dah banyak tutup. Malam pon tak hidup sangat di sini kecuali setiap Rabu, Victoria Market akan adakan Night Market.. bolehlah g jejalan masa tu..tapi hari kami sampai tu hari Khamis, so takdelah aktiviti malamnya...huhu

ok jumpa next entry ye...kbai


Perbelanjaan hari ni ialah;
i)  360 AUD hostel MH (termasuk 100AUD return) sebilik untuk 6D5N 
ii) Air Lipton Peach Lemon Tea = 3AUD
iii)Nasi x 2orang = 12AUD
iv)Jus oren = 3.50AUD

total = 378.50AUD (in return 100AUD) = 278.50AUD bersamaan RM 880.00++




Thursday, May 14, 2015

Jom jelajah Seoul/ Jeju-do Part 1

Posted by MamaCT at 5:45 PM 0 comments
Hari Pertama (29 April 2015)
Tepat pukul 1 pagi kami sekeluarga terus bergerak ke Putrajaya Sentral untuk ambil KLIA Train ke KLIA2. 

Pukul 2 lebih kami sampai di sana dan train first adalah pukul 4.52pagi.. So CT suh hubby tido dulu sementara menunggu waktu train tiba. Hubby dan Dhiya nyenyak je tido dalam keta. Hehe.

Parking di Putrajaya Sentral ni selamat. Kadar parking pon RM4 sahaja sehari. Tepat pukul 4.30pagi, CT kejutkan hubby dan tolak stroller Dhiya ke kaunter tiket. Hubby angkut beg. Berat. Kami bawa 2 beg. 1 beg baju, 1 lagi beg makanan. 

Tiket KLIA Transit dibeli dengan harga RM6.20 seorang. Dhiya FOC. Murahkan? Murahla kalo dibandingkan parking di KLIA2 untuk 8hari.

Ok. Kami sampai di KLIA2 tepat jam 5.30pagi. Di sana Along dah tunggu di kaunter Check In Y. Kami check in tiket dan drop luggage. Nasib baik luggage lepas sebab beg kami besar (kami ambil luggage 25kg).

Selesai semua urusan kami ke kopitiam untuk sarapan dulu. Jam baru pukul 5.55pagi. Azan tak lagi so sempat kami jamah breakfast. Dhiya pon dah bangun. So bagi dia susu dan makan kenyang-kenyang dulu. Kalau tak nanti merengek pulak. (Sebenarnya demam Dhiya tak kebah lagi waktu ni tapi kami dah standby ubat punggung in case suhu badan dia tetiba naik) . Mak dia dah cuak dah. Sehari sebelum nak melancong. Anak tiba- tiba demam. Panas jugak suhu badan, 39darjah. Huhu.

Jam 6.40 kami gerak ke surau untuk solat subuh. Masukkan ubat punggung Dhiya siap- siap sebab suhu dia tak turun-turun. Selesai solat kami terus ke Gate Q (international departure). Sampai di sana kami menunggu seketika sebelum dipanggil masuk. Flight kami berlepas tepat jam 8.00pagi.

Alhamdullillah proses berlepas berjalan dengan lancar. Dhiya pon tak banyak ragam tak macam ke Melbourne hari tu. Tak sampai 1jam main Dhiya dah tertido semula. Alhamdullillah.

Dalam pesawat kami diberi borang untuk diisi bagi memastikan kami tak ke negara-negara yang terlibat dengan wabak sebelum ini. 




Masa 2 jam setengah lagi sebelum sampai ke Seoul, Dhiya dah bangun. Umi dia a.k.a Along datang ajak gi ke Bussiness Class main dan tido kat sana. Ada seat kosong sebelah die katanya.. wahhhh.. Syoknyaaa.


untungnye Dhiya boleh tido kat bisnes class T_T(jeles okeh!) haha

Tepat jam 1520 (waktu sana), pesawat kami pon landing di Incheon Airport, Seoul. Waa.. Korea Kami Datang!! Sejuknya kat sana. Walaupon matahari bersinar tapi anginnya tetap sejuk. Sama macam kat Melbourne. Tapi jangan tertipu. Walau berangin sejuk, muka kita tetap kena sunburn nanti. Oh, kulit ku dah gelap!! T_T  

Sekarang ni musim kat sini ialah Musim Bunga. Tapi tak sempat kami dengan cherry blossoms agaknya sebab ni dah akhir April. Turun dari pesawat kami terus ke tempat mengambil beg dan seterusnya ke Imegresen. Alhamdullillah urusan berjalan lancar. Sekejap sahaja kami dah di pintu keluar. So kami cari 7E untuk beli T Money sebelum bergerak ke Gimpo Airport untuk penerbangan ke Jeju. Beli juga susu pisang dan susu strawberi. Wallaa.. best lagi susu strawberi dari susu pisang. Hehe. Tak lupa juga beli traveller charger di sini. Lupa bawa. Harganya 8000won sahaja.

Seterusnya kami gerak ke exit7 untuk ambil eskalator turun ke B1. Di sana kami akan ambil AREX (Airport railroad - Lambang biru) untuk ke Gimpo. Perjalanan dari Incheon ke Gimpo mengambil masa lebih kurang 40minit melepasi 5 station (Tak perlu tukar- tukar train, straight aje). Tiba di Gimpo jam dah menunjukkan pukul 5.00pm. Kami bergegas check in flight ke Jeju yang akan berlepas jam 1910 nanti. Selesai check in dan drop luggage kami cari port untuk solat. Kat Gimpo tiada surau tetapi kat Incheon ada surau. Menyesal tak solat kat sana. So kami pun cari baby room (baby care) kat sini dan solat dalam baby room. Alhamdullillah baby room kat sini tak macam di Malaysia. Biliknya sangat bersih dan luas macam bilik tidur bayi. Kami menentukan kiblat berpandukan kompas yang dibawa.



Seusai solat kami bergegas ke floor 3 untuk masuk ke departure hall. Di sana ada Lotteria so kami bercadang untuk beli Shrimp Burger dulu buat bekal malam hari nanti di Jeju. So belilah 2set burger dan 2burger sahaja. Satu set harga 5400won manakala satu burger sahaja harganya 3400won. Set burger itu disertai dengan fries dan juga air Coke. (maaf lupa ambil gambar burger T_T)

Masuk ke departure hall dah pukul 1900 tetapi flight delay 10minit. So kami pon melantak dulu separuh shrimp burger. Sedap wehhhh makan burger ni masa panas- panas lagi. Sedar tak sedar habis 2 set burger. Haha.. kata nak wat bekal. Isk isk isk. 1920 kami pon berada dalam perut pesawat nak ke Jeju (naik Korean Air) . Harga ke Jeju seorang pergi balik RM315. Kalau Tway murah lagi kot. Penerbangan ke Jeju mengambil masa 55minit. Tepat jam 2015 kami sampai di Jeju International Airport.



Dhiya muka ngantuk. haha

Keluar dari Jeju Airport, kami terus dapatkan shuttle bus untuk ke KT car rental. Di KT car rental kami menyewa kereta untuk kegunaan 2 hari di Jeju. Jangan lupa ye dapatkan lesen memandu antarabangsa sebab side memandu dia berlainan. Kami dapat kereta Hyundai Rio (macam kereta Juara pon ada, Kenari pon ada..hehe)


Selesai dengan urusan kereta sewa, kami terus ke rumah sewa kami (kami sewa rumah sebab ada 2 family). Rumah sewa ni berdekatan dengan Hallim. Kecewa dengan tuan rumah sebab masa book rumah ni katanya ada dua bilik. Tetapi bila ke sana rupanya ada satu bilik sahaja dan satu lagi hanya hamparkan toto di ruang tamu. Bilik tu bagi kakak guna so kami tiga beranak tido di ruang tamu. Tapi harga sewa tetap sama bahagi ngan kakak..(T_T) haha.. Tapi oklahnya semua kelengkapan ada. Dapur, peti ais, washing machine, wifi semua adalah. Harganya cuma RM663 (200000won) untuk 2malam. So satu family hanya RM331.50 untuk 2malam.




ok kita bersambung pula di next entry. K bai. Got to go.














Friday, January 9, 2015

Melbourne Aku Datang Part 2

Posted by MamaCT at 11:35 AM 0 comments
Ok..part 2 ni kali kedua CT tulis. Kali pertama dah hilang dari draft..haha. Ni payah kalo taip pakai smart phone. Dahlah banyak nak betulkan typo tu..hehe..OK dah..membebel pulak CT ni.

16 November 2014

Ok flight kami pukul 10.40 malam. So pukul 6.30petang dah gerak ke puchong (ke rumah sepupu hubby sebab travel sekali). Tempuh segala jem, pukul 7.10 dah ada di puchong and kami decide untuk solat jamak di klia2 nanti.

Kami gerak ke putrajaya sentral untuk catch train ke klia2. Sampai di klia2 pukul 7.30. Parking kat sini dalam RM4 sehari. Berbumbung lagi. JIMAT dan SAFE. Hehe. Naik lah klia transit terus ke klia2. Ambil masa dalam 30minit.

Sampai ke klia2 kami terus ambil troli nak ngangkut beg beg yang besar gedabak semuanya..haha

Sampai-sampai sana kami terus g check in sebab gate dah open. Dhiya steady je dalam stroller tak tido tido..haha.. biar nanti senang sikit tido dalam flight sebab dah ngantuk sangat.

Selesai check in kami pegi drop in beg. Dekat sini punyalah lama. Huhu.. Timbangan kat sini tak sama macam kami timbang di rumah.. Jumlahnya lari banyak.Alahai. Kami amek luggage 25kg sahaja. So 2 beg besar kami drop in. 1 beg makanan dah 16kg (padahal kami timbang guna weight scale 12.7kg sahaja). 1 beg baju lagi dah 12kg (yang ni kami timbang 10.5kg). Nampakkan kat situ dah lari lebih kurang 5kg. Nasib baik luggage sepupu hubby ada extra. So kami decide tukar beg sahaja..Haha..Selamat. So nasihat sila lebihkan luggage anda. Timbangan kat sini tak sama dengan timbangan di rumah.


Dah selesai drop beg tengok-tengok dah pukul 9.50. Huish. Cepatnya masa berlalu. Kami tak solat lagi.

Berlari kami ke surau berhampiran dan solat. Selepas tu terus bergegas ke pintu J8a. Wuhuuuu. Punye lah jauh nak menapaknya . Sakit kaki berlari sambil tolak stroller. Final call to melbourne. Final call..... Alamak.. Kami lah tu..hehe

Akhirnya selamat sampai ke gate dan selamat berada dalam flight..hihi..berpeluh tau.. haha..masuk maraton mesti monang ni.

Berlepas sahaja flight. Kami terus berdoa agar perjalanan ini selamat. Perjalanan ni ambil masa 8 jam. Lama tuh.

And then keluarlah pula adegan Dhiya tak nak tido. Huhu. Anak anak.. tak letih ke? Hampir 2 jam lebih kami berusaha nak tidokan Dhiya tapi tak tido tido. Lepas main game menangis pulak. Nak peluk pastu menangis. Agaknya dah ngantuk sangat anak ni. Yelah dari pukul 3 petang tak tido tido. Lama tu. Masa nak berlepas tadi Dhiya dah pejam mata sambil menyusu. Tapi bila attendant tu buka lampu, terua matanya pon turut buka sampai lah kul 1.20pagi baru Dhiya tido dengan lenanya...yeayy. Aman.

Hampir pukul 9pagi (waktu melbourne) kapten mengumumkan kami akan landing sebentar lagi. Dan suhu di sana adalah 12 celcius. Wah..sejuknya. Dhiya masih nyenyak tido..hehe.

Masa flight nak torch down tu.. bergegar habis flight tu..Ya Allah takutnya masa tu.. tangan hubby CT pegang kuat. Takut weh. Dhiya pulak nyenyak lagi tido atas riba.. macam takde gangguan. Haha.

9.20pagi kami selamat sampai ke Tullamarine Airport.

WELCOME TO MELBOURNE!!

Turun je dari flight, angin sejuk woooo. Dhiya pon terus buka mata. Eh, kita dah sampai ke mama?(haha..dialog tu tipu okey)


Masuk je dalam airport kami kena isi satu form yang menyatakan kami tak penah pergi ke benua afrika 6 bulan yang lepas. Ni form untuk cegah wabak ebola. Okay. Straight go to kastam. Wah... punya lah panjang line. Dah sampai kat kaunter. Kami bagi passport, visa yang isi dalam flight tu and form pasal ebola. Officer tu tanya ada bawa meat or dairy tak. Ok jawab ya. So dia tulis some thing atas visa sementara tu. Ok pass.

Terus ke pintu gate untuk kuar. CT and sepupu hubby, Elin lepas keluar. Tapi hubby and Amat(husband sepupu) kena beratur di gate lain untuk cek bagasi makanan. Kami tunggu di luar. Amat keluar dulu. Hubby tak kuar lagi. Dah cuak. Ye lah kami bawak semua makanan.. takut pulak. Nak dekat 15 minit, hubby pon kuar. Dia kata kena buka beg sebab stok makanan sangat banyak..haha

Ok keluar dari airport kami terus gi cari chartered van untuk bawa ke Apex untuk amek kereta sewa kami. Jumpa dan terus naik. Dalam 15minit perjalanan, kami sampai Apex.

beg untuk 2 family-masa datang sikitlah.. nanti nak balik Malaysia, semua beg besar-besar gedabak..


Apex Car Rentals


Register form. Sain itu ini. Ok done.

Ni lah kereta kami - Kia Carnival-


Ok sambung pula di entri lain nanti.

Perbelanjaan Hari ni: 
i)  Kereta sewa = 120 AUD (2family)
                        = 1 family hanya 60AUD (convert to RM ; RM 180)


Kebahagiaan Pinjaman Sementara

Posted by MamaCT at 10:27 AM 0 comments
Entri kali ini berkisar tentang kehamilan kedua CT..

Sedih pula menaip tika mengingatkan ada rezeki anak lagi. Alhamdullillah hubby memahami dan mengajar CT erti redho.

Kisahnya bermula begini...
Sebulan yang lalu CT telah lakukan test Upt.. Hasilnya samar samar. Memang kami berharap nak anak kedua memandangkan Dhiya dah 1 tahun 7 bulan. Bolehlah jadikan teman bermain ye nak.

Kami usaha tapi tak segigih usaha seperti nak dapatkan Dhiya dulu.. Mungkin kerana faktor dah ada anak dan kerana CT masih tiada haid selepas bersalinkan Dhiya ( Dhiya masih menyusu badan walaupun dah besar..hehe)

Oleh kerana hasil yang samar. CT jadi konfius. Esoknya CT buat lagi test n hasilnya jadi makin samar ( bawah cahaya baru nampak). So CT anggap tu negatif.. Xpe.. Try lagi next time..hehe

17 Dis. CT pergi buat crowning gigi..so kena xray..Sebelum tu doktor tanya pregnant atau tak? CONFIDENT je jawab TAK. Proceed dengan crowning.

30 Dis. Ada rasa berat sebelah kiri perut. Sakit memulas.. bimbang tu disebabkan cyst ( CT ada cyst and doktor advise monitor tiap 3 bulan), so CT gi Seri Indah. Scan scan scan doktor ukur Cyst masih kecil dan perut penuh angin tu yang memulas..hihi.. and then doktor perasan ada dot kecik dalam rahim CT. Doktor tanya ada wat test tak sebab ada sac dalam rahim. CT bagitau dah buat tapi negatif. Doktor pon cakap takpe,balik dulu rumah dan datang lagi 2minggu kita scan semula sebab dot tu sangat kecik mungkin below 4weeks.


Nampak kan yang bulat biru tu. Tu sac dalam rahim bawah rahim ada cyst dalam ukuran 3cm.

Balik rumah hepi saje..rasa nak senyum memanjang.. Alhamdullillah. Malam tu bagitau hubby, hubby tak terkejut..hanya jawab Alhamdullillah saja.

Kenapa tak gembira abang?
Abang tak nak berharap. Kalau ada rezeki Alhamdullillah. .Itu katanya..haha

Hati pon rasa konfius..haha..gitu.. 3 hari lepas tu CT gatal tangan nak wat Upt. AIK!!samar atau negatif..tak boleh nak tentukan. Hampa rasanya. Tapi dalam hati mungkin hormon tak kuat lagi kot.

Oleh kerana CT ada wat xray baru baru ni.. CT ada sikit bimbang. So 7 Jan CT ke Mutiara and wat scan sekali lagi.

Tahu apa?

Doktor godek punye godek. Cakap tak nampak pon sac. AIK? mana perginya. Siap tunjuk paper scan sebelum ni.huhu

So, doktor advise wat blood test nak tengok hormon still tinggi atau rendah. Ok doktor.

Esoknya dapat result . bHCG dah rendah. Which means im not pregnant. Huhu. Down sangat masa tu. Mana hilangnya sac yang detect hari tu? Minta pandangan doktor. Doktor kata tunggu lagi 2 minggu and scan semula di Seri Indah. Kalo takde juga memang confirm tak hamil. Yang sac tu doktor cakap maybe telur yang matang dan besar yang baru nak disenyawakan atau maybe tanda nak period. Ok doktor.

Balik dengan hati kecewa. Doktor bekalkan dengan pil hormon. Bahagia masa tahu akan berikan teman untuk Dhiya hanya sekejap. Bahagia tu dah ditarik semula. KEEP POSITIVE CT! Insya Allah ada rezekinya nanti(pinjam ayat hubby). So sekarang CT tak nak stress stress. So CT nak fokus pada misi kuruskan badan..hehe..yeahaa (berat naik 10kg secara mendadak..haha)

Tunggu untuk check up di Seri Indah 2 minggu dari sekarang. Harap ada keajaiban tu . (Haha..masih berharap rupanya).

Ok jumpa di entry lain ya..

Update: 11 mac, cik p datang dengan jayanya after 20bulan kosong lepas bersalinkan dhiya.. HeheπŸ˜πŸ˜πŸ˜†

Friday, December 19, 2014

Ragam Manusia

Posted by MamaCT at 1:33 AM 0 comments
Haha.. masa duk menulis entri kali ini..CT tgh sedih mengenangkan salah faham yang telah berlaku... Nasib CT seorang yang sabar dan matang...ececewahhh...
Salah faham yang berlaku antara rakan sekerja disebabkan medium elektronik..bahaya juga ye medium elektronik ni..kita sampaikan kot lain..dibacanya lain dan difahamnya lain..last last berlaku salah faham..

Jenuh lah nak bersihkan semula salah faham ni..haha..kalau ikutkan hati nak buat tak tahu je..tapi risau orang terasa hati..Mulakanlah langkah beri penjelasan lepas tu minta maaf..walau pun terang terang kita tak salah..tapi tu jalan sebaiknya..haha

Ya Allah..kau tiupkan lah hatinya agar die merasa tenang dan jauhkanlah hasad dengki serta prasangka dalam hidupnya.. jadikanlah dia seorang yang sabar dan redha...jadikan aku juga seperti itu..Aaaminnnn...

Ni je yang mampu CT lakukan..redha dan berdoa. .Alhamdullillah..
 

Diari Comel Mama Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea