Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Maternity tickers

Friday, March 23, 2018

Dhiya at KL Mini Zoo Tower

Posted by MamaCT at 2:47 PM 0 comments
Still entry yang tak dipublishkan.
Simpan dalam draf bertahun..Hahahaha

3-10-2016
Puas duduk rumah, mama ajak Mr. Hubby untuk keluar jalan-jalan. Kali ni kami ke KL Mini Zoo. Berdekatan den KL Tower. Fee entrance adalah RM32 for adult dan RM27 for kids (3 years and above)

Kat sini macam Farm in the City, cuma kat sini kecil sikit. Yelah mini zoo kan. Kat sini haiwan yang jinak, kita boleh pegang..like bunny, turtle (eh betul tak) haha...ada fish dalam longkang. Exactly macam Farm in the City.. Dhiya excited dapat ke sini.. Biasalah anak kecil, mesti excited mak pak cari tempat yang boleh bawa anak jalan-jalan hujung minggu. Ye dak?? haha..

Apa-apa pon, jom layan gambar si kecil.

















Trip Famili ke Langkawi

Posted by MamaCT at 2:34 PM 0 comments
Lama dah sebenarnya entry trip ni dalam draft.
Mama sibuk sangat lupa nak update dan publish

7 Februari 2016, mama dan famili bertolak ke Kuala Perlis tengahari tu dan decide untuk stay di sana sehari before ke Langkawi. Sampai di homestay Kuala Perlis, kami keluar jalan-jalan di dataran dan misi food hunting bermula sementara tunggu tokma, tokbah dan yang lain datang.

Malam tu, mama bawa semua makan seafood di dataran Kuala Perlis. Semua kekenyangan. Balik homestay tidur je. Esok pagi, mama dan Mr. Hubby ke Wang Kelian. Saje jalan-jalan di sempadan. Nak masuk Thailand tak bawa passport.. hehe.. Lagipon kami nak naik trip feri jam 10pagi. Tak jauh pun Wang Kelian dengan homestay kami. Dalam setengah jam saje.

Trip kali ni, semua famili mama involve. Yelah dah mama plan semua ni berbulan-bulan. hehe.. Siap gi Matta Fair lagi nak cari pakej murah. So, mama ambil Pakej Jasmine Villa (lengkap semua villa+ transport urvan + voucher minyak 80ringgit + bot umtuk mangrove/island hoping (boleh pilih)).. semuanya habis dalam RM1599 untuk 3 hari 2 malam.. Cukup untuk 9 adult dan 1 child.

Bilik di Jasmine Villa ada 3 bilik dan kesemua bilik ada private bathroom dan aircond. Bilik Master boleh muatkan 3 orang dengan 1 katil queen dan 1 single. Yang lain semua queen bedded.


Gambar google

Memang cantik villa ni. Cantik dan selesa. Terletak di pekan Kuah dan view sawah padi memang cantik sangat.

Hari Pertama
Tiba di jetty Pulau Langkawi, kami menunggu man in charge yang bawa transport kami selama 3 hari di sini. Agak lewat man in charge ni. hampir sejam kami menunggu. Tapi takpe. Kata datang bercuti, so kami enjoy je. Dan sampai Urvan kami, kami terus ke Jasmine villa yang terletak di pekan Kuah. Dekat dengan kedai gamat. Cantik dan memuaskan untuk kami satu famili besar. Selesai letak beg dan view keadaan rumah, kami putuskan untuk keluar lunch sekitar pantai Chenang. Selepas tu kami ke Muzium Mahsuri.

Suka Tokma dan Tokbah menyingkap sejarah mahsuri di sini. Kemudian kami jalan-jalan ke kedai gamat dan seterusnya kami ke pantai cenang kembali untuk bermain air pantai. Hehehe...seronok dhiya pak cik dan mak cik melayan die. Singgah 7e dulu untuk beli stok sarapan pagi esok. Malam tu, kami beli belah di Haji Ismail Group mall. Kemudian singgah dinner di Restoran Sampan (lupa dah nama restoran). Alhamdullillah. Malam tu balik villa dengan keletihan.

Hari kedua
Usai sarapan pagi, kami terus ke jeti Mangrove. Kami ambil pakej Mangrove tour dalam 2-3 jam gitu. Dah sewa bot. Satu bot sewanya RM400 (termasuk pakej). Boleh muat 11 dewasa. Tapi memandangkan Along dan Abang Long tak ikut (diorang pergi spa), so kami-kami sahaja yang mengikuti tour tu. Kami tengok eagle feeding, bat cave, fish farm,pergi gua kelawar, lunch di rumah boat, andaman sea tour,pusing-pusing Kilim Geoforest. Berapa kali mama menjerit bila ombak pukul bot. Mama ni gayat sikit..hihihi..Dhiya rileks ajee.. Memang setakat ni, sangat puas hati sebab boleh rilek-rilek dan enjoy dengan famili.

Sampai di jeti dalam tengahari, sementara menunggu along habis sesi spa (abang long drive van ke sana), Pak Lang dan Tokbah keluarkan tali pancing mereka. Hahaha. Walaupun takde joran, tapi still mereka nak memancing pakai tali pancing pon jadilah. Seronok join mereka memancing ikan jejarum di tepi jeti. Hahahaha. Dapat je lepas. Nak simpan takde tempat. Along datang je, kami terus ke Oriental Village. Kat sini banyak hiburan kami buat. Seronok, siap buat foot fish spa lagi sebab letih berjalan. Lunch tengahari makan KFC yang Along beli on the way ambil kami di jeti. hehe... Tokma pon sibuk borong baju di sini..hihi.. Yang puak lelaki dah ke dalam hutan naik ATV agaknya..

Petang tu, balik kami singgah di pantai Cenang lagi dan malam tu tak lupa untuk ke Kompleks HiG lagi. Borong coklat pula. Malam tu kami dinner di restoran di Pekan Kuah dan jalan-jalan pusing Langkawi habiskan minyak.

Hari ketiga
Esok pagi, kami breakfast di vila dan kemaskan apa yang patut sebelum ke jeti. Sempat lagi singgah di kedai gamat untuk beli buah tangan lagi.

Kami habiskan masa jalan-jalan di jeti sebelum berangkat pulang. Setakat ni alhamdullillah. Perjalanan trip yang lancar dan seronok. Mungkin akan rancang trip famili kedua pula jika ada rezeki lebih.

Di Padang Mahsuri

Dalam Feri

My big famili..Hugg

Family members

us

us again at pantai cenang


mandi-manda di pantai cenang




Along n Abg Long.. Ay Chik menempel..

Tokma n Ucu

Dhiya with Ayah Chik

Familia...

Toma, Tokbah, Dhiya

haha..Pak Lang dan Mr. Hubby

Tq. Mr. hubby sebab tolong mama arrange trip.

our big family..

mamat selfie...Hahaha



PENGALAMAN MELAHIRKAN ADIK

Posted by MamaCT at 12:20 PM 0 comments
Alhamdullillah

Sekali lagi mama diberi peluang untuk melalui pengalaman mengandung dan bersalin.
Alhamdullillah dah sepasang ye anak mama. Syukur yang tak terhingga kepada Allah atas anugerah ini.

3 Disember 2017
Mama hanya pergi check up di Klinik Seri Indah. Memandangkan adik dah 38 minggu, jadi Dr. Fadilah decided untuk buat VE.. Terkejut mama, bila doc cakap bukaan dah hampir 3cm dan kepala bayi dah turun ke bawah sebab jarinya dah sentuh rambut. Doc suggest mama terus ke hospital sebab dia jangka malam tu may be mama akan bersalin. Mama agak cuak sebab tanda-tandanya takde..cuma kadang-kadang pinggang cramp dan ada mild contract. Nak kata sakit sangat, tak jugak. Mama pon call Mr. Hubby.

Malam tu, mama tak masak. Ajak Mr. Hubby makan luar sebab ingat nak ke hospital terus malam tu. Mama call Tokma bagi tahu yang doc cakap. Terus Tokma kata nak datang KL hari tu jugak. Mama pon okla, sebab nanti kalau masuk hospital ada yang tolong tengokkan Dhiya.

Malam tu , kami makan di Jusco Wangsa Maju, jalan-jalan kat sana nak bagi cepat sikit bukaan memandangkan doc dah jangka adik akan keluar malam ni. Tepat jam 9 malam, kami terus ke Rampai Puteri Medical Centre. Before ke sana, mama mesej dulu Dr. Zana Zalinda. Doc kata nanti sampai sana, staf nurse akan uruskan VE dan semua prosedur before dia datang. Tiba je di RPMC, mama terus ke emergency. Buat CTG dan CTG mama kuat cuma tak kerap. Staf nurse datang buat VE lagi. But nurse cakap bukaan mama tak sampai 3cm dan kepala baby masih tinggi di atas dan serviks mama still tebal. Oh no. Mama thought malam ni mama akan bersalin. Tokma pon kebetulan masa tu dah sampai ke hospital. Haha. Tapi CTG mama kuat, seolah-olah mama dah ada contraction nak bersalin. Nurse tanya mama sakit tak, mama jawab sakit sikit je. Mild mild gitu. Nurse tanya if mama nak stay ward malam tu atau nak balik dulu dan datang semula esok? Mama decided untuk balik umah. Mama mesej Doc. Zana untuk option. Doc suggest untuk mama stay at home dan monitor tanda-tanda nak bersalin. So balik lah kami ke rumah, menunggu adik keluar. Before balik, mama pekena char kueh tiaw dulu kat Mali's..hahaha..makan je mama ni ye..

Esoknya mama ke KSI lagi dan kali ni doc hazirah buat VE. She said bukaan dah 3cm but serviks still tebal lagi dan baby's head still high lagi. So, mama pulang ke rumah lagi menunggu. Contraction tak leh nak measure sebab kadang datang, kadang tak. So mama fikir tu false alarm je. Mr. Hubby pon cuti dua hari sebab duk tunggu baby keluar. Bayangkan dari 4 Disember hinggalah 10 Disember mama ulang alik hospital dan klinik. Yelah dengan bukaan 3cm for second baby, i never thought akan ambil masa panjang macam ni.
Banyak juga emosi mama kecundang masa ni. Mujur ada Mr. Hubby dan Tokma. 

16 Disember 2017
Hari ni mama ada check up dengan Dr. Zana memandangkan esok due adik. Mama serah diri di emergency RPMC. Sekali lagi , mama buat VE dan suprisingly bukaan mama dah 4cm dan tebal serviks hampir 1cm (mengikut nurse tebal sikit). Mama tak tahu lah 4cm tu dah lama mana. Orang kalau 4 cm dah sorong ke labour room. haha..

Dr. Zana decided untuk admitkan mama di ward hari tu dan leakingkan air ketuban mama untuk segerakan proses bersalin. Yelah dah lama bukaan kan, tapi tanda adik nak keluar tak ada. Jam 12.20 nurse datang leakingkan ketuban mama after mama dah makan lunch. Kemain, sempat lagi lunch nasi ayam walaupun takde selera sangat. Habis separuh pinggan..haha.. Jam kul 1.40 baru datang sakit contraction bukan main...(ni pon sebab bangun turun katil).. Yelah, air ketuban dah leaking kan walaupun tak keluar habis. Doc decide leakingkan supaya serviks ambil masa untuk menipis dan baby tak lemas sekiranya air ketuban kurang. tapi menahan sakit yang lama tu buat mama terfikir nak undur masa sebelum serah diri pagi tadi. Nak tidur kat rumah , tak nak sakit-sakit lagi.. hahaha..mengada mama nih.. mama tahan sakit dari jam 1.40 tengahari sampai 3.30petang bukaan dah hampir 7 cm. Masa tu mama ditolak masuk ke Labour room. Ingatkan nak bersalin dah, rupanya menunggu lagi lama bukaan payah pulak nak masuk 10cm..huhuhu

Menunggu hingga jam 9.17malam baru adik menjengah dunia..huhu..9.05 malam baru bukaan full dan mama ada gesaan nak meneran. Disebabkan mama tahan sakit meneran lama, bukaan ada bengkak sikit. 7 kali teran, adik pon lahir ke dunia. Biru kejap adik terpaksa diberi oksigen..huhuhu.. Kalau ingat balik, bermacam posisi mama buat untuk tahan sakit. Mengiring, menonggeng, sujud..hahaha.. Mr. Hubby pon dah standby untuk mama cubit tangan die macam waktu Dhiya lahir hari tu. Tapi kali ni, mama tak terasa nak cubit, terasa nak gigit... Berapa kali Mr. Hubby larikan lengan takut digigit.. hahahaha...sori Mr. Hubby.

Lahirlah putera kami, Wan Aidan Fateh pada 16 Disember, 9.17malam. Dengan berat 3.7kg..Wow!! Patutlah adik takmo keluar. Huhuhu.. Tu pon adik lahir dengan 'shoulder dystocia' sebab bahu adik sangkut agaknya. Mama dapat tahu esoknya apabila pakar kanak-kanak, dr. Fadzlina datang kata lengan kiri adik tak respon bila doc angkat. So, doc suggest untuk jumpa pakar fisio untuk pulihkan muscle adik sbb doc x-ray tak de apa-apa. So maybe hanya muscle terseliuh. Alhamdullillah , lepas 2 kali jumpa pakar fisio dn diurut selalu, adik pulih sepenuhnya. Alhamdullillah.

Mr. Hubby suka timang anak terunanya.

p/s: Mama doakan adik menjadi anak yang soleh yang membawa rahmat dalam keluarga kita. Yang sentiasa menjaga keluarganya dan sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah sentiasa. Moga adik sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki selalu. Begitu jugak dengan kakak Dhiya. Aminnn.. Aminn ya rabbal alaminn..

Tuesday, December 19, 2017

Alhamdullillah.. Bersalin juga mama ye

Posted by MamaCT at 7:35 AM 0 comments
Bunyi entry macam ape je ye.. Hehe

Tapi,  alhamdullillah..  Bersalin juga mama.
Tepat jam 9.17malam 16.12.17 , lahirlah hero mama ke dunia yang fana dan penuh pancaroba ni.  Syukut diucapkan ke hadrat Allah..  Penantian mama berakhir juga..

Mama kadang malas nak pikir apa orang kata,  tapi kadang terasa jugak lah kan..  Yelah,  kita yang menahan sakit nak beranak.  Orang lain sedap-sedap mulut je main cakap,  bagi tips tu tips ni pastu duk gerunkan kita ngan sakit beranak.. Haishhh... Geram mama..

Macamlah pengalaman bersalin tu sama je semua orang.  Ada senang ada susah.. Semua tu kehendak Allah,  siapa mama nak tentukan.

Dah. Sudah mengepek.  Nanti meroyan plak mama..  Hehe..  Tapi kali ni memang betul-betul ujian.  Dari 4.12.17 lagi mama dah terbuka 2cm tebal serviks 2cm juga dan kepala baby dah engage, 5.12.17 alhamdullillah ada progress 3cm dengan tebal serviks 1.5cm tapi kepala baby naik balik.. Whatt??
Ok,  memandangkan ada progress bukaan,  mama ingat mama akan bersalin bila-bila masa je dlm masa terdekat tu.  Tapi guess what,  mama menahan sakit contraction (kadang sakit,  kadang tak)  hampir 2 minggu baru baby keluar..  Dari 4hb  sampai 16hb baru adik keluar ye.. 😂

Tu pun mama risau sangat,  yelah bukaan dah buka lama kan.. Doc pon mintak tunggu tanda.. Mama dlm hati byk duk risau.. Aduhh..  Tp alhamdullillah 16hb mama bersalinkan adik normal dengan berat adik 3.7kg.. Wow..  Tu pun dengan hampir 12jam tahan sakit sangat. Memang nak give up je mama,  macam nak putus nyawa..

Adik alhamdullillah selamat,  tapi bahu adik terkehel sikit masa nak keluar dari perut mama.. Adik kena buat fisio untuk bagi tangan kiri adik aktif semula..  Mama harap Allah bantu adik,  dan adik tak apa-apa ye..  Risau mama dik.. Ni nampak adik dah start kuning dah.. Huhu..  Susu mama pula drop.. 😢😢..

InsyaAllah,  nanti mama kongsikan pengalaman bersalinkan adik.. Mama nak kena fokus pada adik dulu memandangkan komplikasi yang berlaku lepas adik keluar tu..  Mama syg sangat adik..  Takmo adik sakit2 ye.. Ya Allah,  permudahkanlah segala urusan anakku ini di dunia dan di akhirat.. Aminn..  Semoga adik sembuh seperti sedia kala... InsyaAllah.. Aminn

Thursday, December 14, 2017

39Minggu 5Hari

Posted by MamaCT at 10:19 PM 0 comments
Salam, Mama hari ni kumpul kudrat sikit nak update blog..
sambil duk tunggu-tunggu bila adik nak keluar ni..

Penat sangat dalam dua minggu ni mama duk melayan emosi. Penat mental dan fizikal. Mama start kontraksi sejak 4hb 12 aritu lagi..Pergi cek dekat Klinik Seri Indah dan buat VE..alhamdullillah bukaan dah 2cm dgn ketebalan serviks 2cm.. Dr. Fadillah kata kepala adik dah kebawah sangat, maknanya dah engage..doc siap boleh rasa rambut adik.. so doc expect mama maybe bersalin malam ni atau esok kalo laluan cepat.

Mama pon excited, adik baby nak kuar dah..masa tu 38minggu 2hari..Tak sabar nak jumpa adik masa tu. Tunggu sampai hari selasa, malam tu mama start sakit kuat sikit. decide dengan abah kita tawaf mall dulu pastu terus gi cek kat Tunku Azizah Specialist/ Rampai Puteri Medical centre (RPMC).. Sampai sana, mama terus daftar and buat VE. Alhamdullilllah rahim dah terbuka 3cm dengan ketebalan serviks 1.5cm.. Nurse tanya nak admit ward terus ke? Mama kata saya keluar dulu sebab Tok Ma dan Tok Bah baru sampai dari kampung. So bawak , diorang pergi makan dan bawak balik tidur kat rumah. Mama pon berasa taknak warded lagi malam tu. Nak tunggu sakit kuat dan turun tanda dulu baru nak berkampung di wad.

Esoknya, sakit kontraksi makin kurang. Aik, mama dah pelik.. Petang tu mama ajak abah ke KSI untuk cek VE. Dr. Arafah bertugas petang tu dan dia kata bukaan masih 3cm tapi thigh dengan ketebalan serviks 1.5cm. Kepala bayi pula masih tinggi, tak dapat nak sentuh rambut. Aikk, mama dah pelik..cuak pon ade..

Esoknya khamis berlalu dengan mama dah tak sakit langsung. Sakit yang slow-slow je terasa dan adik banyak mengeras. Aik, aritu buat CTG, memang nampak contraction yang kuat. adakah False Contraction?? Jumaat juga tiada tanda adik nak keluar, sakit pon berkurangan dan adik macam slow motion je pergerakannya. Mama start cuak, terus refer dengan dr. Fadillah kat KSI. Doctor cek bukaan dan tebal serviks masih sama, tetapi kepala adik dah tinggi tak engage. Doctor pon perasan contraction makin slow. Doctor bimbang kot terbelit tali pusat, terus doctor buat surat refer RPMC. Mama and abah petang tu terus pecut ke RPMC. Call dr. Zana, doc kata nanti staf nurse akan buat ctg dan dr. Hamidah akan buat VE.. So buat ctg dan VE, hasilnya masih sama.. Terus Dr. Zana call tanya nak admit atau nak balik dulu? sebab kalau admit, mama akan diinduce dan jika kepala bayi masih tak engage dan bukaan tak full, mama mungkin akan diceaser. So, dia akan end up with sakit kat bawah dan atas juga. Mama bincang dengan abah dan kata, kami balik dulu doctor.. seriau plak dengar nak ceaser..huhu...

So start dari jumaat hingga ke hari ni, khamis mama masih belum ada tanda-tanda adik nak keluar. Sakit celah kelangkang pon kian terasa dari hari Selasa lagi. Kat bawah pon dah start rasa berat menekan. Sakit Kontraksi pon kejap datang, kejap hilang. Kejap kuat, kejap slow. Esok, jumaat 15hb mama ada check up dengan Dr. Zana. Harap adalah perkembangan dan adik bolehlah keluar minggu ni..insyaAllah.. Mama macam dah penat dik..dengan pembawakan dan orang yang tak jaga emosi dan hati mama. bila penat ni, mama jadi sensitif lebih sikit..dengan kakak dhiya lagi yang ligat dan perlukan perhatian akhir-akhir ni. Mama macam tak terkejar nak buat seorang.. so harap sangat ada orang faham.. Adik, adik keluar ye esok..insyaAllah ye dik.. mama dah rindu sangat adik ni..amin, aminn ya rabbal alaminn..
 

Diari Comel Mama Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea