Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Maternity tickers

Wednesday, June 7, 2017

Jelajah Seoul/ Jeju Part 5

Posted by MamaCT at 1:00 PM 0 comments
3 Mei 2015 (lama dah entry ni, maaf ye.. Dah berhabuk dalam laptop)

Pagi tu kami bersarapan nasi goreng kimchi yang dibuat daripada nasi dan kimchi yang dibeli dari CS dan lebihan ikan bakar Dongdaemun semalam yang kami tapau. Best. Tambah plak dengan kicap ABC. Haha.. sangat memikat hati. Ok. So hari ni destinasinya ialah Gyeokbokgung Palace, Hanok Village dan Insa-dong

Jam 10.30 pagi kami dah gerak ke Gyeokbokgung Palace. Kami ambil train Line 3 dan Exit 5 untuk sampai di Gyeokbokgung. Sampai di sana kami beratur untuk beli tiket masuk ke palace. Kalau nak masuk 1 istana so bayaran tiket hanyalah 3000won (Kanak-kanak FOC). Tapi kalau nak melawat ketiga-tiga istana, boleh terus beli tiket berharga 10000won dan melawat ketiga-tiga palace dan 1 shrine di Seoul ini. Kebetulan ketika kami datang tu, gong baru dibunyikan menandakan ada pertunjukkan pahlawan diraja ketika itu.










Hampir separuh hari suntuk kami berada di Gyeokbokgung ni kerana ketika itu, palace ini ada event. So kami pun cuba join event ni sekali.  Jam 3.30 petang kami keluar dari palace dan menuju ke insa-dong. Kami ambil Seoul subway ke Anguk-Station exit 5.

Di Insa-dong kami cari jalan 10 gil Insa-dong untuk try sujebi dan panjeok halal. Hehe..
**landmark: Selepas Anguk St. exit 5 jalan terus ke Insadong dan melepasi Ssamodegil. Akan nampak Sudoyalkguk pharmacy dan jalan menerusi Insadong 10-gil. Straight sampai nampak Insadong Sujebi di sebelah kanan
Tengok gambar.






Selepas itu kami menyusuri kedai cenderahati di Insa-dong untuk cari cenderamata buat kawan-kawan di Malaysia.
Agak mahal juga barang di insa-dong. Takpe, kami survey dulu, esokkan nak ke Namdaemun market.

Petang tu kami cuba nasib di Insadong Tourist Center untuk try hanbok. Alhamdullillah dapat juga walaupun hanbok di situ agak limited. Free je sesi try hanbok di sini.




Belanja hari ini: (2orang)
Tiket Gyeokbokgung = 3000won x 2
Join event di Gyeokbokgung = 3000won x 2
Makan di Insa-dong = 32000won
Tshirt di Insa-dong = 5000won x 3
Banana milk = 1300won x 2

Total = 61600won

******************************************************************************
4 Mei 2015

Plan hari ni nak ke Namsan Tower. Dalam jam 8.30 pagi kami bertolak dari guesthouse ke Seoul Station untuk ambil train ke Myeongdong Line 4. Tiba di Myeongdong kami ke Exit 3 iaitu ke Namsan Tower. Jalan sikit dari exit akan jumpa 7Eleven dan Pacific Hotel. Jalan je straight jalan di hadapan Pacific Hotel tu , belok kiri dan straight lagi sampailah ke kabel car.
**landmark kabel car:  Jalan ke Toegye-20 sampai jumpe ministop, belok kanan dan straight sampai jumpa tangga kabel car. (10minit perjalanan drp subway)

Nak naik kabel car agak mencabar jugak. Kena panjat tangga tinggi dulu baru sampai kat tempat beratur beli tiket. Panjang betul line dia. Nak dekat sejam beratur baru dapat beli tiket. Tiket harga 8000won untuk kabel car sahaja pergi dan balik.

Panjat tangga lagi baru betul-betul sampai ke Namsan Tower. Puas jugak bergambar dari sekitar Namsan Tower. Juga boleh view permandangan Seoul dari atas.




Habis melawat Namsan, kami ke Namdaemun Market untuk beli sedikit souvenir. Cari sudu garfu korea. Ada yang murah sepasang 1000won je. Kena pandai cari. Sempatlah kami gapai baju tshirt I love korea banyak-banyak, key chain, fridge magnet dan beg syiling untuk souvenirs bagi rakan-rakan dan family. Memang sini lagi murah dari Insa-dong.

Selesai beli-belah, kami ke M-Plaza untuk try hanbok tapi malangnya jam 4.30pm dah ditutup dan perlu buat reservation terlebih dahulu. Tanya pada tourist guide dekat situ, katanya boleh try hanbok di Myeongdong Tourist Information Center yang tak jauh dari situ. So kami solat dulu di M-plaza kemudian pergi kat situ dan buat reservation dahulu. Pakai hanbok free je dan gambar boleh disend ke emel kita dengan percuma. MTIC ni last session dia jam 6.00pm ye. Nasib kami baik sempat lagi. Tunggu setengah jam terus boleh pakai hanbok. Hehe, dhiya masa tu dah letih nak tidur. Muka pon tak bermaya.



Malam tu pon, kami terus dinner di sekitar Myeongdong tu je (lupa nama kedai). Try makan ikan bakar lagi. Owner kedai tu pon peramah. Habis je makan, kami sambung jalan-jalan di Myeongdong. Beli jagung bakar, minum kopi dan hirup udara malam. Nak jam 10 malam, kami pon pulang. Bersihkan diri, solat kemudian tidur. Penat seharian berjalan-jalan.







Belanja hari ini: (2 orang)
Tiket Namsan/ kabel car = 8000won x 2
Souvenirs = 42000won
Makan di Myeongdong = 6000won x 2
Jagung bakar =3000won x 2
Kopi = 5900won
Total = 81900won

Wednesday, February 8, 2017

Jelajah Seoul/ Jeju part 4

Posted by MamaCT at 11:37 AM 0 comments
2 Mei 2015 
**(berhabuk duk dalam draft, lupa nak publish)

Agenda kami hari ini ialah ke Nami Island dan Petite France. So, pagi-pagi lagi kami dah bangun untuk ambil KTX dari Yongsan. Sampai je di station Yongsan, kami terus beli tiket (tiket boleh beli di mesin ye). Masa nak beli tiket tu ada segerombolan family yang nak ke Nami Island juga yang tak tahu nak beli tiket kat mana. So, kami pon tolong family tu. Agak gopoh juga sebab nak kejar train ke Nami. Kalau terlepas, alamak lewatlah kami sampai.

Semasa tengah tunggu train tu, ada kejadian yang tak diingini. Family yang tadi kitaorang ajak follow sekali tersilap naik train. Kami perasan je diorang dah ada dalam perut ITX. Tak sempat kami nak selamatkan.
(peringatan ye.. train KTX dan ITX lalu atas landasan yang sama, cuma kena kenal pastikan mana KTX dan mana ITX. Masa kami naik KTX ke Gapyeong, train dia warna hijau dan ada tulis KTX)



muka kami yang sedang menunggu KTX

dalam train

welcome to gapyeong

station gapyeon

Setelah melepasi 6 station, kami pon sampai ke Gapyeong Station. Masa kami tiba tu, ramai tengah beratur untuk naik bas ke Nami Island. Diingatkan bas seterusnya ialah 30-35 minit daripada bas yang baru berlepas. So pastikan anda tepati masa. Harga tiketnya cuma 6000 won pergi balik ( juga cover untuk Petite France). Tapi kalau nak cepat, naik je taxi. Kalo traffic laju masa tu, anda hanya perlu bayar dalam lingkungan 8000won satu taxi. Tapi malang bagi kami, kami ingatkan nak cepat naik taxi sebab tengok bas dah hampir penuh. Tapi bila naik taxi, kami sesak dalam jam pula. (hari sabtu ahad, sangat-sangat sibuk untuk ke Nami Island). Hari tu agak meletihkan sebab taxi kami tak bergerak disebabkan kesesakan lalu lintas. Kami bayar 14000 won untuk satu taxi dan terpaksa menapak pula lebih kurang 4km (dalam menaiki bukit) .. penat gila..wuhuhuhu..

pesanan kami:
- elakkan pergi ke Nami Island pada sabtu mahupun ahad (tambah-tambah lagi dalam cuti sekolah)
- elakkan naik taxi ke nami island sekiranya pergi pada waktu sibuk.
- beratur je naik bas kerana bas adalah lebih murah (dan cover dua perjalanan pergi dan balik)

Setelah 40 minit menapak, kami terus ke terminal feri untuk beli tiket..
Yezza, Nami kami datang. Lupa kami tentang penat dan peluh tadi..hahaha... seusai naik feri, terasa lega sangat. Memang ramai orang masa tu. Semua bersesak-sesak.

Jom kami belanja gambar sikit.














Puas jalan-jalan, kami singgah di Asian Cuisine di deretan bangunan library di Nami Island ni. Di sini kami amek portion food dalam lingkungan 11000won/person. Jangan bimbang. Makanan di sini ada logo halal. Kalau rasa nak makan nasi goncang, boleh ke bahagian sisi Nami Library ni, ada restoran nasi goncang yang famous tu.

Selesai isi perut, kami bergerak ke surau di tingkat 2 bangunan library ni (tangga naik dalam Asian Cuisine). Alhamdullillah, surau dia ada dua bahagian lelaki dan perempuan. Kalau dulu baca review blog-blog lain kata surau lelaki perempuan bercampur. Sekarang dah tak lagi. Surau tu selesa dan luas. Alhamdullillah. 




Selesai solat, kami pon meneroka kembali Pulau Nami ini. Jom belanja gambar lagi.









Tepat jam 2.20petang, kami bergerak ke feri untuk ke Petite France. Kami naik teksi lagi sebab kejar masa. Ke Petite France, tambang taxi ialah 11400 won (kongsi 4). Asalnya kami tunggu bas di depan bangunan warna-warni di Nami. Sampai je bas, ada segerombolan gadis korea (dalam 6 orang pintas barisan kami) dan nenek tua 2orang duk marah-marah dalam bahasa dia dalam tak sedar pon pimtas kami. Aduii.. kurang adab juga orang korea ni. Dalam drama je lain..Cess.. Dahlah kami beratur lama dan panjang, sesuka hati diorang je pintas. Pastu sampai turn kami, kami tak dapat naik sebab bas penuh. Haishhhh. Nasib negara angpa, kalau tak memang nak kena marah ni. So daripada tunggu lagi 30minit, kami decide naik taxi jelah.. Sob, sob, sob.. Jauh juga Petite France dari Nami Island. Lebih kurang 20 minit perjalanannya.

Jom belanja gambar lagi.
hadapan bangunan ni, ada tempat tunggu bas nak ke Petite France dari Nami Island.





Selesai jalan-jalan di Petite France, kami naik bus menuju ke Cheongpyeong Station untuk kembali ke Seoul Station. Tambang bas adalah 6000won manakala tambang train pula 3900won ( tiket beli di machine). Sebelum sampai di guesthouse, kami ke Dongdaemun dulu untuk pekena ikan bakar. Sampai di sana dah jam hampir 6 petang. Makan set nasi ikan bakar harga 6000won/ set. 

Selepas makan , kami pulang ke guesthouse untuk bersih diri dan solat.Selepas solat maghrib, CT, hubby dan dhiya ke Myeongdong untuk shopping. Along tak ikut sebab kaki dia luka sedikit masa ke Nami Island. So dia nak rehat di guesthouse katanya.

Dari Seoul Station nak ke Myeongdong, ambil Line 4. Sampai je di Myeongdong, orang berpusu-pusu shopping. Haha. Suasana bagaikan night market (memang pun). Kami macam biasalah, window shopping je. Souvenirs agak mahal harganya di sini. So kami decide untuk simpan duit beli souvenir di Namdaemun nanti. Di Myeongdong memang banyak jualan alatan kosmetik. Macam biasa, CT borong sikit mask dan lotion Aloe Vera. Sambil-sambil jalan, kami makan jagung bakar, kuih gyeoran-pan (telur campur badam) dan kuih tare. Tare ni coklat madu tarik yang di salut dengan badam. Sedap tapi bila bawa balik guesthouse, dia dah jadi keras sikit. HUHU

Sebelum balik guesthouse, kami ke Cafe Bene untuk pekenakan 1 cup Caramel Machiato panas. Sedap minum coffee panas-panas waktu sejuk macam ni. Angin malam di Seoul ni punyalah sejuk sampai tak tertahan kami laki bini. Air kopi panas pun cepat je jadi suam.

Sebelum jam 11.00 malam, kami bergerak pulang ke guesthouse. Boleh ambil Line 1 atau Line 4. (Ingat!! train hanya sampai jam 11 malam je. Kalau lewat, sila jalan kaki hokeh). Hari ketiga kami di Korea berjalan lancar. Alhamdullillah.

Perbelanjaan hari ini:
Tiket ke Yongsan (kad) : 130 won
Tiket ke Gapyeong : 4100 won
Taxi ke Nami Island : 14000won/4orang
Tiket feri  pergi dan balik : 8000won (Masuk Nami free)
Lunch: 11000 won
Taxi ke Petite France : 11400won/ 4 orang
Bus ke Cheongpyeong : 6000won
Cheongpyeong ke seoul station: 3900won
set ikan bakar dongdaemun:6000won
Train ke Myeongdong : 130won
Jagung bakar : 3000won
Gyeoran-pan : 2000won
Kuih tare : 8000won (2box)
Mask dan lotion: 10000won + 4400won
Coffee : 5900won
train ke Seoul station: 130 won.
TOTAL =  79040 won


Friday, February 3, 2017

Miscarriage pada 6w 2d

Posted by MamaCT at 10:48 AM 0 comments
Hari tu mama dah cerita pasal pregnancy mama kan.  So harini mama nak cerita bagaimana mama keguguran.

Actually,  pagi tu mama ke padang ulang alik sebab monitor murid training bola tampar kan.  So dhiya mama biarkan tidur di rumah.  Nasib padang dan rumah dekat (kuarters dalam sekolah).
Mama syak mama banyak bergerak kot,  so mama dapat spotting sebesar duit 50 sen warna coklat di panty liner.
Before this pun ada stain darah jugak tapi setitik je.  2  3 hari sebelum keluar spotting.  Masa tu mama duk naik turun bangunan kelas.  Duk marah murid bising. Tu lah tugas guru.  ๐Ÿ˜…
Mama dah cuak mama terus mesej mr. Hubby.  Masa tu jugak mama da tengah siap-siap nak ke sekolah.  Tapi mama rasa pinggang mama da start rasa senggugut dan mild pain. Muka mama agak pucat.
Mama mesej mr. Hubby tanya nak ke klinik atau hospital terus.
Hubby balas lambat. Masa mama hantar dhiya kat pengasuh,  pengasuh kata muka mama pucat sangat.  Tak tahu pucat sebab sakit atau takut. Pengasuh dhiya offer untuk hantar kat hospital lepas mama cerita apa yang jadi.  Mama masa tu tak fikir banyak.  Ok je.  Then mr. Hubby mesej tanya kenapa tak ke klinik dulu. Ok masa tu tak lepas lagi klinik terus mama suh pengasuh bawak ke klinik.  Di klinik staff nurse kata kes macam ni kene terus ke hospital kak.  Mama pening. Dan cakap kat pengasuh jom ke hospital.  Sebab mama tak tahu nak buat apa,  mama terlalu bimbangkan baby.

Sampai di emergency hospital selayang,  mama terus masuk di bahagian pemerhatian.  Tunggu dalam setengah jam, dr. Suhana datang dan scan..  Doc kata kantung ada tapi tak jumpa heartbeat.  Ok mama tenang.  Nasib ada kantung.  Baru lagi kot mama pikir,  sama macam kakak dulu 8 minggu baru nampak.  Doc seluk tengok rahim ada terbuka atau tak.  Doc kata ok.  Mama ingat mama da boleh balik.  Last-last doc suh mama tunggu untuk bawa naik ke atas nak refer gynae.  Hah?  Dalam hati mama pikir kenapa.  Doc kata kat gynae ada tvs so boleh scan kot bawah nak cari heartbeat.  Ok.  Mama mesej mr. Hubby suh amek leave.  Mama dah takut.

Dua jam menunggu, mr. Hubby pon datang.  Dan mama pon kebetulan dah disorong naik ke ward gynae.  Masa doc gynae buat tvs scan,  dia kata tak nampak kantung mama.  Sepatutnya 6w da boleh nampak kantung.  Mama kata doc kat bawah tadi kata ada kantung.  Macam mana doc boleh tak nampak. Boleh doc tanya mana gambar?  Haha.. Mana saya tahu doc,  gambar doc kat bawah tak bagi.. Saya pon tak tahu.  Dalam hati mama da bimbang sangat-sangat.  Janganlah jadi apa-apa pada baby.  Ok, so doctor pon panggil doc sorang lagi and scan skali lagi.  Tetap tak ada kantung,  tapi ada fluid dalam rahim.  Doc syak bleeding.  Disebabkan doc kata takde kantung,  so doctor syak ectopic. Mama masa tu ya Allah,  berdengung telinga nak jatuh.  Mama tanya doc lagi,  betul ke takde kantung doc.  Doc kata dia akan refer specialist nanti.  Nak dapat second opinion.  So mama kena puasa dulu masa tu takut kalau sah ectopic,  mama akan dioperate malam tu.  Gugur jantung mama bila doc cakap cam tu.  So mama terus di sorong naik katil ward dan dipasang segala tiub.  Huhu. Mr. Hubby melopong tengok mama.  Bila doc terangkan pada mr. Hubby,  mama boleh tengok wajah dia yang sedih dan takut.  Kuat mr. Hubby genggam tangan mama.

 Jam 4 petang tu, specialist datang dan tvs scan lagi.  Pendapat yang sama juga.  Takde kantung,  ada fluid,  upt ada weak positive. Buat tvs dan seluk pon banyak blood show. Doc kata sepatutnya takkan berdarah banyak macam ni. Mama duk pikir yelah dah berapa kerap doc duk seluk dan scan kot bawah,  mestilah berdarah-darah. Doc bagi opinion sebab takut ectopic.  Last diagnos ialah melalui bhcg.  Ujian darah.  Doc kata kalau 6w sepatutnya bhcg akan dapat 1500miu/l ke atas.  Kalo rendah bermaknanya threaten abortion.  So mama pon ambillah darah untuk diuji.  Dalam hati mama harap sangat-sangat bukan ectopic.
Kalau boleh biarlah baby sihat-sihat aje.  Dalam mama duk rehat baring atas katil melayan sendu hiba dengan mr. Hubby,  tetiba mama rasa senak perut macam nak buang air besar.  Mama cakap kat mr. Hubby nak ke toilet buang air besar.  Hubby pon tolong mama bangun.  Nasib toilet sebelah katil je.  Baru je nak duduk kat toilet,  satu benda besar dengan darah pekat jatuh ke bawah.  Mama pon tercengang.  Baby ke?  Mama terus bagitau mr. Hubby dan wajah mr. Hubby serta merta berubah.  Kain yang mama pakai abis kena darah.  Darah tak henti-henti mengalir.  Seketul objek sebesar penumbuk mama kutip. Macam darah beku.   Terus mama menangis.  Mr. Hubby masa tu kalut pergi panggil doctor.  Doctor datang dan sahkan tu ialah poc (janin/placenta yang gugur)  dalam bahasa doctor.  Doc minta untuk masukkan poc tu dalam tabung untuk dibuat ujikaji kenapa boleh gugur.  Mama minta ngan doctor,  mama nak tanam 'baby' mama tu.  Tapi doc kata tak boleh.  Kena masuk makmal dulu dan diuji atas faktor apa boleh gugur. Mama sedih tapi apa mama boleh buat.  Mama serahkan 'baby' mama dan abah tolong mama bersihkan sisa darah yang ada.  Dan mama diganti dengan pakaian baru.  Hati mama masa tu kosong.  Mr. Hubby tak henti-henti pujuk dan kuatkan mama.
Mama discan semula dan rahim mama tetap kosong.  Keputusan darah keluar malam tu,  bhcg mama dah drop ke 392miu/l. So doctor kata mama confirm miscarriage bukan ectopic.  Mama pon boleh buka puasa.  Dalam hati mama,  dah tak fikir nak makan dah.  Mr. Hubby pon masa tu dah balik sebab waktu melawat sampai 7malam. Tu pon dah extend sejam sebab guard kesian tengok mama.

Malam tu mama sorang-sorang melayan kesedihan. Mama cuba rehat dan tidur tapi tetap tak dapat. Mama slow-slow cuba positif kan minda.  Alhamdullillah Allah masih sayangkan mama dan mama bersyukur kerana mama tak disahkan ectopic.  Alhamdullillah.  Dan innallillah buat baby mama yang dah pergi bermain-main di syurga.  Alhamdullillah.  Besar nikmat Allah kurniakan untuk mama.  Tu je mampu mama fikir masa tu.  Alhamdullillah,  mama semakin beransur-ansur positif. Sekarang ni pun mama masih teringat-ingatkan baby.  Tapi mama redha sayang.  Mama gembira kerana mama insan terpilih oleh Allah untuk merasa nikmat ini.

Esoknya mama discan untuk tengok ada sisa tertinggal atau tak.  Alhamdullillah semuanya ok.  So mama pun discharge dari ward.  Tengahari tu mr. Hubby dan kakak dhiya datang lawat dan jemput mama.  Mama pun dapat cuti seminggu sebab mama dah complete abort. Berehatlah mama hingga ke hari ini.  Hari ni mama pun dah start kerja semula.  Lepas ni,  mama akan cuba kurangkan kerja kuat dan cuba untuk banyakkan berehat sekiranya ada rezeki lagi.  Mama doakan buat ibu-ibu luar sana juga dikurniakan rezeki yang dah lama dinanti-nanti.  Aminnn..  InsyaAllah,  satu Allah ambil,  mungkin dua yang dia bagi nanti..  InsyaAllah..  Aminn..  Mama redha dan berserah padaMu ya Allah.. Aminn

Tuesday, January 24, 2017

Penantian kedua

Posted by MamaCT at 1:05 PM 0 comments
Alhamdullillah.
Saat mama coret post ni, mama masih berada di hospital kerana keguguran.
Biarlah semua yang berlaku berlalu.  Pasti ada hikmahnya.

So mama nak coret perihal pregnancy kedua.  Nanti besar-besar dhiya baca lah
 Dhiya tetap kena sayang adik walaupun adik sekejap dengan kita.

Actually,  tahun 2016 mama dah ambil  clomid dan huCog jab dengan dr. Marsitah KPJ ampang puteri. Mama start treatment dlm bulan Mei 2016.

Mama start ke KPJ after dr. Fadillah di seri indah bagitau mama ada something di serviks.  So doc bagi refer letter and mama terus ke KPJ.  Di sanalah bermulanya treatment mama yang first didiagnos ada fibroid 1.57cm.. Nasib kecik,  doc kata insyaAllah akan kecut sendiri..  Kena monitor selalu.  So doc tanya untuk conceive anak kedua atau tak.  Mama dengan penuh semangat jawab,  memang tengah conceive dan harapan agar doc membantu mama.

Minggu selang minggu mama datang treatment.  Buat pap smear.  Sakit.. Tapi boleh tahan.  Alhamdullillah mama takde sakit apa-apa.  Next meeting,  mama buat HSG, nak tengok tiub fallopio tersumbat atau tak.  Prosedur dia mmg lagi sakit dari pap smear. Menggigil-gigil mama baring atas katil macam dalam OT(operation theater). Alhamdullillah.  Normal.  So doctor advise untuk mama on clomid and jab huCog bila ada telur matang.  Opss lupa nak kata,  mama ni PCOS.  So telur susah nak keluar sendiri.

Bermula Julai 2016, mama on clomid and dapat satu telur cantik bahagian kiri.  21mm kiri 13mm. Inject huCog on cd14.. But failed.  Mama datang period on cd28.
Lepas 11hari period, mama jumpe doc ingat nak tanya macammana. Doc buat tvs and tengok telur mama hampir besar-besar. So doc suruh mama on clomid 3hari. Hari ke4 datang scan and jab di klinik doc di taman melati. So bila scan,  mama dapat 4 telur cantik.  3 sebelah kanan (20mm,19mm,17mm) dan 1 sebelah kiri 15mm. Doc inject and mr. Hubby drive balik kampung.. Hehe.. Cuti.. Sampai kampung, mama rehat dan berharap ada rezeki kali ni.

Jab yang mama amek.  

Malangnya,  treatment kali kedua pon gagal. Mama pon decide nak stop treatment.  Dah bulan September.  Dan mama pon dalam proses nak selesaikan hal jual beli rumah.  InsyaAllah, tahun ni boleh duduk rumah baru.

Bulan 11, mama start pergi mengurut dengan mak yam di selayang.  Orang kata mak yam pandai urut.  Ramai pregnant Alhamdullillah.  Rezeki dari Allah bukan asbabnya Mak Yam.  Kita Ikhtiar dan bertawakal. Mama pon dua kali mengurut dengan Mak Yam.  Mak Yam kata rahim mama senget ke kanan.  Tu susah lekat.  Ok mama pon menerima proses mengurut tu.  Best + sakit kadang2. Haha.
Mama pon cuba teknik bila bersama terus mengiring belah kanan. 2 bulan berturut2 mama buat teknik tu.
Mama menunggu dan bulan 12 dengan bangganya period tu datang.  Hehe..  Ok lah mama pon tak fikir sangat sebab masa tu tok ma tengah sakit.  Warded.  Bp tinggi dan hypertension.  So mama sibuk uruskan tok ma dan jauh dari my hubby sebab cuti sekolah.  Mama datang period pon 3 hari tapi tak banyak.  Patut mama dah fikir dah masa tu. Haha
Balik cuti sekolah mama start diet Atkins.  Dalam 9 hari mama diet,  mama turun 3kilo lebih.  Tapi mama ragu,  sebab mama da lewat period 4 hari.  16/1/17 mama bangun subuh mama terdetik nak buat upt.  Mama kata dalam hati kalo mama pregnant,  mama nak stop diet.  Ok.  Buat test dan solat macam biasa.  After solat,  wahh 2 line and satu kabur.  Ok ok.  Sabar.  Bagitau mr. Hubby,  mama should stop diet.  Haritu jugak mama cari nasik.  Padahal tak confirm lagi.. Haha
Malam tu mama buat test lagi,  naik lagi.  Alhamdullillah.  Terus ajak mr. Hubby gi scan.  Tapi test dengan doctor negatif,  and scan pon tak nampak.  Doc nampak blood clot.  Sampai mama down bila doctor kata awak nak period nanti ni.  Ok takpe mama sabar.

Hari-hari mama test takut jalur tu hilang.  But know what.  Line makin terang.  Takkan mama nak period kalo makin terang kan?
Mama is tak sabar so mama bergegas pagi tu pergi guardian and beli digital clearblue.  Mahal ooo.. RM37 ..fuhh..  Balik dup dap dup dap tunggu paparan test tu.  Lastly,  Alhamdullillah it shows pregnant 2-3. Maknanya mama dah pregnant 5 minggu.  Mama is over excited.  Mama terus call tok ma.  And tok ma also over excited sbb nak dapat cucu lagi.  Mr.  Hubby mesti dah senyum sampai telinga bila mama wasap gambar upt digital.

Seminggu mama berada dalam kegembiraan bila malam jumaat mama gi test dengan doctor,  and doctor sahkan mama positif pregnant.  Lagilah mama double enjoy.  Cergas je mama,  buat donut and macam -macam untuk kakak.  Alhamdullillah,  mama takde loya dan morning sickness.  Cuma kadang sakit pinggang belah kanan.

But baby tak tahan lama. Sempat 6w 2d je dengan mama.  Innalillahiwainnailaihi rojiun.  Pergilah anak syurga mama.  Mama bahagia. Tunggu mama,  abah,  kakak di sana ye sayang.. InsyaAllah.  Aminn..  Nanti mama update macam mana mama keguguran.. InsyaAllah.


Monday, October 24, 2016

TTC anak kedua

Posted by MamaCT at 3:02 PM 0 comments
Alhamdullillah.
Lama dah CT tak update blog ni. Sejak berkecimpung dalam bidang katering dan bakery ni, order masuk tak henti-henti. Tambah lagi dengan kerja di rumah dan di sekolah. Tak terkejar. hehe
Sekarang baru ada waktu free memandangkan student semua dah habis exam. 

Berbalik kepada tajuk TTC anak kedua ni. Sebenarnya dah bermacam-macam cara dah CT lakukan untuk dapatkan adik Dhiya ni, tapi masih tak membuahkan hasil.

Dhiya pon dah masuk 3tahun 5 bulan. Bila tengok dia main sorang-sorang, tersentuh sangat hati ibu ni. Yelah, mak mana tak sayangkan anak. Kalau boleh nak dia berteman.
Sebenarnya dah bermacam cara CT lakukan, tapi Allah masih simpan yang terbaik buat kami sekeluarga.

Ni antara kronologi perjalanan TTC CT:

Ogos 2015 : Clomid cycle 1 -gagal
September- November : OPK dan BBT (tak jumpa cari ovulasi)
November 2015 : detect PCOS
November 2015 : Mild pain before and after mens (detect rahim bengkak and cyst)
 Jan 2016 : Clomid cycle 2 - gagal
Mac 2016 : sakit before and after mens tak hilang.. Check up macam ada something bawah rahim (doc syak fibroid)
April 2016 : check up dengan doc Marsitah Mansor (KPJ Ampang Puteri). Memang fibroid tapi saiz 1.5cm (doc cakap boleh surut sendiri and kene selalu monitor).
Mei 2016 : TVS Scan, HSG and Papsmear. Sel serviks diambil.
Jun 2016: Follow up check up dengan doc Marsitah.
Julai 2016 : Clomid cycle 3 + huCog jab - gagal
 (telur satu cantik belah kiri : 21mm)
Ogos 2016 : clomid cycle 4 (tapi consume masa day11) + huCog - fail jugak
 (ada 3 telur cantik belah kiri 20mm, 18mm, 17mm  dan 1 belah kanan 15mm)

September - try naturally. (suppose doc minta semen husband bulan ni tapi CT decide nak rehat dulu)- penat asik kene cucuk
- start concume metformin dan proscal (tapi jarang-jarang)
- start ambil probee tapi macam takde kesan(kurus pun tak..hish)

Oktober: try naturally 
-try minum susu kambing tapi jarang-jarang
-try diet tapi kelaut juga
-try makan ubat metformin dan proscal serta folic asid, tapi jarang-jarang jugak.

InsyaAllah, nanti cuti sekolah cuba untuk struggle lebih. Harap-harap adalah rezeki dalam masa terdekat ni.. Harap sangat. Harap sangat-sangat.

Update**
November - disember
Start diet tapi ke laut.
Makan nasi juga tapi dah mula amalkan makan buah.  Epal dan pear.
Last mens 11.12.16 , masa tu cuti sekolah.
Mama memang dah tak fikir pasal baby sebab sibuk uruskan dan jaga tok ma kat wad.  Bp tinggi.  Mama tu pasrah je dengan Allah kalau ada rezeki,  adalah.  Sebabnya abah pun kerja di kl.  Mama di terengganu jaga tok ma.

Nak buka sekolah,  mama balik kl.  Cuba spend masa dengan kakak dhiya.  Nanti dah nak kerja.  Happykan anak dara sorang ni.  Bawak gi icity,  petrosains dan jalan-jalan.

Time bersama lak,  mama ikut tips lepas bersama tu mama terus mengiring belah kanan.  Dua bulan berturut-turut mama buat sebelum disahkan hamil. Alhamdullillah.  Ni petua je sebab nak menolong sperma suami berenang cepat.  Dan kilang ovari kita sentiasa bergilir-gilir produce telur setiap bulan.  Means,  kalau bulan ni kanan,  bulan depan kiri pulak. Tapi kita tak tahu.  So try bulan ni mengiring sebelah kanan,  kalo tak lekat jugak bulan depan mengiring belah kanan lagi. (tak kisah nak mula dengan kanan atau kiri,  pilihan masing-masing)

New year 2017, mama try diet atkins.  Sempat 9 hari diet (7/1-15/1) , turunlah 3kg..hehe
Tapi 16/1 mama terdetik nak wat upt sebab dah 4 hari lewat (tapi tak kira sangat sebab period memang tak regular)
Then dapat weak positif.

Lagi pun mama macam ada simptoms macam hamilkan kakak dulu:
-sakit gigi denyut-denyut
-pinggang krem
-badan panas
-breast rasa sakit tiap kali kakak nyusu.
-demam tak hilang
- suka marah mr. Hubby.  Paling last mama marahkan mr. Hubby sebab tak masak untuk mama walau dah tahu mama demam. Masa tu mama tak tahu lagi mama pregnant.  Punya nak makan makanan mr. Hubby masak sampai marah-marah.. Ampun ya hubby.

16/1-upt weak positif
19/1-upt positif.  Terang lagi.
Guna clearblue digital - pregnant 2-3: means dah 4-5weeks
20/1- jumpa doc and confirmkan pregnant.
20/1- keluar stain setitik.  Maybe banyak gerak
23/1- spotting coklat sebesar duit 50sen. Mild pain.
23/1- scan ada kantung but no heartbeat di emergency.
Scan tvs di gynae no sac,  diagnos as ectopic.  ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ
23/1-1720pm mama miscarriage.
23/1-29/1- mama mc dan sambung cuti 2/2
2/2 last scan belah kiri kanan denyut-denyut sakit.  Telur dalam ovari banyak tu yang asik denyut.  Mama kan PCOS.

3/2- mama masih pantang makan sikit-sikit tapi tak ikut sangat . Asid folic dan vitamin mama selalu makan.  Kurma dan jus delima juga dalam menu. InsyaAllah nak try diet semula.
Doa sama-sama agar ada rezeki lain dalam masa terdekat ini.. Aminn๐Ÿ‘ถ๐Ÿ‘ถ



 

Diari Comel Mama Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea